Thank you awak - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, February 14, 2013

Thank you awak


Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Akhirnya usaha aku berhasil jua
Akhirnya aku bebas juga
Dari rantai yang membelenggu jiwa
Akhirnya kami dah tak de pape

Sejujurnya aku langsung tidak gembira
Apatah lagi melompat dengan gelak ceria
Aku cuma inginkan yang terbaik untuk dia
Yang nyata aku bukanlah yang terbaik untuknya

Awak maafkan saya
Sebab saya awak terseksa
Saya tahu semua salah saya
Saya yang tak leh terima apa adanya

Awak maafkan saya
Menyakiti awak dengan kekasaran bahasa
Menyakiti awak buat saya turut menderita
Melepaskan awak kerana terpaksa

Awak maafkan saya
Saya yang tidak layak dengan awak sebenarnya
Untuk awak yang sangat hampir dengan sempurna
Malah sudah cukup sempurna di mata saya

Awak maafkan saya
Saya tahu betapa awak terseksa kerana saya
Saya tahu saya dah buat hidup awak menderita
Maka saya berusaha menjauhkan diri awak daripada saya

Awak maafkan saya
Saya yakin sebentar sahaja kita akan terluka
Masa adalah pengubat mujarab segala derita
Satu hari awak pasti akan lupa kewujudan saya

Terima kasih awak atas segalanya
Terima kasih atas kenangan yang tercipta
Terima kasih atas pemberian cinta
Terima kasih atas kesabaran yang ada

Yang pasti cinta saya untuk awak selamanya
Mencintai tidak semestinya memiliki malangnya
Moga awak sentiasa bahagia hendaknya
Moga awak jumpa pengganti yang lebih baik daripada saya

9 comments:

  1. adat bercinta..yang apsti kegembiraan akan datang kepada muja

    ReplyDelete
  2. selamat tinggal pd kekasih ke...huhuhu..ct xlepas lg dr rntai tu wlaupon meronta2 nak lepas...adeh..apepon,smoga muja tabah ae :)

    ReplyDelete
  3. Be happy Muja! Its still a long journey to go.

    ReplyDelete
  4. susah mane pun satu benda tu , tetap ade senangnya nanti . mungkin ni yang terbaik . kita taktau perancangan Allah buat kita . lebih indah . its just matter of time , dear .

    ReplyDelete
  5. susah mane pun satu benda tu , tetap ade senangnya nanti . mungkin ni yang terbaik . kita taktau perancangan Allah buat kita . lebih indah . its just matter of time , dear .

    ReplyDelete
  6. @Nadia Johari amiin,, doakn dia jugak k nad,, muja dah banyk salah ngn dia,,,

    ReplyDelete
  7. @C.T.K tngah tepi sisi bertabah dh ni ctk,,, perit betul rasanya,,, awk pun sabar la k :D

    ReplyDelete