Blogging Tutorial- Cara Dapatkan Url Iklan di 8Share - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, July 05, 2013

Blogging Tutorial- Cara Dapatkan Url Iklan di 8Share


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

Hari ni hari cuti. Maka Muja bangun tidur lambat sekali. Kalau bagitau pukul berapa dimarah nanti. So, biar jadi rahsia di hati. Ekekekeke. Bukak je facebook Kak Ieta tanya macam mana cara dapatkan url iklan di 8share.

Kat 8share ada share button untuk 4 media sosial iaitu Facebook, Twitter, LinkedIn dan Googler+. Senang je untuk guna semua button ni, dengan 2 click je, kita terus boleh share, menggunakan iklan default yang sudah disediakan. However, sesetengah orang yang rajin macam Muja ni, kami lebih suka untuk customize sendiri iklan yang kami nak share. Baru nampak effort sendiri untuk share. Baru nampak lain daripada yang lain. Takkan la seluruh Malaysia nak click benda yang sama kan? Boring. Ayat kena kasi the best baru dapat menarik kawan-kawan untuk klik iklan. 


Satu lagi, kalau kita tahu cara dapatkan url iklan di 8share sahaja, kita boleh buat ayat yang lebih membuat kan orang nak tahu apa sebenarnya yang kita kongsikan. Kita boleh guna ayat sepower mungkin yang kita boleh so that macam-macam mana sekali pun, kawan-kawan kita kena click jugak. Tak main ar ayat, Sila Click, Jom Exchange. Letak dalam private message. Dah la melanggar peraturan says. Halal ke tak tu tak tahu la kalau dah terang-terang mintak orang tolong klikkan sebab memang dalam peraturan tak dibenarkan. Hee. Opps. Sarkastik ek? That is why kita tak nak penerangan tentang iklan tu macam yang dah disediakan oleh pihak 8share. Sebagai contoh:

Iklan Default bagi Mega Sale promo
  • [Mega Sale Promo] 1 Swipe + 1 SMS = A chance for a grand vacation http://bit.ly/14MTVrs


Iklan yang Muja customize sendiri. Muja amik link kat belakang tu je. Ayat depan Muja tak nak.
  • Wah, apa benda menarik sangat sampai boleh gi oversea nih! Mesti terjah --) http://bit.ly/14MTVrs



Ayat Muja tak power sangat pun but i just want to show to you the difference je. So, yang mana satu lagi tinggi peratus untuk kawan-kawan kita click? Haa. Mestilah ayat yang buat dia tertanya-tanya. Apa bendanya ni? Kalau yang yang default tu, dah terang-terang cakap mega sale padahal kitanya duit makan pun tak lepas lagi ni. Tak nak click la. Sebab tu la kita kena tahu cara dapatkan url iklan di 8share ni. -_-

Untuk itu, kita nak url iklan je tapi kita nak buat sendiri ayat yang kita rasa dapat memikat hati orang lain untuk klik iklan kita tu. Harap korang faham la ayat keling yang Muja gunakan ini. Ekekeke. Before that, sesapa yang nak join 8share, boleh Click HERE. So, jom belajar macam mana cara dapatkan url iklan di 8share

1. Log in --) Specials --) Klik iklan yang nak dishare

2. Copy url iklan yang macam dalam kotak merah. Muja bagi cara pada Facebook dan Twitter sahaja sebab Muja tengok kalau url pada LinkedIn dengan Google+ tu macam tak de id kita. Maybe bagi LinkedIn dan Google+ kita memang kena guna yang default lah. Biasanya Muja akan amik url iklan pada Twitter sebab url dia tak nampak sangat macam iklan. Hehehe.

Pada Facebook

Pada Twitter

3. Then, korang paste la url iklan korang tu kat mana-mana yang korang suka. Pastikan ayat yang korang gunakan tu kebabom dan buat orang nak click giler-giler gitu. Tahap tak tenang hati dan jiwa la kalau tak click. Kih3.

Ps- cara dapatkan url iklan di 8share pun kira blogging tips jugak ke? Gasaklah. Happy trying folks. xoxo

12 comments:

  1. sama la ngan saya. amik link iklan untuk twitter, sebab link dia pendek

    ReplyDelete
  2. hahaha..cik akak main geledah je ambil link..hahaha

    ReplyDelete
  3. @Redzuan Ali Mohammed the bit yang ada kat link dari twitter tak nampak sangat macam iklan kan? heee

    ReplyDelete
  4. o........ itu macam... ok2, thanks bagi tutorial yg berguna ni :)

    ReplyDelete
  5. Akak pnya akaun pelik, tak sm mcm Muja. kat special tu, terpapar STORIES. takpela, biar je la. kak try godek2 lagi 8shares akak

    ReplyDelete
  6. oooooo bru pak cik tau..tq so much..amik kt twitter..nk kena pkir ayt kacau minda org plak skrg..

    ReplyDelete
  7. knp bler org klik earning die xnaik pom. :)
    mhon penjelasan.. :)

    ReplyDelete
  8. knp bler org klik.earning die xbrubah pom .. maaf..sy bru bljar.. :)

    ReplyDelete
  9. thanks dear...kita ni ha dah daftar lama 8share tapi nak berjinak2 semula..hokhok..lupa dah cara nak amk link tu..ni yang godek2 cara lain.

    ReplyDelete