Makan Cone Pizza itu Suatu yang Lejen - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, June 09, 2013

Makan Cone Pizza itu Suatu yang Lejen


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

Semalam, Ida merangkap jiran next door Muja tu ajak Muja pergi ke Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) untuk bawak family kawannya yang datang dari Johor untuk ke Tesco dari KTD.

What??? 
So kena bangun pagi la ni??? Kena mandi di pagi hari la ni? Pfftttt!!! Nasib baik saya sayang awak Ida sayang.... :D (--- SEE?? I am smiling.

Keluarga kawan Ida tu nak gi TESCO. Nak cari tiket balik Johor. Stesen bas terbesar Kelantan tu is just behind Tesco. Pelik jugak kenapa dorang tak beli je tiket pergi dan balik terus? Kalau tiket tak de cemano? Tak ke naya kena jadi rakyat Kelantan sementara? Tak tercapai akalku. Dorang sampai Kelantan semalam untuk sesi pendaftaran adik kepada kawan Ida kat KTD.

So, tak pasal-pasal Muja kena bangun pagi, dalam pukul 8.30 semata-mata untuk jadi penunjuk arah ke KTD. Oh yer KTD is just behind my beloved IPG. Oh yer, Muja jela yang layak jadi penunjuk arah. Oh yer, Muja la kena korban waktu tidur di waktu cuti demi sahabat tercinta. Sob3. Can you imagine pukul berapa muja bangun secara normalnya pada musim cuti begini? =.=

Dah hantar the family, kitorang decided to have KFC kat KB Mall for lunch. Tup tup sampai je sana jenjalan dulu than aku teringat kat blogger ini yang ada tulis pasal anak dia makan Cone Pizza di KBMall. Ini tidak adil!! Muja yang berstatus pemastautin tetap Kelantan pun tak pernah makan Cone Pizza, orang jauh dah baham makan dulu. So, dengan tidak fikir walaupun pendek, terus Muja mencari tempat jual Cone Pizza tu. Cess. Tempat Muja tumpang duduk time beli suatu ketika dulu.. *mengenang kisah silam. Ok. Muja review sikit la piza yang macam eskrem ni ye.

Pandangan atas. Perghhh,, Menggoda wehhh. OPPPSSSS... Ini bukan eskrem. Ini semata-mata Cone Pizza

CONE PIZA
Harga murah dan berpatutan- RM6.90
Rasa yang sedap dengan kuah meleleh-leleh di dalam cone
Feeling macam rasa eskrem dalam suhu berbeza sebab panas

Ini pulak seorang noob yang first time menerai Cone Pizza. Uuuuuuu..... Gini Cone Pizza ni ye,,,

Akhirnya, setelah bertahun-tahun, impian untuk menarik keju seperti dalam gambar tercapai pada hari ini. Pengaruh iklan tivi Pizza Hut tak lain tak bukan. Kih3

Lepas dah menelan Cone Pizza yang best waras ni, beli Cool Blog lak. Still nafsu meronta lagi, pergi lak melahap kipci. Pergghhh. Perut macam nak meletop! Adess. Tolonglah jangan ada yang tiru perangai membazir diriku ini. Membazir itu perangai syaitoonirrajiiin. Nauuzubillahi min zaalik. 

Ada benda lain yang Muja buat hari ni, or lebih tepatnya, ada benda lain yang Muja beli hari ni and muja tersangat rasa nak share ngan semua orang terutama pada yang rabun ala-ala hard core macam muja ni. Muja harap ia dapat membantu diri sendiri dan orang lain.... Tungguuuuuu...

9 comments:

  1. Kalau jumpa boleh cuba pizza cone ini. Nampak macam menarik.

    ReplyDelete
  2. wah ! macam aiskrim lagi . huhu . nak nak ! kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. eh bestnya...nak amkan jugaklah..nak main tarik2..ahhahaa

    ReplyDelete
  4. Bentuk dia macam aiskrim jer kan?

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum!!

    dah mcm nak marah je bg salam,hahaha

    La, camni ke cone pizza,hahaha, lana mmg tak tau pa2 (T___T)

    Untuk lana..beli satu mcm tak cukup ni muja...erkk,hik3

    ReplyDelete