Melepaskan Tekanan Perasaan Yang Bermaharajalela - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, July 17, 2013

Melepaskan Tekanan Perasaan Yang Bermaharajalela


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

Semester ni Muja menjadi budak jahat di IPG. Rasa macam dah lama sangat kot menjadi pelajar contoh selama ini. Semester ini nak beralih angin barang kali. Bukanlah jahat sangat kalau tengokkan kesalahan yang dilakui. Cuma kalau dah kesalahan tetap kesalahan walaupun hanya sekadar keluar awal daripada program perhimpunan yang wajib dihadiri. Terkantoi sudah nasib yang ditetapi. Tak pernah rasa diri suka melanggar peraturan yang diberi. Papapun Muja mengaku salah sendiri kali ini. 

Kerana tension Muja membawa diri. Tak jauh pun setakat di KB Mall, KB. Dari petang membawa ke malam bersama-sama kawan-kawan yang sejiwa dan sehati. Gambar diri sendiri tidak disnap sebab malu dengan keadaan. Sorry ye tak leh tengok gambar pemilik blog cantik comel dan cun yang tengah mengalami tekanan perasaan. Keselekehan melampaui batas tidak dapat dimaafkan. Berbaju jubah hitam dengan tudung segera corak petak hitam putih batu bata sememeh tak ketahuan. Dengan kasut hitam lagi yang selalu buat pergi kelas tak di kiwi berbulan-bulan. Betul tu pakaian menggambarkan perasaan. Hari itu juga menjadi bukti berbelanja boleh mengubat tekanan perasaan. Maka beruntunglah pemilik kedai yang kaki Muja jejakkan. Fuh! Kempis wallet i -.-'


Targetnya nak beli tshirt biru gelap untuk pakai dengan tudung yang dah berzaman nenek moyang beli sampai sekarang tak terpakai lagi. Then, teringat pesan umi yang cakap dah banyak sangat baju baru yang diri ini beli. Sedih sebab tak rasa banyak tapi lain di mata umi. Mungkin hasrat beli baju itu akan tertunai di lain hari. So, hari tu Muja pergi kedai Elianto untuk menjoli. Tak pernah sekali kedai ini Muja singgahi. Mula dengan sekadar mahu membeli eye liner yang menjadi favourite Blogger Ini. Berakhir dengan membeli eye liner, blemish spot solution and few face masks. Eye liner kali ni la antara yang termahal dalam hidup ini. Yang salu pakai harga lima posen di pasar malam kubeli. Tak masal dapat kad keahlian sekali. Wakakakaka!!!! :P


Rancang mula-mula lepas berjoli nak pergi bazar Ramadhan dekat stadium terus balik ke IPG tercinta. Tetiba tekak ni rasa sudah sampai masanya untuk mengada-ngada. Piza Hut dalam KB Mall tu pulak jadi tempat meluahkan rasa. Piza seketul saiz regular dengan spaghetti bolognaise rasa tak cukup pulak. Tambah dengan Cheese Baked Rice cubaan pertama.  Jujur Muja kata. Bukan sedap or best sangat makan kat Piza Hut ni tapi lebih kepada saje-saje. Maybe elaun baru masuk tu hendak dirasa. So, mula la berkelakuan macam raja. Macam duit secoet tu takkan habis selama-lamanya. Puii, jangan tiru aksi ini di mana-mana kalau tak nak poket anda slim menderita.

First try- Cheese Baked Rice.

Nah, seketul gambar pemilik blog yang tiada kene mengena dengan tempat kejadian cerita dalam entry nih -,-'


Lepas aksi mengikis duit diri sendiri tamat dengan jayanya, rasa menyesal menimpa-nimpa. Nasib baik semalam dapat email kat bawah ni buat hati berbunga-bungat. Terima kasih denaihati.com.my untuk segalanya. :D


xoxo. Keep loving. Stop hating. :D


18 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Muja..lana, setiap sem pun memang ada sesi lepas stress tau,hehehe. Secara sorg2, tak pun berdua ngan bestfriend. Aktiviti utamanya, melantak banyak2 :D

    Biasanya kitaorg makan fast food. Beli set, dua org je nak mkn, tpi beli mcm 4 org nak makan,hohoho.

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaaa! tapi fast food cepat lapar balik..

    ReplyDelete
  3. @Tinta Lana muja pun camtu la jugak lana,, hehe,, stress je cari makanan,, adess,, bila la nak kurus,, sobss

    ReplyDelete
  4. cheese baked rice tu nampak menyelerakan :)

    ReplyDelete
  5. bila org pmpuan lpas stress mmg wallet jd kempis..hehe..time kuar tu xpk ape dh asalkan duit ckup utk dapat apa yg nk..hee

    ReplyDelete
  6. beli eyeliner termahal tu..apa problem ni..

    ReplyDelete
  7. shopping!! yeay..nasib baik ada duit lain cover :)

    ReplyDelete
  8. Hehe..memang macam ni perempuan..asal nak hilang stress, mesti shopping..hehe..Lahh duk KB Ke??

    ReplyDelete
  9. aKAK kalo stress, win shopp je tp belinya tak pong... takpong, makang bebanyok kek kat kedai kek ataupong g le jenjalan kat tepi2an yg ada air takpong, belek2 ikan kat dlm akuarium kat kedai ikang takpong, belek je baby... hish, banyak caranya nk ilangkan stress nih Muja... 1 lagi, apa lagi... blogwalking ler dear... he...

    ReplyDelete
  10. O ya, lupa pula TAHNIAH berbilion2 coz menang contest Denaihati tu. Keep up blogging :)

    ReplyDelete
  11. @Mysara Ab Rahman sebab tu laki tak leh buat kita stress,,, nnti yang kempis dompet dorang,, wakkaka

    ReplyDelete
  12. @Hafizul yela sedara hafizul oiii,,, saya ore klate,, hehe

    ReplyDelete
  13. @ieta muja lak leh ade prkataan window kat depan tu,, hehe

    ReplyDelete