Tugas-tugas Blogger - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, June 23, 2013

Tugas-tugas Blogger


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

Sejak Muja ada blog or in a way become a blogger kengkononnya ni, Muja ada lalui few incidents yang buat Muja tahu bahawa blogger ni banyak tugasan dan kerja dia, bukan sekadar menulis di alam maya semata. Rupa-rupanya banyak lagi tugas-tugas blogger selain daripada menulis sesuka hati. Yang pasti, tugasan mereka kebanyakannya berkaitan dengan penulisan. Dah namanya blogger, mestilah they blog. Blog means tulis la kan? Kalau dalam kalangan kita pulak, blog means menulis di alam maya. Bukan begitu?


Pendahuluan pun dah panjang. Nak tulis isi lagi. Ok, kita go straight to the main contents pulak. Antara tugas utama blogger in blogging world ni adalah:

1. Menyebarkan Informasi
Antara tugas blogger adalah menyebarkan pelbagai informasi kepada seluruh dunia kerana blog dapat diakses hampir di mana-mana sahaja. Muja tengok banyak blog info yang ada di alam maya ini. Mereka terbahagi kepada banyak jenis atau niche. Contohnya; info umum, info politik, info haiwan, dan sebagainya. Blog-blog ini mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri. Biasanya, Muja sendiri akan bookmark or masukkan feed blog info yang Muja suka di Bloglist Muja.


2. Menghubungkan Manusia
Blogger juga menghubungkan seseorang dengan seseorang yang lain. Sejak Muja berblog, ramai yang dah berjaya Muja hubungkan. Ada kes blogger dengan blogger. Blogger dengan non-blogger. Non-blogger dengan non-blogger. Yang blogger ni mintak Muja contact blogger ni untuk dia sebab nak mintak adjust theme blog dia. Yang kawan ni mintak Muja carikan peluang online business untuk kawan dia. Macam Jambatan Pulau Pinang hubungkan Pulau Pinang dengan Tanah Besar la.

3. Membuka Ruang Untuk Manusia Berkongsi Pendapat
Muja bagi contoh, Entry Ini. Ramai yang comment di mana fenomena ini sangat jarang berlaku di blog Nurmujahidah. Ada yang bersetuju, kurang bersetuju, keluarkan pendapat sendiri. Mereka bebas memperkatakan apa-apa tapi Muja tapis sebab Muja tak nak cemarkan blog Muja dengan benda tak perlu. This discussion started lepas Muja published the entry then spread kat all media social accounts. Sekarang, Muja tahu ada yang suka benda ni and ada yang suka benda tu.


4. Membantu Business People
Membantu people in business ni memang satu perkara yang semua blogger idam-idamkan sebab advertising adalah cara blogger mencari sumber pendapatan lebih melalui blog. Bila ada orang yang nak advertise melalui blog, blogger dibayar. Kira win-win situation gitu. Ini menjadi salah satu medium untuk membantu para peniaga memperkenalkan business mereka sebab sudah ramai manusia yang lebih suka melayari internet berbanding menonton televisyen.

So, tugas blogger ni tidak sekadar menulis apa yang ada dalam fikiran mereka semata-mata tetapi secara tidak langsung banyak benda lain yang mereka mainkan peranan melalui penulisan. Muja harap sangat Muja dapat jalankan tugas-tugas ini dengan baik and I will leave beneficial stuff to be read sampai la Muja meninggalkan dunia ni.


14 comments:

  1. kalau tahu peranan, alhamdulillah.. pcl dlm proses mempelajarinya.

    ReplyDelete
  2. mendalam sgt maksud tugas tugas berblog nih hihihihi

    ReplyDelete
  3. saya suka berkongsi informasi..yang elok je..yg tak elok saya x kongsi...

    ReplyDelete
  4. semua yang ditulis semua syuk pakai .
    dan berkongsi kisah gembira/. :D

    ReplyDelete
  5. owhhh... inilah muja rupanya... =)

    ReplyDelete
  6. oooooo gitu thanks info ini sgt berguna tuk sy yg newbie ini

    ReplyDelete
  7. banyak kerja kena buiat ni. semoga berjaya buat yang terbaik dan ikhlas dan semestinya keranaNya.

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah, moga muja dapat jalankan tugas dgn baik ;)

    ReplyDelete
  9. saya xde kelayakan untuk menjadi seorang blogger. sekadar melukut tepi perigi je. apa pun muja keep up the good work okey..

    ReplyDelete
  10. hebat blog muja ni lagi hebat dari blog nisakay

    ReplyDelete
  11. yang penting jgn sebarkan berita yg belum sahih kebenarannya ataupun gosip.. sia2 je jadi blogger nnt..

    ReplyDelete
  12. betul tu, sebenarnya banyk lagi seperti sebarkan ilmu Allah

    ReplyDelete
  13. betul tu..sebarkan ilmu yang bermanfaat.. :)

    ReplyDelete
  14. blog bukan saje tempat meluahkan malah membantus sesama manusia..=)..bagus muja..teruskan

    ReplyDelete