dia makin manis dan makin lawa - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, February 02, 2013

dia makin manis dan makin lawa

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

hari ni antara hari yang sangat bermakna bagi aku
pertama kali bertemu semula sahabat baikku semasa darjah satu
dia semakin manis bertambah ayu
aku cemburu dengan penuh bertalu-talu

segala kenangan yang masih melekat di kepala diungkit kembali
terutama perihal ketua darjah yang sengal sekali
kepoyoannya yang sangat tebal dan tinggi
sungguh kelakuannya menggelikan hati

teringat kembali sahabat kami yang lain-lainnya
umi nadiah, shalinorliana, nazirin, nik hasyimi di mana
alangkah indah kalau dapat kembali bersama-sama
menempuh hidup yang penuh pancaroba


bushra saidah nama si gadis manis
kenangan dengannya sukar dikikis
segala macam di tadika selamanya tak tertepis
sayangku terhadapnya tak mungkin habis

selepas di tadika jodoh kami masih berterusan
sekelas semasa darjah satu kami ditakdirkan
sentiasa bersama-sama berjalan beriringan
sekarang segalanya tinggal kenangan

perpisahan terjadi disebabkan aku yang terpaksa berpindah rumah
dari ketereh ke selising aku berhijrah
sejak itu segala-galanya seakan-akan berubah
hidupku menjadi tidak seindah

bertahun dulu kami masih kecik tak tahu apa-apa
handphone tiada facebook tu masih tertanya-tanya apa kebenda
alamat yang ada ditulis tak tahu hilang kemana
terputus terus hubungan persahabatan yang dicipta

hari ni aku kepada mark zuckerberg aku berterima kasih berjuta-juta
kerana facebook ciptaanya kami kembali berjumpa
alangkah indahnya kalau facebook awal-awal lagi dicipta
tentu tidak aku merindu sedemikian rupa

love you much bushra saidah!!!! jangan lupa balik bulan 6 dari Jordan nanti contact saya. kita dating lagi k. :D

setelah empat belas tahun terpisahnya kami
hari ni takdir menemukan lagi
sungguh sedih sekali di hati ini
mengenangkan perpisahan yang pernah terjadi



6 comments:

  1. Fuyyooo! Sajak untuk kawan darjah satu. Aku baca ala2 syair boleh Muja? Hahaha!

    Aku pun ada sorg besfren masa skola rendah, pisah masa aku pindah darjah 4. Memang lost contact gak la. Tp sebenanye leh contact lg sbb umah dea kat umah atok aku. Kiranya masa tu aku skola kat kg la. Skang still contact gak dlm fb :D

    ReplyDelete
  2. sedap pntunnya..ha3! ley bwak masuk mjalh sek ni..he3..

    ReplyDelete
  3. dr djh stu..hebt..mmg bguf fcebook ni

    ReplyDelete