sekadar panggilan nama muja - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, March 05, 2013

sekadar panggilan nama muja


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

hari ni jiwa aku begitu senang
fikiran aku rasa melayang-layang
hati aku rasa macam tengah terbang
ye, aku rasa macam muka aku perlu dilempang

haha.. ianya hanya sekadar panggilan
panggilan nama yang si dia ungkapkan
sudah cukup buat bibirku mengukir senyuman
muja, namaku yang julung-julung kali dia sebutkan

wah!!! sudah hilang rasa gundah di hati
dia memanggil ku buat kali pertama hari ini
mungkinkah aku sudah berubah hati
sungguh aku takut menghadapinya lagi :'(

sudah hampir dua tahun segalanya menjadi rahsia
baru-baru ini sahaja aku bocorkan sedikit sahaja
rasa malu menyerang tiba-tiba so aku hentikan segala-galanya
dengan harapan semua balik seperti biasa semula

rasa nak je tepek gambar crush aku di blog ini
tapi rasa segan menyelubungi diri
cakap pun jarang perasaan simpan dalam hati
sungguh aku takut untuk mencuba lagi :'(

mungkin aku seorang yang sangat mudah berputus asa
seorang yang sangat mudah trauma dengan kesakitan rasa
makanya aku sudah tidak mahu mencuba
tidak mahu ambil tindakan apa-apa

semuanya aku simpan jauh dalam jiwa!!!
ps- aku pun ada crush??? fuh!!! rasa macam tak percaya kat diri sendiri,, haha!!!


1 comment: