muja ke mj? - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, May 28, 2013

muja ke mj?

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
Join Them If You Are a Blogger :D . 
join exabytes here :D

few days around ni aku tengok ramai blogger yang guna acronym sebagai kata panggilan untuk diri sendiri dalam penulisan di blog diorang. sebagai contoh BLOGGER INI guna ST, BLOGGER INI guna YY, BLOGGER INI pulak guna IA. BLOGGER NI tak de lak guna BF. hehehe. haissyyy.. terus aku terfikir.

nama penuh aku NURMUJAHIDAH, dalam satu entry aku guna dua-dua panggilan AKU dan MUJA. kalau ikut macam dorang, aku patut guna NM or MJ, or NI. hehehe. aku pun perasan, kalau cakap ngan blogger-blogger lain aku guna nama panggilan pemberian dorm mate aku time mudo-mudo dulu yakni muja, then kalau tulis entry, ada lak guna aku. yang banyaknya, aku dan muja dalam entry yang sama.

awal-awal dulu guna, mj tapi lama-lama rasa tak kena di jiwa. still, kalau texting or chatting ngan orang, guna mj . macam ngan BLOGGER NI, guna mj je. time cakap ngan senior-senior perempuan kat facebook time nak beli or discuss something, guna mj. bajet nak singkatkan perkataan muja je but it ends up orang tu ingat memang mj tu disebut EMJEY. hehe. sampaikan ada sorang senior ni, cakap time jumpa depan-depan pun panggil EMJEY. lol gak la. :P

aku pun tak tahu la aku selesa dengan nama apa sebenarnya. it depends on the person i am talking to kot. tapi orang yang dah dewasa pun ada gak tersaya awak. aku just tulis aku or muja depends on what i have in my mind at that particular time. kalau minit pertama teraku, maka akulah. kalau the next second terkeluar muja, maka mujalah. mungkin ini petanda betapa aku ni seorang manusia yang tak tetap pendirian kot.

teringat pulak kat kawan aku yakni kawan kepada ex bf aku yang pertama dulu. walaupun dia 2 tahun lebih tua, aku tak panggil dia kak pun. guna saya awak. bajet sebaya. biadabkah? tapi memang aku rasa kami sudah selesa begitu. kawan aku yang kerja kat depan klinik umi aku lepas aku SPM, yang baru abis study kat poli time tu pun aku bersaya awak bajet birthday aku ngan dia tahun yang sama. padahalnya, age gap tu agak besar jugak lah. bukan sehari dua.

so, kat sini, aku yakni muja yakni saya yakni mj nak say so sorry kalau ada yang terasa yang aku tak berapa nak sopan guna aku dalam penulisan entry. sayang korang sebab baca sampai habis!! :D


1 comment:

  1. Hahaha.... Erm..mmg lau pakai name muja akan ad banyak nama yg akan muncul di kmudian hari...mcm saya la,stengah org pagil "ja","mj","jj","muja" n ad jugak yg pagil name penuh "mujahid".... P kbiasaannya name akan bertukar disetiap tempat yg kita pergi...hahahahhaa... Yg paling begang bila ad yg pagil "maja"/"majapahit"/mujahil",yg bengang tahap dewa...hahahaha....

    ReplyDelete