hanya DIA - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, January 24, 2013

hanya DIA

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D



bila aku mendekati dia
dia kata ' jangan dekati aku "

bila aku berjalan di sisinya
dia kata ' berlarilah muja '

bila aku kata aku sayang padanya
dia kata ' kau orang paling aku benci '

bila aku ingin meluangkan masa dengannnya
dia kata ' ada yang lebih penting daripada kau '

bila aku ingin berbicara dengannya
dia kata ' aku tak mahu dengar ini semua '

bila menyatakan sesuatu kepadanya
dia kata ' aku bosan mendengar suaramu '

bila aku ketawa untuknya
dia kata ' gelakmu membingitkan telingaku '

bila aku senyum untuknya
dia kata ' aku menyampah dengan senyumanmu '

hanya bila aku mengadu kepadaNYA
DIA mendengar dengan penuh kasih sayangNYA
DIA mendengar dengan penuh perhatianNYA
DIA mendengar dengan penuh sabarNYA
DIA mendengar dengan tiada prejudis
DIA mendengar dengan tiada rasa benci
DIA mendengar dengan sepenuh hati
walaupun suaraNYA tidak berdaya kudengari

dan aku,
aku berasa tenang dan nyaman sekali
akhirnya ada juga yang sudi
mendengar isi hati ini



14 comments:

  1. hanya pada-NYA tempat kita meletakkan cinta paling agung....

    ReplyDelete
  2. Huuuu sape yang annoying sangat ngan kau tu Muja? Hehehe. Yang senantiasa sudi bersama kita di sisi, tetap satu. Antara kita yang nak setia atau tidak je dengan DIA :D

    ReplyDelete
  3. @Liyaa Mf ramai weh liyaa.. aku ni memang kena kawan ngan online frenz je,, aku ni memang annoying pun,, hehehe

    ReplyDelete
  4. serahkan segala-galanya pada Dia.. InshaaAllah hidup kita akan lebih bermakna :)

    ReplyDelete
  5. sabar ye muja....mmg la kita boleh ngadu kat DIA...tapi hubungan sesama manusia pun kena jaga juga...

    ReplyDelete
  6. Segala permasalahan, ketenangan, kesusahan, ketenteraman, kecintaan, kedukacitaan, kebahgiaan.. dan sebagaonya datangnya daripada ALLAH SWT.. bersyukurlah andaikata kita beroleh kepayahan... nescaya selepas kepayahan itu akan tiba kesenangan yg di anugerahkan buat insan yg sabar...

    Muja...nak tanya sikit boleh?

    ReplyDelete