Mereka Memang Banyak - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, June 27, 2013

Mereka Memang Banyak


Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Memang makhluk semanusia di dunia ini ramai tidak dinafi
Yang mengejar tidak boleh nak dikira dengan jari
Bukan nak riak tapi hal ini realiti yang pasti
Malangnya dalam ramai itu hanya dia pencuri hati

Jujur hanya dia melekat rapat dan sendat di sanubari
Hanya dia yang kuiimpi dalam setiap mimpi-mimpi
Tiada yang dapat dilakukan lagi untuk mengubah hati ini
Bukan kau dan bukan juga kau yang sedang membaca entry ini

Orang senang berkata-kata sebab mereka tidak rasa
Mereka tidak berada di dalam kasut yang sama
Mereka sudah miliki yang mereka cinta mereka damba
Alhamdulillah untuk mereka moga sentiasa terpelihara

Kata orang cinta satu benda yang tak boleh dipaksa-paksa
Memang aku tidak boleh memaksa dia untuk terima
Orang lain juga tidak boleh memaksa aku untuk melupa
Barulah jadi adil lagi saksama

8 comments:

  1. betul tu... kita sebenarnya ada hak untuk menyayangi dan menyintai sesiapa... cuma tak mengganggu kehidupan org lain sudah la kannn... :3

    ReplyDelete
  2. situasi ku lebih teruk dr keadaanmu.. tidak punya dan tiada yg sudi,

    ReplyDelete
  3. @✿AINAA ROSEBERRY✿ aahhh,,, adusss,,, kenapa nak dipaksa memilih orang lain pulak,,, hehehe

    ReplyDelete
  4. @syuk shusuke tak datang lagi,, biar la tak dtg pun,, muahaahaa

    ReplyDelete
  5. @baby comel bukan,, cuma tak sampai lagi je,, tunggu je :D

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Hamboi2, muja semakin lama semakin bijak bermadah bicara,hahahah

    ReplyDelete
  7. akan ade jodohnyer ..Allah akan beri yang etrbaik untuk muja..=)

    ReplyDelete