ada sahaja yang awak pinta tanpa fikirkan saya - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, February 01, 2013

ada sahaja yang awak pinta tanpa fikirkan saya

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

kan ke lebih bagus and baik kalau awak bagitau daripada dulu
yang awak nak adalah saya sentiasa menunggu dan menunggu
menanti awak tanpa rasa jemu sehingga tibanya waktu
yang bagi awak sesuai untuk kita kembali bersatu macam dulu-dulu


tapi dari awal awak tidak lakukan itu
awak biar saya tanpa arah tuju
menunggu tanpa tahu
apa sebenarnya yang saya tunggu


awak mahu saya belajar bersabar dalam hubungan kita
awak mahu saya belajar menerima halangan dan kekangan yang ada
awak mahu saya jadi wanita yang sempurna
tapi saya tidak punya itu semua, saya tiada apa-apa

saya mengaku saya bukan penyabar dari awal kelahiran saya
saya mengaku saya tidak suka adanya penghalang antara kita
saya mengaku saya jauh daripada menjadi wanita sempurna
awak hanya pikir yang awak mahu, adakah saya tiada rasa yang sama?

empat bulan mungkin singkat bagi awak yang sentiasa ada perkara
di sini memanggil-manggil di sana meminta-minta
tapi saya tidak begitu wahai manusia yang kucinta
saya perlukan awak, saya nak awak sentiasa ada

saya tahu awak tersangat yakin akan hubungan kita
saya tahu awak yakin hubungan kita akan berakhir seperti yang awak pinta
sebab awak tahu hanya awak yang saya cinta
tapi bagaimana dengan saya, saya tidak yakin pada cinta yang awak utara

awak tahu saya tidak pernah percayakan awak
malahan sejak mula perhubungan kita bermula
tambah-tambah awak tiada yang namanya usaha
untuk buat saya benar-benar yakin dan percaya

saya sayang, cinta, rindu, kasih awak teramat hanya ALLAH yang tahu
bukan main-main untuk dunia semata tapi till JANNAH yang saya mahu
tapi kalau beginilah dan inilah cara awak dalam mengekalkan sesuatu
saya menyerah kalah awak walaupun hati ini sangat tidak bersetuju

saya bukan barang yang awak kena ada time awak perlu sahaja
saya manusia bernama wanita yang sentiasa ada hati dan rasa
bukan ada remote control yang boleh set masa
masa untuk benci dan masa untuk cinta

bila saya mencinta saya bercinta sepanjang masa
bila saya membenci saya simpan dan sorok jauh di dalam dada
ternyata lelaki dan wanita itu tersangat jauh berbeza
sebelah memerlukan sebelah hanya terpaksa ada

2 comments: