aku yang sudah tenat. sangat tenat - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, January 12, 2013

aku yang sudah tenat. sangat tenat

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

bangun pagi terus ke lappy
online kejeku di pagi hari
then adik panggil sarapan pagi
lappy ditutup dengan berat hati

nasi dengan lauk itik gulai memang best gilak!!!
sedeh dan sadis mengenangkan dia punya lemak
ahhh aku tetap rakus jugak melantak
aku ni memang terlalu banyak cekadak

lupa nak gitau yang aku gi kedai dengan tak mandi
sejuk kot mandi manda di pagian hari
tak mandi pun aku tetap wangi sewangi kasturi
tengok datang lagi gila aku dalam diri

lepas dah kenyang and mewangikan diri
kemas barang-barang serba serbi
dari rumah aku berjalan kaki sendiri
dengan harapan cepat-cepat la jumpa teksi

tengah berjalan ternampak teksi sedang bergerak pergi
kuberlari ke arahnya dan mengetuk bontot teksi
bukan dengan slow tapi sekuat-kuat hati
nasibku baik pemandu teksi tidak tuli

aku masuk teksi dengan perasaan pelik sekali
macam ada yang tidak kena je kali ini
dah dalam 2km kot bergoleknya tayar teksi
weh!!!! aku tertinggal charger lappy!!!!!

uwaa!!!!!! pemandu teksi kusuruh berhenti
hancus singgit silap diri sendiri
bajet nak berjalan kaki balik semula ke pangkuan famili
nampak je teksi tangan kuhayun tinggi. ces, muja pemalas!

terbakar lagi 2 hinggit aku
sape suruh aku lalai macam hantu
ada ke hantu lalai macam aku
tak kisah la dorang bukan sedare aku

sampai je di rumah, abah tanya aku
pelik melihat aku masih di rumah itu
tanpa tipu aku jawab jujur macam selalu
dia selamber je sebab dia dah tak pelik dengan perangai aku

sungguh aku sudah malas nak berjalan kaki
kupaksa mak su yah hantar kali ni
almost terlupa lagi sekali nak amik charger lappy!!!!
nasib baik aku sempat ingat kalau tak memang aku tampar2 diri sendiri!

sampai je tepi jalan besar aku nampak teksi
tiada penumpang lain bersamaku kali ini
seram sejuk pulak menyerang dalam hati
bibirku mula kumat kamit baca ayat kursi

di tanganku terpegang air teh o beng yang sempat dibeli
takut pulak aku kalau nak terkencing nanti
dah nak dekat sampai air itu kuhabisi
ingatkan dapatla aku menyelamatkan diri di tandas nanti

malang sekali dekat nak sampai musim jalan jem menjelma
gall bladder aku rasa senak dengan tiba-tiba
memberi isyarat kantungnya perlu dikosongkn segera
dengan penuh khusyuk aku berdoa

sepanjang menahan panggilan alam itu aku terseksa
nasib baik ALLAH tetap selamatkan aku juga
keluar je dari teksi di stesen bas kucari tandas dengan tergesa-gesa
sampai je kuhembus nafas lega. geramnya!!!!

naik pulak bas untuk balik ke IPGKKB lepas sampai di stesen bas
aku duduk dekat depan takut IPGKKB terlepas
ku tak tahu mata aku yang terbabas
celik-celik je eh dah di mana ni pak cik pemandu bas???

uwaaa!!!! aku tertidur rupa-rupanya!!!
tak pasal-pasal kena berjalan kaki balik semula
dah la pintu pagar belakang tidak dibuka
terpaksa lalu di laluan yang seram giler!!!!

tengah berjalan kulihat budak dua orang ngah buat ape tah dengan motor merah
aku pun buat muka kesian ditambah dengan nafas tercungap melepas lelah
aku mintak tumpangkan aku ke pintu pagar ipgkkb sebab kaki dah rasa macam nak patah
ok aku tipu sebenarnya aku dah malas dan tak larat nak berjalan dah

sampai je di pintu pagar aku masuk dalam kawasan ipgkkb
tanpa sedar bibirku muncung dengan sendiri
mak guard tanya bajet prihatin padahal nak perli
aku pun cerita la kat semua apa yang terjadi

aku mintak gak no hp mak guard tu
senang kalau aku dok kat gate belakang aku boleh call suruh bukak gate tu
tapi dia takut kena marah dengan atasan di situ
aissshhh.. kenapa sistem di sini perlu begitu?

apa faedahnya ada dua pintu pagar kalau satu nak dikunci
sedey la aku kalau terus macam ni
letak jela pak guard kat sana juga macam yang kat depan ni
kalau dah takut sangat masuk pencuri

seriously aku letih hari ni
macam biasa bukan salah orang lain tapi diri sendiri
yang sentiasa cuai dan tak sedar diri
muja, ko dah 21 tahun tau tak tahun ni?????!!!!!

arrghhhh!!!


3 comments:

  1. hahaha...sabar2....mcm2 dh situasi tu..haha

    ReplyDelete
  2. camne la boleh terlelap pulak ni..? agak berani juga muja ye siap mintak tumpang moto...huhu

    ps: wah dah lama tak order teh o beng ni....biasa order kat mamak kena cakap teywowaiss..

    ReplyDelete
  3. Ehehe..muja muja...cube chill n relax mesti semuanye beres..hehe...

    ReplyDelete