Nurmujahidah

Apabila ada yang menghina, itu adalah peringatan daripada Allah, itu adalah ujian dri Allah. DIA nak mengingatkan diri kita yang terleka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan si penghina, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

WANNA ADVERTISE IN THIS BLOG? CLICK HERE :D

Tuesday, February 5, 2013

untuk i-dont-know-who-he-is-to-me-now.

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

awak, saya tak leh janji untuk tunggu awak macam yang awak nak
tapi saya juga tak kata yang saya tak tunggu awak langsung
saya hanya boleh cakap yang April datang dengan sangat lambat tahun ni
awak, saya rindu awak sangat sangat amat amat sungguh sungguh

awak, permintaan awak kali saya rasakan cukup berat untuk saya pikul
tapi macam biasa saya ni degil or lebih tepat hati saya ni degil sangat
walaupun dia tak yakin pada awak macam biasa tapi dia tetap simpan awak
tetap awak yang bertakhta di dalamnya walaupun ada yang sudi mengganti

awak, awak minta saya tunggu awak tapi awak tak bagi alasannya
awak hanya cakap tunggu awak sampai awak habis semester ni (sem 4)
saya agak-agak mesti sebab awak rasa awak busy sangat kot
pelik sebab macam la semester lain nanti awak tak busy langsung

awak, alasan awak bagi tu sangat tak adil and sebelah pihak
awak fikir tentang awak sahaja semata-mata tanpa memikirkan saya
macam mana dengan saya di sini yang terikat dengan permintaan awak tu
kenapa saya didera dengan sebegini rupa

kenapa awak tak nak putus and lepaskan saya je dengan senangnya
kenapa kita kena bersenyapan berbulan-bulan lamanya
kenapa sampai bulan empat bukan lima or enam atau tujuh
macam-macam alasan saya cipta sendiri yang satu pun tiada yang pasti

awak, mungkin ini cara awak untuk dapatkan bukti sayang saya pada awak
sebenarnya awak tak perlu langsung buat macam ni sebab saya hanya ada awak
saya pun hairan bila awak request macam ni tapi ini yang awak nak
saya pun tak tahu saya sekarang sedang menunaikan permintaan awak atau tidak

awak, mungkin ini cara awak yang awak rasakan bakal memudahkan saya lupakan awak
percayalah bahawa cara ini langsung tidak membantu saya
ketahuilah yang saya menderita gila dengan permintaan awak yang macam ni
awak suka ke kita macam ni or awak pun macam saya keadaannya?

awak, mungkin ini cara awak menghukum saya atas perbuatan saya yang melampau
saya dah mengaku semua salah saya and saya dah mintak maaf
saya dah pergi nak jumpa awak walaupun takdir tidak menemukan kita
apa lagi perlu saya buat untuk perbaiki semua kesalahan saya itu awak?

awak, mungkin ini cara awak untuk buat saya belajar bersabar
yup, inilah alasan yang awak pernah beritahu saya sebelum ni
tapi tak cukup lagi ke tiga bulan yang sebelum ni saya tunggu awak
perlu ke ditambah tambah lagi tempoh kedinginan hubungan ini

like, share, tweet, G+ if you love this entry. do comment to spread your blogs too :D

10 3 awesome people commented. be awesome :D:

ezyra daniel said...

bawak bsabar ya... :)
kalau da jdoh,tak kan ke mane....tak kira la lame mne pon

Nurmujahidah Ismail said...

@ezyra daniel i am being very patient now,, kalau tak dah lama masuk asylum,, uwaaa :'(

aReLaN said...

sabar banyak2 ye muja. jangan stress2.

Nadia Johari said...

ade sebb kot die wat mcm tu..ade jodoh x kmn ok..muja jgn sedih2

Cheq Kaq said...

Muja..g cari yg lain yer..wakakaka..saje je..tak nak bg muja sedy2..

Encik H said...

aku pernah alami situasi camni muja..memang rasa sakit..org yg menyuruh tunggu, dan org yg disuruh tunggu, dua2 akan rasa kesakitan tu..

Nurmujahidah Ismail said...

@aReLaN stress amat ni lan,, sob3

Nurmujahidah Ismail said...

@Nadia Johari tak nak ada jodoh ngan dia,,,

Nurmujahidah Ismail said...

@Cheq Kaq muja sokong cadangan cheq kaq,, :D

Nurmujahidah Ismail said...

@Encik H aku takut aku je yang rasa kesakitan ni,, aku tak nak pun benda cenggini,, dia yang nak sangat tu kenapa,, aku tak paham betul laaa

blogwalking spots