hak orang ke sekarang aku ini? - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, June 06, 2013

hak orang ke sekarang aku ini?




ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
Join Them If You Are a Blogger :D . 
join exabytes here :D

hari ni aku terfikir lagi dan lagi dan lagi mengenai.. mengenai.. ahhh.. susah!
aku juga perempuan tidak terlepas daripada fikir pasal hal duniawi
macam biasa perihal jodoh mengentak-hentak neuron otak di kepala ini
selalu juga terfikir ada ke yang mahukan diri yang berkekurangan di sana sini

bila usia makin meningkat setiap hari makin mencabar rasa hidup ini
godaan duniawi zaman globalisasi bukan calang-calang untuk aku harungi
tahap keimanan dalam diri ni kalau ukur, tebal kulit bawang potong lima lagi
cabaran baru yang wujud setiap hari buat segala kerabat bulu roma ini berdiri

aku akui hidup aku di alam maya bagaikan melebihi hidupku di dunia realiti
aku mencipta kawan yang tak pernah bersua tapi sangat dekat terasa di hati
aku selalu terfikir juga dengan rasa malu-malu yang tersangat menebal di hati
adakah jodohku di sini? di dunia maya bukan di dunia yang sebenarnya ini

banyak juga yang menggoda di alam maya ini.. oppsss,, there goes my secret
tapi otak diset dengan fahaman orang di alam maya tidak mungkin boleh dipercayai
mungkin aku tak sedar diri yang alam maya bagaikan tempat tinggal kedua aku sendiri
mencipta perhubungan dengan manusia yang wujud hasil tulisan jari jemari

mulai malam ni aku nak buka peluang pada dia yang sudah bertahun menanti
mungkin betul-betul menanti atau sekadar menyatakan dia menanti itu aku tidak pasti
yang nyatanya malam ni sudah terbuka untuk dia aku punya hati
aku tak tahu kenapa dan bagaimana, ia bagaikan terbuka dengan sendiri

aku tidak menaruh harapan yang tinggi
mungkin rasa fobia masih menghantui
kalau kekal alhamdulillah kuucapkan sepenuh hati
kalau tak kekal maka redalah hati ini.


4 comments:

  1. Alolo..terima kalau suka..hihi...
    belajar menerima dengan ikhlas ye sayang :)

    ReplyDelete
  2. @Nao Mei ntahla,, ye ke muja terima dia sebab sayang,, sebab kesian lebih besar kemungkinan,, tak tahu la,,

    ReplyDelete
  3. Cubelah mengenal isi hati dulu... kalau ada persamaan.. Insya ALLAH...
    Boleh teruskan (^_^)

    ReplyDelete
  4. @Giorgio Izas dye dah setahun tunggu,, dok mintak selalu,, mmm

    ReplyDelete