wish 'kesian dek lu' untuk dorang ini. - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, December 22, 2012

wish 'kesian dek lu' untuk dorang ini.

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

Alhamdulillah. pada 22 Disember 2012 yakni hari ini, masih lagi dunia ini tidak kiamat seperti yang dikatakan oleh orang Maya. aku pun heran dan pelik macam mana dorang boleh buat teori sebegitu. sedangkan dah tertulis dengan jelas dan terang seperti di bawah
  • Sungguh, apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar, dan sungguh, (hari) pembalasan pasti benar. (QS. Adz-dzariyyat: 5-6)
  • Sesungguhnya hari kiamat benar-benar akan datang tidak ada keraguan di dalamnya. (QS.Ghafir: 59)
  • Yang mereka nanti-nantikan hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka, atau kedatangan Tuhanmu, atau sebagian tanda-tanda dari Tuhanmu. Pada hari datangnya sebagian tanda-tanda dari Tuhanmu tidak berguna lagi iman orang yang belum beriman sebelum itu, atu berusaha berbuat kebajikan dengan imannya itu. Katakanlah, “Tunggulah! Kamipun Menunggu. (QS. Al-An’am:158)
  • Hingga apabila (tembok) Ya’juj dan Ma’juj dibukakan dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan (apabila) janji yang benar (hari berbangkit) telah dekat,..(QS. Al-Anbiya:96-97)
  • Maka tunggulah pada hari ketika langit membawa kabut yang tampak jelas. (QS. Ad-Dukhan: 10)
  • Wahai Manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu; sungguh guncangan (hari) kiamat itu adalah suatu (kejadian) yang sangat besar.  (QS. Al-Hajj:1)
  • Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dan kuburmu) di Hari Kiamat. (Al-Mu’minun: 16)
  • Dan sesungguhnya Hari Kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur. (Al-Hajj: 7)
SOURCE DALIL

aku tidak nafikan dah banyak tanda-tanda kecil and tanda-tanda besar kiamat yang dah berlaku tapi itu tidak bermakna manusia biasa yang hina macam kekita ni boleh menetapkan tarikh berlakunya kiamat yang dahsyat. dah terang-terang hanya ALLAH SWT yang tahu akan bila akan berlakunya hari kiamat.

aku teringat pesan UAI yang berpesan supaya kita jangan terlalu fikir tentang bila nak kiamat and tak payah takut sebab kiamat itu pasti. kita hanya perlu membuat persediaan, persiapkan bekalan dengan secukupnya untuk menempuhinya. itu sahaja. bila dah lengkap, bila-bila kiamat berlaku pun, sudah tidak menjadi masalah buat kita lagi. dont you think so?

aku juga nak luahkan rasa kesian aku buat those people in all over the world yang habis berjuta-juti duit untuk persediaan untuk kiamat. ada yang buat bawah tanah yang pasti dah akan hancur time kiamat datang, ada yang buat bebola gergasi yang pasti dah terbang melayang. kesian betul aku tengok orang yang buat kerja sia-sia dengan beria-ria. sangat-sangat amat kesian.

sumber
source
letak dua jela gambar,, tapi memang ramai yang buat persediaan fizikal macam di atas. kita orang Islam yang percaya pada hari kiamat, just buat yang kita dah belajar dari dulu.

  • lakukan segala yang wajib
  • banyakkan yang sunat
  • tinggalkan yang haram
  • elakkan yang syubhah.
 in sya ALLAH kita selamat di sana. amiin.







1 comment: