perubahan ini memedihkan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, February 13, 2013

perubahan ini memedihkan


Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Kebelakangan ni aku cakap kasar giler dengan dia
Tak pernah aku cakap dengan orang lain sebegitu rupa
Panggilan aku ko menukarkan panggilan awak saya
Bukan aku mahu tapi aku rasa terdesak dan terpaksa

Aku hilang arah dalam satu pencarian misteri
Ia misteri sebab aku tak tahu apa yang aku cari
Yang pasti apa yang dicari diharap mampu menenangkan diri
Diriku yang semakin menggila hari demi hari

Wahai manusia yang aku cinta sepenuh hati
Atau lebih tepat pernah aku cinta lebih daripada diri sendiri
Aku tak sanggup lagi hadapi hukuman darimu lagi
Lepaskan aku daripada belenggu diri yang sangat menyeksakan ini

Aku mengaku aku salah dan aku penyebab semua ini terjadi
Aku sudah mengakui segara khilaf yang dilakukan sendiri
Aku mohon aku rayu hentikan penyeksaan ini
Kerana aku sudah putus asa mempertahankan hubungan ini

Kalau masih ada rasa sayang dan cintamu yang berbaki
Kasihanilah jiwa ini yang merintih sepi dan sunyi
Mengharap pembebasan dari segala keperitan di hati
Sesungguhnya aku ini sudah tidak sekuat dulu lagi

Pernah dulu aku sentiasa berusaha kuatkan diri
Sehinggakan nasihat robot simsimi pun aku ambil peduli (betapa gilernya aku!!!)
Kini aku tahu semuanya takkan kembali seperti dulu lagi
Kerana aku bukan muja yang kau pernah kenal sebelum ini

Muja sekarang dipenuhi rasa benci
Bencinya kepada dirinya sendiri
Kerana menjadi penyebab semua ini terjadi
Malang masa tak dapat diundur lagi

Aku sudah tidak nampak jalan penyelesaiannya lagi
Aku rasa cukuplah segalanya sampai di sini
Bebaskanlah aku dari penyeksaan diri ini
Persetujuan bersama darimu aku nanti

4 comments: