Jawapan bagi 3 soalan KONTEST PANDUAN BLOGGER walaupun tak join - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, June 12, 2013

Jawapan bagi 3 soalan KONTEST PANDUAN BLOGGER walaupun tak join

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

OOOOIIIITTTT.. Tengok tajuk je terus tak nak baca ye? Tajuk tak menggambarkan isi kandungan entry tau. Bak kata omputih, don't judge a book by it's cover. Ecececyyyy. Sebenarnya entry ni dah lama dok dalam draft, kononnnya nak tunggu dulu sebelum hantar link kat Blog Hasrul Hassan. Akhirnya, contest dah berkurun tamat, hari ni baru muja publish. Dont try this at home please. Never procrastinate! =.=

Kalau ikutkan that contest is already finished, patutnya entry ini patut didelete tapi muja sayang nak delete. Lagipun, soalan-soalan yang diberikan penting bagi muja yang sedang berusaha menaikkan blog picisan muja nih. Ilmu tentang sesuatu itu penting sebelum kita melibatkan diri dengannya. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Agree? So, muja search jugak sikit-sikit untuk jawab soalan-soalan ni. pufff!!! Wowww, ilmu blogging dah bertambah! :D

Soalan Pertama: 
Apakah yang dimaksudkan dengan Google Pagerank (PR) Berikan pendapat anda mengapa ia penting untuk blog anda

PageRank is a link analysis algorithm, named after Larry Page[1] and used by the Google web search engine, that assigns a numerical weighting to each element of a hyperlinked set of documents, such as the World Wide Web, with the purpose of "measuring" its relative importance within the set.  (sorry sebab amik dari wiki je)

Senang cerita, Google bagi markah kat blog yang berkualiti dengan PR yang tinggi dan vice versa. Semakin tinggi PR blog semakin bagus sebab para pengiklan akan lebih yakin untuk beriklan dalam blog kita. In my opinion, the importance of PR depends on the types of blog. PR is very important for bloggers who wish to earn from their blogs. Kalau setakat blog sebagai diary and tiada kegiatan pengiklanan dilakukan, maka PR terus menjadi tidak penting. PR penting bagi muja sebab muja tak rasa nak menulis saje-saje. Muja nak menulis dengan ada benefit yang boleh muja dapat daripada blog muja. Melakukan hobi sambil jana pendapatan apalah salahnya kan?

Soalan Kedua:
SEO atau Search Engine Optimization ialah satu cara untuk blog menerima trafik organik. Berikan satu tip asas yang anda tahu untuk sesebuah entry tepati cirian SEO ini.

Antara tip yang muja guna yang muja tak tahu la berkesan ke tak:

  • search keyword yang betul. mesti pendek dan ringkas sebab biasanya orang taip pendek je untuk cari benda yang mereka nak. Sebagai contoh, Cara Daftar Komli is better than Cara Daftar sebagai Publisher Komli.
  • keyword diulang beberapa kali dalam entry dengan harapa Goole dapat detect yang entry kita tu mempunyai perkara yang pembaca perlukan.
  • keyword pulak di bold kan, di sendengkan atau digariskan. Setiap ciri ini mempunyai kelebihan sendiri daripada aspek SEO.

Soalan Ketiga:
Adakah anda fikir penampilan blog penting untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia. Berikan pendapat anda penampilan bagaimana yang sesuai untuk tujuan yang dikatakan.

Bagi muja, penampilan blog sangat penting. Muja suka blog yang comel, cantik, cun but simple and nice. Muja kurang suka menjejakkan kaki kat 'Blog canggih manggih'. Definisi muja bagi Blog Canggih Manggih : Button kecik sampai tak nampak, ada snow yang datang entah dari mana, ada lagu dengan tiba-tiba, ada scroll box berwarna yang selalu halimunan, ada fungsi hover merata-riti. Banyak lagi sebenarnya tapi,,, itu jela kot untuk soalan ini.

Tak pela tak join contest pun. Publish juga sebab rasa nak try jugak jawab. Kih3

No comments:

Post a Comment