Perginya seorang KEKASIH ALLAH. - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, May 12, 2013

Perginya seorang KEKASIH ALLAH.


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

hidupku selalu dihimpit kerisauan
sesak nafasku dengan kegusaran
adakah yang sayang berlegar di fikiran
yang sentiasa sayang selalu dilupakan

tanpa sedar Dia sentiasa memikirkan
memikirkan nasibku sebagai seorang insan
umatnya yang disayang dengan begitu mapan
insan Islam yang selalu melupakan

Dia yang sentiasa mementingkan
mementingkan diriku hingga saat kematian
ingatkan diriku saat roh sedang meninggalkan
meninggalkan jasad yang lemah di pembaringan

Dia yang selalu terlalu sayang
sayangkan diriku tidak terbayang
menyebut namaku saat nyawa melayang-layang
diri sendiri tiada di fikiran walau sekupang



Dialah Rasulullah SAW yang teramat mulia
yang menjadi lambang sebuah cinta
cinta agung lagi suci terhadap umatnya
Dialah Nabi Muhammad SAW yang berharga


2 comments: