hari kahwin mereka hari bergambar kami :D - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, February 13, 2013

hari kahwin mereka hari bergambar kami :D


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

lepas majlis akah nikah 9 feb malam tu, esoknya diadakan pulak kenduri kawin. ternyata wajah pengantin berseri-seri sangat. lain sangat dengan orang ramai walaupun orang lain pun makeup jugak. hehe. aku tak tahu nak cakap apa tapi aku lak yang rasa terover happy time kenduri kahwin mimi ni. hehe. sebabnya hari-hari macam ni je boleh camwhore sepuas hati tanpa orang tengok kita dengan pandangan pelik. ye tak?

hari tu kami sekeluarga pakai baju biru. kain sama pulak tu. sebab nak sedondon dengan pengantin la. abah sanggup gi beli kat kl. alasan semata-mata. padahal nak meronggeng dengan kengkawan dia. lelaki memang. huh. family ditinggalkan di kelantan. dah berzaman kot tak jenjalan. abah ni! kain tu pulak sama je sefamily. alahai. 4 orang anak gadis ni baju tertukar la semua gamaknya. grrr. tapi boria yang paling cool was us la that day. kih3

jom layan gambar hari kenduri. tulis panjang-panjang pun bukan ada yang nak baca. aku sendiri pun malas. haha


moga abe mey and mek bahagia hingga ke syurga. moga setia hujung nyawa gitula. moga dapat anak yang soleh dan solehah ramai-ramai ye. we love you both!!! :D


tak de sanding-sanding. tapi benda ni diprepare for photoshoot purpose. aku pun amik peluang sekali la. aku memang tak leh tengok benda kilat-kilat.. bling bling ni. cair. rasa nak snap terus. cantikkan? huhu.


anak dara trang tang tang. lisa, farahim, farini, muja, zie. who will be the next bride? we will see. kih3. weh!!! gemuk giler aku!!! grrr!!! kena diet ni!! diet diet diet!!!


gambar ni sangat epik giler aku cakap ko. aku nganga luas. syahmi nganga double luas. hahaha!!! dengan spectacles kuningnya tu, memang syahmi ni sepupu aku yang paling sporting giler!!! dah la suka kat aku. satu-satunya kot sepupu yang suka aku yang garang giler ni..auuuuummm hehe


aku, abah, mimi, umi, hana, zie. tengok je gambar ni mesti aku terfokus kat abah. hahaha!!! abah dengan tengkolok (ke tanjak??) ape-ape jela,, yang penting yang kat atas kepala abah tu. haha. dulu abah tak berpeluang merasa. time ni la nak try kan.. well done abah!!! hahaha... hensem gak abah aku ni yer,, lalala


yang penting aku nak tunjuk gambar ni laa. aku and sepupuku yang terhensem sedunia. jelez tau dia putih aku hitam. haissyyy.. nak kena guna beutskin ni. baru jadi macam adira. haha

meh aminkan doa aku ni. moga mujarab and dimakbulkan k

ya ALLAH
jadikanlah pasangan kami pasangan yang membawa kami ke syurgaMu
jadikanlah penyatuan hati kami penyatuan yang diberkati dan dirahmati olehMU
jadikanlah kami ibu bapa kepada zuriat soleh dan solehah yang disenangiMu
jadikanlah kami pasangan yang menenangkan antara satu sama lain
jadikanlah cinta kami cinta yang berpaksikan cinta kami untukMu
amiin yaa Rabbal alamin,,,


4 comments: