aku dari parti b terguris - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, April 08, 2013

aku dari parti b terguris


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

ok malam ni entry aku berbaur politik sikit
aku just nak luah rasa tak puas hati kat satu page dakwah ni
selama ni aku suka sangat ngan page ni
dia berdakwah dengan ayat-ayat sempoi
yang sangat amar makruf
yang sangat nahi mungkar
tapi bila sampai pilihan raya
dia selalu selitkan perlian terhadap satu parti ni
and ditakdirkan aku penyokong parti ni
aku terasa dengan cara dia
macam mana nak buat ni



aku tahu admin sangat menyokong parti a
aku tahu admin sangat tidak menyokong parti b
tapi admin tahu tak yang tak semua likers page admin tu dari parti a?
tapi admin tahu tak yang pemilik blog mujadafewa ni penyokong parti b????

sebagai admin kepada page yang sangat disukai ramai, punya beribu likers
aku harap admin page tu akan kembali kepada dirinya yang normal
aku harap admin berhenti menyebarkan kebencian kepada parti yang tidak disenangi
aku harap admin tak terbawa-bawa dengan musim pilihan raya
aku harap admin bersikap adil dalam berdakwah
aku harap admin jaga perasaan peminat-peminat @ likers page tu

lama-lama, aku unlike juga page tu! ingatkan page dakwah, page politik rupanya! damn!

22 comments:

  1. this is politic.. hurm.. cepat2 je la undi.. naik bosan dengen semua benda yang memecahbelahkan rakyat dan bangsa..

    ReplyDelete
  2. hurm...payahkan kalau nak bercakap pasal politik. sayanglah kalau page dah ramai peminatkan.

    ReplyDelete
  3. @fyna tak adil bagi peminat2 dye bila dia buat cenggitu,, :(

    ReplyDelete
  4. skrg nie byk page yg asal nye nmpk macam nak berdakwah bagai..at the end,,sbenar nye tak..putar belitkan fakta n hukum hakam.yg pasal politik lagi la..i love malaysia...
    peace and no war :)

    ReplyDelete
  5. zizie lak tak kisah kalo org nak sokong parti mana.. tapi, tu la, buruk2kan pastu guna satu sumber je.. padahal, bila diusulkan fakta untuk canggah apa yang disebarkan, tak reti lak nak balas balik.. nampak sangat pencacai semata2.. takleh ke dorang ni mengundi senyap2.. haih.. nasib baik xleh nak mengundi lagi..

    ReplyDelete
  6. Mmm.. kekadang saja je provokasi di timbulkan... politik akhir zaman ni, memang sangat keji...

    ReplyDelete
  7. sakit kepala dah nk follow up politik hari ni macam2 jadi naik muat pulak kan :)

    ReplyDelete
  8. aku xtau komen aku tadi sampai ke tidak..dah publish tiba2 kuar error..

    ReplyDelete
  9. ler..takde rupanya..penat aku taip panjang2..

    tadi aku komen lebih kurang camni:

    kes yg sama macam saleh yaacob dgn nabil..politik punya hal, terus buruk2kn parti lain..tak peduli dah perasaan org yg sokong and support diorang..

    kat wall kawan2 aku pun byk jugak post pasal politik ni..aku nak komen lebih2, xpasal2 jadi gaduh pulak..padahal byk benda aku nak bantah..:D

    ReplyDelete
  10. mai pun naik menyampah dgn fren2 yg taksub tahap memuja pemimpin dorang smpai melabel yg bukan2 kt parti lain.undi adalah rahsia la kannn

    ReplyDelete
  11. Tak perlu nak tuding jari tu kat mana2...kita bersatu apa salah....huhu

    ReplyDelete
  12. @ezyra daniel muja rasa mmg nk berdkwah,, tapi pada asalnya je,, hee

    ReplyDelete
  13. @Nurul Farahizzati kan? apa kata mengundi dengan ceritakan kebaikan yang ada pada pihak kita je,, :D

    ReplyDelete
  14. @Mohd Fauzli sangat,, tak de pulak Rasulullah menghina penduduk madinah time berpolitik kat sana,, katanya nak ikut sunnah, alahai,,

    ReplyDelete
  15. Lana rasa bukan page dia je. Salah satu page penulis yg lana join ni pun, salu bikin status yg buat keadaan jadi panas.

    Sedih juga tgk rmai 'bertelagah' kat ruang komen status tu.

    Kita yg tgk ni pun, naik stress jadinya,hahaha

    ReplyDelete