dia muncul lagi - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, January 01, 2013

dia muncul lagi

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

tolong lah jangan muncul lagi
hari ni aku meroyan tiada henti
ingatan terhadap dia bertubi-tubi
kumengadu pada dia sahabat sejati
sahabat yang sentiasa di sisi

tolonglah jangan muncul lagi
sudah cukup hati ini disakiti
bukan menyalahkan kau tujuanku hari ini
sekadar ingin luahkan isi hati
hadirnya engkau hanya melukai

tolonglah jangan muncul lagi
aku tahu kau mungkin tidak sengaja
tak berniat melukakan aku punya jiwa
mungkin hati aku ni jenis mudah terluka
sebab tu kita tak leh bersama

tolonglah jangan muncul lagi
hadir lagi pesanan ringkas daripada engkau
buat aku gembira dalam risau
mengimbau kembali kenangan yang kuhalau
hati ini sudah cukup parah dan galau

tolonglah aku merayu padamu
jangan muncul lagi di hadapanku
jangan buat aku kembali merindu
jangan cambahkan lagi benci di hatiku

1 comment:

  1. wow ! terengen nk buat puisi jiwg2 cmny ,, sronok bce org punye ^^ tah bile iqa dpt buat org bce iqa nyer lak hehehe !

    ReplyDelete