budak kecik mengajar budak lagi kecik mengaji. alahai cute!!! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, March 28, 2013

budak kecik mengajar budak lagi kecik mengaji. alahai cute!!!

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

wah sangat bila time cuti aku boleh bangun di pagi hari pada pukul 5 pagi
sebabnya nyamuk yang tak henti henti menggigit diri aku ini
ubat nyamuk elektrik tak tahu ke mana menghilang diri lagi sekali
mungkin sudah dikebas oleh aku punya adik lelaki ataupun dia lari lari

bilik aku pulak memang jenis memerangkap haba ke hapa
kipas no lima punya kuat bagai tak rasa apa apa
bangun pagi dengan dengan berpeluh aku dibuatnya
inilah yang dipanggil pemanasan global katanya

bangun je tengok hanis zalikha post kat instagram gambar video di bawah ini
maka ternyatalah aku mudah terpengaruh dengan blogger muda mudi
tanpa melengah masa terus kubukak youtube and taip abang ajar adik mengaji
abang garang mengajar alif ba ta tapi bertukar lembut time saling tukar lidi


ahhh dorang berdua ni tersangatlah cute yang amat sangat
harap harap macam mereka di atas ini lah aku punya zuriat
harap generasi muda sentiasa terlindung daripada maksiat
harap kita semua sentiasa selamat di dunia dan di akhirat. amiin

teringat zaman aku kecik-kecik dengan adik aku dulu
zaman aku masih innocent dan masih suci
masih putih dan suci daripada terpalit dosa duniawi
masih rasa happy mengajar adik aku itu ini

kadang-kadang terfikir jugak aku mengapa aku berubah kini
sedih jugak aku semakin dewasa semakin teruk rasa diri sendiri
alangkah indahnya rasa jika masa boleh diputar kembali
namun perkara itu mustahil itu hakikat yang sudah pasti

masa lampau adalah perkara paling jauh daripada sisi
masa sekarang adalah hadiah bernilai yang tak terperi
masa depan pula adalah masih sesuatu yang tak pasti
bersyukurlah kita masih berpeluang berubah sehingga kini



8 comments: