bila dia bertukar status - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, February 12, 2013

bila dia bertukar status


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

tanggal 9 februari 2013 menjadi tarikh bersejarah bagi dua insan istimewa dalam hidup aku. hanani izzati yakni ex classmate aku di sms tengku muhammad faris petra dan mimi wahida yakni sepupu aku. aku tumpang gembira for both of you. sangat sangat. :D

nani dah jadi classmate aku sejak aku form 1 sampai la form 5. sangat kuat jodoh kitorang. orangnya sweet yang amat!!! huggable gitu,, aku suka peluk dia. haha. dia jugak suka nangis macam aku. time aku mula-mula suka kat crush aku dulu, dia dulu yang detect my feeling padahal masa tu aku tak tahu pun yang aku suka kat orang tu. see betapa dia kenal aku in and out. kitorang berseksian sama-sama, bernyanyian sesama, bersedihan sesama, bergembiraan sesama. i really appreciate her existence in my life. dulu time aku stress giler study kat um, sape lagi yang aku call kalau bukan dia. time stress laptop rosak, tak de lain yang aku call memang dia. time aku stress dengan so called ex boyfriend aku, memang dia yang jadi penadah telinga. tq sangat for being the best listener ever!!! muahhhxxx!!! :D

kawan aku si nani ni duduknya jauh kat kuala terengganu, kitorang yang nak gi majlis dia ni pulak dok di kelantan. nasib baik la 'aisyah tu belajar dekat unisza. kalau harapkan aku, jalan nak gi ganu dari jertih pun aku tak tahu. memang aku noob. selalu kena marah dengan abah sebab tak cakna. masuk je dalam kereta, terus tidur. bila sampai je dekat bulatan tu kitorang masuk jalan ke manir. then tak notice jambatan yang ada dalam peta. kitorang tertukar dengan flyover. tak patut langsung kan? kih3. jauh giler kitorang tersasar. bila dah sampai simpang yang memang betul-betul untuk ke rumah pengantin pulak, adik si pengantin terletak signboard salah. dia gi letak anak panah tu ke depan lagi padahal jalan masuk di belakang signboard. nasib baik la jugak kitorang hentam masuk juga jalan kecik tu. kalau dok ikutkan signboard tu, entah-entah sekarang pun kitorang tak balik lagi. kih3. jom layan the most beautiful bride in the world nih. cantik giler!!!! :D

lawa kan? seriously. amat lawa,, :D

aisyah, aku, ah, dan nani kat depan. pengantin lak yang dok kat bawah,, haha

then, on the way balik ke kelantan, kami solat jamak qasar terus kat satu masjid ni. masjid darul  ape tah. then continued our journey to syahbandar, terengganu. ada Pesta Thai. kitorang gi dalam pukul 3 lebih gitu and dah set masa untuk bergerak pulang kul 4 sebabnya malam tu sepupu aku pulak kawin. tak best r kan kalau tak hadir. sepupu yang sama-sama mandi hujan and main masak-masak dulu. tak sempat tunggu kawan kitorang yang bajetnya nak jumpa sekali sebab perjalanan balik kelantan jauh pulak. jom layan gambar kat Pesta Thai plak. :D

ni kat kedai blended ice yang superb giler rasa dia. aku punya nenas, aisyah pulak epal, ah pulak suka carrot. aku rasa aku punya la paling sedap. hahahaha. memang terbukti la orang thai ni memang sangat pandai masak sebab even air yang dorang blend and campur susu pun sedap. cess!

macam ni la bentuk kedai dia. segala macam masakan thai ada kat sini. kraf tangan pun banyak. jeans yang warna warni tu sangat amat memikat hati. kalau tak memikirkan fulus yang kekeringan sekarang, tak memasal aku rembat dua terus. haha

pulut mangga. RM4 satu ni. mahal la bagi aku tapi bila aku rasa, memang aku tak nyesal. pulut tu rasa manis, curah santan pekat kalau tak silap la yang warna putih tu, then mangga yang manis. perghhh!!! terus aku nak paksa umi buat. bukti sekali lagi,, heee~~

dalam kitorang jalan2 tu, nampak la pulak dorang yang buat sepanduk pasal hijab ni. dia tengok aku je terus angkat sepanduk tertulis TAHNIAH SEBAB ANDA BERHIJAB!!! :D. TOCEY!!! cute cute pulak yang dorang buat tu. tahniah sebab anda berhijab la, tak berhijab menempah neraka la, memang cute tapi seram laaa. warna warni je. ayat-ayat dorang pun macam ringan je tapi bermakna. time nak keluar dari syahbandar tu macam jem sikit, so aku sempat snapped gambar dorang beratur tepi jalan. memang semangat sungguh dorang berdakwah. mau aku tak insaf. sob3


pergghhh.. berani kan dorang tukar Valentine's Day kepada Hijab Day. memang dorang hebat and cool and brave and strong and persevered much!!! bangga aku dapat saudara seIslam macam dorang. sob3
-------------------------------

hari tuAisyah hantar aku sampai ke kampung lagi. sebenarnya nak ajak dia makan sekali sebab gulai itik untuk majlis malam tu dah siap dimasak tapi dia cakap dah dekat malam. takut lak sebab dia kurang nampak kalau malam. bahaya. so dia terus pulang. then aku balik rumah dari kampung dengan abah. tak tahan dah dengan tak mandi and pakai baju sama seharian.

sudah je solat isyak, kitorang terus balik kampung tapi berhenti kat masjid terus. kami orang first sampai. kemain lagi. tak menyempat pengantin datang. maybe kami terover excited. yelah. sepupu sebaya nak kawin. biasa la kan. terus terbayang macam mana la ti kitorang punya turn,, haha. aku dengan semangatnya meredah lautan manusia untuk record saat abe mey akad nikah. sadis gak sebab suara abe me ni memang slow macam anak dara sikit. dia pemalu. hik3.

aku makan malam tu macam tak makan seharian. almaklumlah jarang kot boleh dapat peluang makan reramai. lauk itik pulak. pergghhh!!! kecuq ayaq liyuq!!! habis ngam ngam je lauk itik malam tu. then aku terus balik. ajik yang anta yakni sepupu aku yang tersangatlah hensemnya. hari tu dia accident. nasib baik la parut kat muka tu tak nampak sangat. huhu,,,

mimi sarungkan cincin ke jari abe me. sebak sebak dalam gembira. kih3. kalau mimi tu aku, abe me tu sape ek? haha

mimi and sepupunya yang masih bujang. dengan semangat aku amik gambar dengan pengantin dengan harapan lepas ni turn aku. amiiiin. haha

gambar bujang girls. rasa-rasa korang, turn sapa pulak next? hahaha

THE END OF MALAM AKAD NIKAH






12 comments:

  1. lawa la kawan sis ;) erm.. hana pun blajar kt unisza jugak ;) hehee

    ReplyDelete
  2. untgla adik junior kawen dulu
    abe senior ni xlaku2 lagi
    hahahha

    ReplyDelete
  3. Cantik sangat.Tahniah untuk kawan muja..btw,thanks for the wish ^_^

    ReplyDelete
  4. tahniah tuk kawn muja..best dpt jumpe mmber mse kawin..hehe

    ReplyDelete
  5. tahniah kepada beliau...

    PS: dlm gambar tu rasanya hanan pulak next...pasal dia nampak paling tinggi...hehe

    ReplyDelete
  6. @вʋввℓɛ ρσρƨ memang dye lawa sejak azali pun,, sebab tu hubby dia melting ngn dia,, hehe

    ReplyDelete