Karnival Sains Matematik dan Inovasi - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, July 03, 2013

Karnival Sains Matematik dan Inovasi


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

Ingat macam tak nak update pasal ni sebab tak berminat sangat, rupa-rupanya, sekali melangkah ke tempat pameran, pergghh, Hebat! Perkataan tu je yang melekat di kepala ni ha. Tak nak cerita banyak sebab Muja tak terlibat dalam menjayakan Karnival Sains Matematik dan Inovasi ni. Pergi tunjuk muka jelah. Heee. So, tepek gambar jelah ye. :D

From Turki. Studying in National school, 2 years in Malaysia, dah reti bahasa Malaysia. Amazing!!! :D
Budak ni dah macam retis bila ada je yang nak amik gambar dia termasuklah manusia yang korang kenal dah rasanya. Alaa.. Yang gambar dia ada kat header blog ni tu. Dialah antara manusia yang excited nak amik gambar ngan budak jejambu sangat ni. Melting tau dok tepi dia. Cakap lembut je. Mana nak cari student lemah lembut macam ni. Lalala.

Sebenarnya KLCC dengan Eifel Tower berjiran je sebenarnya. Lalalaa
No caption. Move to the next picture.
Sesape yang kata piramid hanya ada di Mesir, mereka salah. Piramid juga ada di IPGKKB
Ni memang terbaik. Gunung berapi di atas pentas pun boleh meletup wooo.
Time dia nak meletup tu, ada bunyi macam wisel yang nyaring dan panjang dulu so that orang yang nak tengok boleh bergegas ke dataran HEP untuk tengok sendiri macam mana dorang buat letusan gunung berapi buatan ni. Siap ngan ada api dan asap sekali. Memang benda ni la tarikan utama pengunjung yang berkunjung ke Karnival Sains Matematik dan Inovasi ni.

pemilik blog --) http://fairyell.blogspot.com/
Sempena karnival ni, kelas dibatalkan selama tiga hari. Best pulak rasa bercuti pada hari yang tak berapa nak minggu sangat. Malangnya lepas ni jenuh nak kena mengganti pulak. Lahai. Letih time letih. Suka time suka. Muja pun tak tahu apa yang Muja tulis. Mungkin petanda Muja kena berhenti di sini sahaja kot. XoXO

Ps- Muja makin tembam. Harap Ramadan cepat datang.

15 comments: