Selamat Menyambut Ramadan Semuanya - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menyambut Ramadan Semuanya


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

Dah baca komen anony yang latest lom? Dia ada request video daripada Muja, video ape? Baca Sini dan gelak sepuasnya. Hahahaha!!!!


Buat semua pembaca blog Muja termasuk yang lanjut usia dan muda
Yang meluat yang suka yang benci yang sayang dan yang cinta
Tak kirala apa sekalipun bangsa, Melayu India, Kadazan atau Cina
Selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia buat semuanya

Marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat daripada Nya yang banyak tak terhingga
Dari saat kita tidur di malam hari hingga tertidur semula keesokan malamnya
Sememangnya tidak putus-putus nikmat yang mencurah-curah diberikan kepada kita
Walau jarang mengingati dan bersyukur atas kenikmatan yang banyaknya tidak terkira


Semoga bulan Ramadan tahun ini menjadi Ramadan yang lebih baik daripada tahun lepas
Yang selalu ponteng puasa dan solat sunat Terawih tak kira masa sila buang rasa malas
Ringan-ringankan tulang dan badan untuk beribadah kepada ALLAH kalau boleh seringan kapas
Moga kedudukan kita sebagai hamba kepada ALLAH yang Maha Esa di antara tempat teratas

Amiin ya Rabbal Alamiin......



12 comments:

  1. selamat menyambut Ramadhan al-mubarak akak:)

    ReplyDelete
  2. macam-macam hal. hahahah

    takpelah muja, di Bulan baik ni.. kita let go je orang macam tu. Mungkin itu cara dia hiburkan hati. heheheh

    Salam Ramadhan!

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan ye muja.hehehe

    ReplyDelete
  4. Amiinn. Salam ramadhan al-mubarak buat mujadewa dan pembaca.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum muja manis! ekekeke.

    Selamat berpuasa ya! ^_^

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  7. selamat menyambut bulan ramadhan muja... insyaallah semoga kali ni lebih manfaat dari sebelum2 ni

    ReplyDelete
  8. Selamat sambut ramadan. Posa molek2.

    ReplyDelete