Mahabbah Festival- Jadi Budak Kecil, Salesgirl dan Diva Malam - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, July 11, 2013

Mahabbah Festival- Jadi Budak Kecil, Salesgirl dan Diva Malam



ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Sila baca entry ini kalau anda suka entry basi. Dah baca belom entry Cara Guna Busuk.org? Baca kalau nak traffic laju macam bullet train di Jepun.

Kalau ada yang follow Instagram Muja, kalau ada jodoh, mesti ada terserempak dengan gambar sekeping kad yang cantik sesangat design dia. Kad itu adalah pas masuk untuk semua aktiviti yang diadakan sepanjang Mahabbah Festival atau Mafest di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu ni. Muja tabik spring sesangat kat that person yang boleh terfikir design kad Mafest ini dan cara ia berfungsi.

Butiran
Tajuk: Mahabbah Festival
Tempoh: 23 Jun 2013 sehingga 7 Julai 2013
Tempat: Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu


Senarai aktiviti sepanjang Mahabbah Festival



Semua student kena bayar RM10 for this Mafest dan akan diberikan kad. Kitorang dikehendaki membawa kad ni di setiap aktiviti yang dijalankan untuk mendapatkan cop bagi melayakkan kami menyertai cabutan bertuah yang memang sangat lumayan sekali hadiahnya. Banyak barangan elektrik tau. Memang besar-besaran sangat Mahabbah Festival ni. Setiap malam ada aktiviti ceramah ole tetamu undangan yang sememangnya terkenal di Malaysia. Ada Fatimah Syarha, Sham Kamikaze, dan Amin Idris. Pastu ada jugak pertandingan seperti sukaneka (Muja join) dan masterchef. Yang paling menarik mestilah part yang girlz boleh masuk asrama lelaki dan boyz boleh masuk asrama perempuan. Masa tu memang kalut ribut kemas bilik yang dah jadi macam rumah tinggal sejak sekian lama. Yang pasti, Muja yang sangat tak suka mendengar ceramah ini, tak pergi langsung mana-mana ceramah yang setiap malam tu. Wakakaka. Busy tau ngan blog ni. Errr -.-' Jom layan gambar yang sedikit ini yang sempat Muja snap. Dasar pemalas Muja ni hah. Sorry naa.

Aktiviti: Sukaneka. 
Bermula dengan aerobik then permainan Kupas Buah Epal then Bawak Belon dengan Pipi lastly Sambut Belon Berisi Air. Kumpulan Muja dapat nombor dua. Dapat la hamper besar gedabak yang sudah selamat bersemadi di perut masing-masing dan mungkin juga sudah selamat masuk ke lubang jamban di saat Muja menulis entry basi ini. Wakakaka. 

Kumpulan Sukaneka terhebat abad ini. Muja sorang je pakai tshirt biasa. Rasa sungguh kecil diri ini. :'(


Aktiviti: Gerai Jualan
For this Mahabah Festival, Muja juga ada menimba pengalaman baru tau. Muja jadi salesgirl untuk sepetang dan semalam dengan bayaran RM15. Rasa puas hati walaupun bayaran sikit sebab dapat rasa duit yang kita usahakan sendiri. Baru tahu betapa susahnya cari duit. Macam biasa, Muja menjual hand sleeves. Muja tolong supplier Muja yang ada menyewa salah satu booth hari tu.

Nampak kat belakang tu? Banyak jenis hand sleeves and socks yang ada sebenarnya tapi Muja jual tshirt hand sleeves je di blog ni.
Diah yang pakai baju pink tu cute overdose kan? Tak rasa ke? Jelez i ols tau. Grrr

Sila fokus pada beg ikat di pinggang itu. Kah3. Ini sangat rare! Yang baju biru tu peneman Muja makan sehari-hari, Alang.
Sesi malam. Jangok sikit. Pakai la juga bedak. Petang tu, bedak sikit pun tak pakai. Memang horror sangat muka salesgirl ni. Grrr. Berubah la Muja ooooiii -.-'
Dapat kawan baru. Nama dia Yana. Still studying in UNISZA. Abang dia bukak table depan gerai hand sleeves jual key chain nama yang comel cute and cun. Eh, tu description Muja. Mih3

Kebetulan pada malam Muja berniaga, ada battle of the band. Ni la kumpulan dari batch Muja. Kalau tak silap dapat nombor tiga. Hebat ni,, :D
Sepatutnya esoknya tu Muja masih berniaga, tapi desakan hati untuk pulang ke rumah sangat kuat. Tambah-tambah Ahad pun cuti sempena kemenangan pasukan bola sepak Kelantan, Muja pun cancel. Balik rumah lagi penting di hati ini. Ekekeke. K r. Setakat ni je bebelan blogger picisan di pagi 2 Ramadan. 

Assalaamualaikum. Tak jawab dosa, jawab sayang. Chow sin chi. xoxo :D



8 comments:

  1. nak join boleh? he he he...seronoknya...

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnyaa!! nak join! tapi jauh la pula.. hurmmm... nanti ena nak mai kelantan tau.. heheh

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum muja, hehee comelnya aweks2 ni :)

    ReplyDelete
  4. tu dia..macm2 aktiviti..mmg syok duk kampus ni..mcm2 leh dapat..ehhe

    ReplyDelete