Saturday, July 20, 2013

Iftar Dengan Family Di Restoran Terapung, BB Joran

Edit Posted by with 14 comments

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 


Setelah diri ini diserang rasa jeles melampau tahap overdose melihat gambar-gambar semasa Iftar bersama blogger anjuran blogger tinggi macam KL Tower nih, Muja dah macam termimpi-mimpi nak berbuka puasa kat luar. Nak tunggu iftar kelas macam tak de planning lagi je. Then semalam, umi ajak kitorang berbuka kat luar sebab abah ada majlis iftar kat kampung. Umi macam paham-paham je. Amboi, abah ada terus nak meronggeng ngan anak-anak dia. Ekekeke.

So, lepas semua dah siap solat asar kitorang gerak. Makan masa jugak dengan adanya adik dua orang yang degil amat nak start solat. Yela, dorang puasa katakan. Macam la orang lain ni tak pose. Tacim i olls. Dalam kul 5.30 petang gitu kitorang gerak tanpa arah tujuan. Nak ada tujuan cemana dah pergi mendadak. Tempat tak book. Jam dah tunjuk kul bape dah. Adess. Lastly, ikut saranan abah. Pergi Restoran Terapung, BB Joran di Kampung Bukit Bidang. 
Apa yang kembang sangat pipi i olls tuu,, grrr
Muka ceria nak g berbuka. Kui3

Macam biasa, anak sulung jadi mangsa kena jadi driver. Nasib baik sempat. Ada lagi tempat. Yela, tempat baru. Ramai lagi yang belum kenal. Biasanya, memang harapan la nak dapat tempat iftar kalau booking last minute. Lepas dah booking, kitorang naik kete pergi ke Kok Lanas. Nak cari kek sempena birthday abah. Kelas kan? Kengkonon nak buat surprise tapi yela. Dah namanya bulan puasa. Lepas berbuka, dah kenyang. Nak makan kek masa bersahur, memang tak la kan. So, kek yang dibeli semalam masih sempurna di dalam peti. Akan diusahakan untuk dihabiskan malam ni. Doakan biar berjaya ye. Lepas beli kek gi isi minyak then Umi mintak berenti kat Pasaraya Jelira. Habis fulus lagi kat situ. Congratulations pemilik Jelira sebab awak dah amik duit umi saya. :D


Restoran Terapung BB Jorang ni baru je bukak. Rare jugak la sebab restoran besar-besaran rasanya memang tak de lagi kat kampung Muja yang agak rural area ni. Muja kat Selising. Kampung Bukit Bidang ni dah kira jirang gittew. Orang yang betul-betul berjiwa kental je boleh buat benda cenggini. Tahniah buat pemilik atas keberanian beliau. Restoran ni unik sesangat. Kaunter dia dok kat darat, tempat makan dia atas air. Dah namanya Restoran Terapung. -.-'  Time jalan atas macam pelantar dia tu, boleh rasa gerak-gerak. Sesapa yang jenis mudah pening naik buaian tu, boleh try sini pulak. Rasakan penangannya. Kih3

Pelantar Goyang-goyang
Kelebihan buat penggemar aktiviti memancing, memang ni la tempatnya untuk korang. Korang boleh memancing and terus masak hasil tangkapan korang tu kat tempat yang disediakan. Teringat lak anak-anak ikan berenang-renang gembira. Dorang tak tahu dorang bakal dipancing nanti lalu dibakar di atas bara dunia yang panas. Kecik lagi, kurang pengalaman. Ekekekeke

Muja ngan huda sibuk posing, Umi ngan Hana dah capai meja -.-' 
Perghhh. Makanan dia memang best sesangat tapi kalau part ikan siakap tu Muja lagi prefer masak tiga rasa banding ngan masak stim. It depends. Licin semua makan hidangan served for 5 to 7 people. Kitorang makan 5 orang. Yang tinggal nasi je sikit kot. Umi siap mintak buatkan tomyam lagi satu untuk Umar yang tak join kitorang. Dia join iftar yang tempat abah pergi tu.




Tembam overdose dedua. T_T
 Habis je iftar, cepat2 balik umah kejar Maghrib. Aduss. Nasib baik dekat. Haaa. Sila perhatikan gambar di bawah. Muja nak tanya korang. 


Apakah entiti yang dalam bulatan merah itu? Nak tahu tak apa??? Tunggu di entry seterusnya. Stay tune with my blog k :D

Cara hubungi Restoran Terapung BB Joran:

Alamat: 
Lot 540, Kampung Bukit Bidang, Selising, 16800 Pasir Puteh, Kelantan

Nombor Telefon:
019-980 9600 / 019-948 5029

14 comments:

  1. entiti tu cm burung hantu jer..
    nk cr makan kot kt bawah tue :)

    ReplyDelete
  2. mcm burung hantu. tp mcm menyeramkan jer... hehe

    ReplyDelete
  3. @shark hehehe,,,, nampak macam burung hantu ek,,

    ReplyDelete
  4. Blogger tinggi macam Kl tower?? siapakah?? hahahahahahahhahahahaha

    sabar ye muja, sian muja... wow!! tempat diaaa, cun ooo.. ena teringin kot nak makan kat tempat2 cenggini, tepi tasik.... sob sob sob

    burung hantu tu blh dipgg x??? XD ena suka gile burung hantu

    ReplyDelete
  5. @✿AINAA ROSEBERRY✿ hahaha,, tak de hal,, nnti jumpa jugak,, amiin,, cun kan? boleh je, kalau tak takut la,, muja takut sikit :P

    ReplyDelete
  6. nasib baik family memahami erk..dapat makan dekat terapung-terapung gitu..hehe..

    ReplyDelete
  7. @HASRUL HASSAN hahaha,, adess,, hh kena pakai spec lagi tebal tuuu

    ReplyDelete