Kecil hati - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, April 21, 2013

Kecil hati

Sudah puas aku melatih hati ni
Supaya dia kuat macam besi
Aku turut berusaha keraskan hati
Nampaknya tak berjaya usahaku ini

Aku tahu kecil hati ni berdosa
Di description blog aku tuliskan dia
Tapi aku manusia yang sangat biasa
Manusia yang punya hati dan jiwa

Bukan aku mahu untuk tidak reda
Tapi hati aku ni berdegil juga
Aku cuma mampu berusaha
Untuk meredakan segalanya

Sudah ditakdirkan aku sentiasa jadi yang kedua
Dianggap kurang penting berbanding yang lainnya
Yang pasti aku ada kelebihan yang tidak mereka punya
Yang sentiasa aku ingin mensyukurinya

Wahai sahabat rakan dan taulan
Doakan aku kuat untuk bertahan
Menempuh cabaran dan dugaan
Moga di akhirat mendapat ganjaran

Amiiiiiin

Ps~ tq pada yang sudi aminkan doaku ni

2 comments: