Aku kerinduan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, January 03, 2013

Aku kerinduan

Jarang amat kalau seharian aku diam
Bukan bermakna aku sudah dimakam
Bukan bermaksud aku demam
Cuma aku saja-saja gedik nak diam

Aku tahu ade yang rindu aku
Sila mengaku tak yah malu-malu
Aku pun rindu kamu
Sangat amat rindu

Permulaan semester 1 program ijazah
Buat aku jadi resah gelisah
4 tahun akan datang akan parah
Akan berjayakah aku redah?

Subjek kena belajar makin banyak
Makin jemlah aku punya otak
Proses berjimba mana nak letak
Kalau jadual kehidupan tambah sesak?

English subjek kegemaranku
Tapi sem ni sejarah pulak jodohku
Alamat tidur nyenyaklah aku
Menghadap buku-buku tebal itu

Perasaan pula masih celaru
Makin hari aku makin keliru
Kenapalah kisah cintaku begitu haru
Aku buntu semakin buntu

14 comments:

  1. semoga berjaya muja.. awal-awal ingatkan muja ni lagu tua dari saya.. rupa-rupanya adik lagi.. hehe

    ReplyDelete
  2. muja...In Shaa Allah...muja boleh harung semua ni dengan tabah dan cekal...

    ReplyDelete
  3. aduhai..fokus study k..
    kisah cinta yang haru tu buat tambah semangat k

    ReplyDelete
  4. perghh..bermadah pulak ko muja..haha..

    ko studi kat UM kan??

    ReplyDelete
  5. Muja!cheqkaq laa orang nye yang merindui muja..selamat tahun baru yer!

    ReplyDelete
  6. @Jue Jayneeok,,, haha,,, tak tahu la berjaya ke tak tuu,,,

    ReplyDelete
  7. @Ym.Bundle memang tu hobi la,,, huhu,, yup,, kenapa??

    ReplyDelete
  8. aku ni hari2 duk mai UM pagi petang hantar bini aku keje situ..hahaha..bila nak terserempak ngan ko ek..hahaha..

    ReplyDelete
  9. @Ym.Bundle aisshhh,, kat um tu dlu,, sekarang dah balik klate,, dah setahun lebih dah,, huhu,, kim slaam kat puan wani tu,, hehe

    ReplyDelete
  10. mung dop oyak, mano kawe tau..hahahha..ingat ada kat sini lagi..kalau tak leh la singgah2 jumpa ko kan..haha

    ReplyDelete
  11. @Ym.Bundle rasa jugak nak jumpa blogger,, tapi tak tahu la bila,, amboi kecek kelate,, yeke boleh ni,, nampak macam tak berbakat jah,, haha

    ReplyDelete
  12. haha subjek sejarah mmg bagus buat terapi bg org yg susah nak tido...

    ReplyDelete