Denaihati Berwajah Baru. Sukanya. :D - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, July 08, 2013

Denaihati Berwajah Baru. Sukanya. :D


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

Kalau sebut Hidupkan Untuk Memberi, apa yang terbayang di minda korang? Adakah terbayang seorang blogger yang suka bagi gadget untuk pembaca setianya termasuk Iphone? Kalau tak pun terbayang projek waktu solat? Atau terbayang Kelas Wordpress yang sedang giat berjalan dengan jayanya? Apa mungkin anugerah Best Of The Best Blog 2012 dan Most Creative Blog 2013? Ekekeke. Muja syak semuanya tu akan terbayang di minda korang. Kan? :D

Denaihati adalah sebuah blog yang mempunyai semua ciri di atas. Sesuai dengan trademark yang sudah digunakan sejak sekian lama, Hidupkan Untuk Memberi, Denaihati sememangnya sebuah blog untuk semua. Banyak ilmu yang dikongsikan untuk para pembaca dengan harapan semua mendapat manfaat daripadanya. Apabila dibaca dapat dirasakan keikhlasan. Ini yang Muja rasa. Muja bajet korang pun akan rasa benda yang sama apabila korang mula membaca blog Denaihati ni. Denaihati juga merupakan sebuah blog yang tidak hanya mengandungi penulisan kosong yang tidak bermakna semata tetapi sentiasa memikirkan manfaat yang akan diperolehi oleh pembaca-pembacanya. Tak percaya? Ok. Korang boleh tengok sendiri. :D

Sekarang, berlaku lagi perubahan di blog Denaihati dengan kerjasama Eizil. Blog hebat ini sudah menggunakan paparan baru bersempena dengan ulang tahun kelima kewujudan blog Denaihati di alam maya ini. Paparan baru ini direka dengan tujuan akan memberi lebih kepuasan kepada para pembaca dan memudahkan para pembaca mengakses blog Denaihati

Paparan Home Denaihati

Susunan artikel yang kemas. Gambar dia memang menarik hati sangat untuk baca entri. Haissy. Nak baca mana satu dulu ni?
Bahagian ni sangat memudahkan carian para pembaca. My favourite section semestinya Blogging Tips dengan Travel Blog :)
Paparan Galeri Gambar ni sangat cool ok. Automatic gerak. Boleh tengok gambar banyak-banyak sekali gus. Wah, bagus untuk saya yang suka tengok gambar. Hee.
Blog loading laju yang ampun. Size 23.94KB with load time of 1.72seconds!! Fuyoo. Ringan macam kapas. Laju macam bullet train kat Jepun. Bila la nak ada seketul kat Malaysia ye. Hee.

Kalau dah bukak url entry, tak de pulak link untuk older post. Susah jugak tu. Muja suka gak Older Post ni. Mudah nak stalk. Tak de la kena bukak home baru boleh bukak entry yang sebelum.

Paparan home memang hebat cuma part header, kecik sangat kot. Tak menonjol sangat. Kalau besarkan sikit memang cun. Lagi melekat mampat dan mapan di ingatan pembaca. Hee

Muja prefer Like Page dengan Google+ Followers tu dok kat sidebar sebab awal-awal bukak dah nampak. Boleh terus like and follow. Tak payah dah nak scroll down baru jumpa. Satu lagi, page tu tak leh like la pulak sekarang sebab facebook kata spammy. Mmm.


Latar belakang dia kalau putih keseluruhan should be better kot sebab putih dengan kelabu buat blog tak bermaya. Tak pun, boleh pilih warna lain yang bukan kelabu. Maybe lebih terkesan pada pandangan seorang perempuan la. Hee

Muja blogger picisan je. Kecik sangat kalau nak dibandingkan dengan blog denaihati.com tapi i want to show my support to this awesome blog. Harapnya dapat membantu walaupun di tahap minimum. Kalau ada kekurangan di mana-mana harap dimaafkan. Muja budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan. :D 

Happy blogging alls. Keep loving, stop hating :D

22 comments:

  1. oshem jugak blog denai hati.. done like situ.. hehe :)

    ReplyDelete
  2. Bilion terima kasih diucapkan kerana sudi menyertai review muka blog baru Denaihati. Sentiasalah melawat Denaihati yer untuk mengetahui keputusannya nanti.

    ReplyDelete
  3. muja... denaihati ohsem, muja oun begitu jugak..

    ReplyDelete
  4. wahh..laju juga muja menaip entri ni,hehe

    ReplyDelete
  5. Review yang menarik. Apapun perubahan blog Denaihati kali ni memang superb.

    ReplyDelete
  6. good luck Muja... harap berbaloi dgn review ni... sememangnya Denaihati - hidup untuk memberi adalah satu nama besar dalam dunia blogger ni... dengan entry ni harap dapat memberi impak yg besar kepada blog Muja.. all the best.. keep writing

    ReplyDelete
  7. Saya suka part geleri tu muja :")

    ReplyDelete
  8. Banyak kejutan yang ada dalam blog beliau..kadang2 terlepas pandang juga..hehe

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum muja, wahh sheila pun dah usha semalam. lawa :)

    ReplyDelete
  10. wah perubahan yang menraik..banyak gambar..mcm muja gak nad pun suka stalk kish2 dahulu..kalo takde memg sush

    ReplyDelete
  11. awk bila nak buat video gedik mcm perempuan baru seminggu kapel tu???awk kan suka benda2 mcm tu...mesti melet0p blog awk nanti ni kan???

    ReplyDelete
  12. @Denaihati patut saya yang cakap terima kasih sebab sudi buat segment ni,, boleh saya join,, hee

    ReplyDelete
  13. @baby comel muja tak awesome pun,, dibenci ade,, sobs

    ReplyDelete
  14. @wazy huhu,, alhamdulillah Allah bagi Muja jari jemari nih,, ekekeke

    ReplyDelete
  15. @Sheila Salim waalaikumussalaam,, kan? lawa sesangat,, :D

    ReplyDelete
  16. @Nadia Johari kan,,? muja suka kalau ada older post di setiap entry,, bukan di home saje,,

    ReplyDelete
  17. @Anonymous ada gak rancang nak buat,, tapi tula,, saya tak de bf,, sedekah sorang boleh? :D

    ReplyDelete