Blogger-blogger yang patut dicontohi ada di sini. - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, May 29, 2013

Blogger-blogger yang patut dicontohi ada di sini.

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
Join Them If You Are a Blogger :D . 
join exabytes here :D

mungkinkah ini salah seorang blogger yang patut dicontohi. anda tentukan sendiri.

sempena giveaway marathon yang aku lancarkan seorang diri kat blog aku ni, aku sekali lagi menulis entry sebuat giveaway yang agak mencabar kredibiliti aku sebagai seorang blogger sebuah blog personal. ecececey. macam hebat je join contest yang minta kita tulis lebih banyak selain tepek banner dan linkkan ke blog organiser kan. LOL :p

Kontes1Mei 1Julai Join Blogger Contest Tanah Arab
click banner to join :D

Tugas Pertama: semuanya mengenai ENTRY INI

daripada entry di atas, aku telah mengetahui banyak perkara mngenai penganjur giveaway ini. bagi aku, penganjur adalah seorang yang

  1. tinggal di Mesir (adik aku pun tengah belajar di sana) dan sangat merindui tanah airnya Malaysia. buat penganjur, inilah yang dinamakan pengalaman beserta pengorbanan. moga penganjur sabar dalam menghadapinya.
  2. sangat suka membaca. sangat berlainan sekali dengan aku yang sangat tak suka membaca. membaca hanya waktu ujian menjelang tiba. tahniah buat penganjur kerana membaca adalah suruhan yang Rasulullah dapat dalam wahyu pertamanya.
  3. sangat suka menulis. bab ni kami sama, tapi mungkin berbeza. penganjur lebih kepada menulis dengan cara yang teratur sebab dia ada hadiri seminar penulisan. aku pula, beginilah. menulis mengikut rasa. panduan tiada. silap ejaan pun merata.

Tugas Kedua: Blogger Lelaki dan Blogger Wanita

3 blogger wanita yang patut dicontohi
  • Maria Elena. penulisan di blognya telah memberi inspirasi kepada ramai orang. bukan penulisan sahaja, video-video di channel youtubenya sudah membuka perspektif baru dalam kehidupan diriku sendiri dan aku pasti ramai yang rasa hal yang sama.
  • Nisakay. beliau adalah satu-satunya panel wanita pada Seminar Buat Duit Dengan Blog Anjuran Denai Hati. dari situ kita dah nampak betapa blogger ini memang patut dicontohi. daripada menulis blog secara suka-suka, blognya menjadi sumber pendapatannya.
  • Cik Tom. beliau seorang blogger wanita yang berwawasan juga. dalam arena blogging dikuasai lelaki, cik tom berjaya survive dengan jayanya. kejayaan kerjaya dalam affiliatenya memang memberangsangkan. beliau hebat dengan cara beliau sendiri. seo-nya apatah lagi.
3 blogger lelaki yang patut dicontohi
  • Broframestone. kalau ada yang masih tak kenal dengan blogger hebat ni memang rugi. blog beliau tersenarai dalam 400 blog tertinggi ranking alex untuk beberapa tahun dan beliau banyak cari projek untuk blogger. jujurnya, beliau tak sombong walaupun sudah hebat.
  • Potia Casadelarossa. aku juga tidak tahu sejak bila aku mula anggap potia sahabat aku dalam alam maya. bermula dengan sesi kaunseling cinta daripada beliau kepadaku, banyak ilmu yang potia sudah kongsikan, banyak pertolongan sudah dihulurkan. terima kasih potia.
  • Feroz Othman. pemilik blog jiwa rosak ni memang patut dicontohi. tak de alasan pernah diberi untuk beliau tidak membantu. selagi mampu beliau layani segala pertanyaan entah pape daripadaku. bekerja sambil blogging tidak mudah tapi boleh itu sudah terbukti.
Tugas Ketiga: Komen bagi blog organizer:
  • Theme. pengguna wordpress? pastinya theme yang digunakan juga hebat. paling penting lebih mesra seo daripada pengguna blogger.com. theme yang digunakan simple dan sesuai dengan niche blog. tidak serabut. bagus sekali. nampak professional.
  • Cara penulisan. mungkin ini kekurangan diri saya sendiri. saya rasa penulisan boleh dipermudah lagi. ada ayat-ayat yang sukar saya fahami. mungkin kerana adanya unsur-unsur ayat yang mempunyai dua makna atau kurang jelas akan maksud sebenar. ambiguity.
  • Alexa. saya kurang pengetahuan mengenai hal ini. mungkin saya bukan orang yang tepat untuk komen mengenai alexa. harapan saya agar kedudukan blog ini mencapat apa yang organiser inginkan.
  • Blog loading. laju dan cepat. tak perlu tunggu lama seperti sesetengah blog. sangat efficient.
semoga pemilik blog ASYROFASRISTUDIO dot COM sentiasa berjaya dalam setiap usaha yang dijalankan.

BLOGGER CONTEST ini dianjurkan oleh AsyrofAsriStudio.com dan
ditaja oleh PENAJA  InsyirahAzhar.com,  Colleen-Kawaii.com
UstazImad.comhuseinrider.blogspot.comSumiJelly.com
AkmaOmar.comLadfeAmir.com,  Azri.my  dan
SukaSedap.com




7 comments:

  1. setuju, maria elena byk bg inspirasi :)

    ReplyDelete
  2. alamakk.. saye tercalon lagi.. hahaha lepas ni nak masuk bertanding utk YB la plak.. hik hik ;P mekaceh moja moja hihihi larikkk...

    ReplyDelete
  3. cik tom selalu menghasilkan entry yang memberi semangt pada akak..:)

    ReplyDelete
  4. Gud luck semoga berjaya..hehe

    ReplyDelete
  5. as salam,
    wah..ringkas dan padat =)

    selamat berjaya

    ReplyDelete