Iftar di Restoran Aljazeerah Alarabiyyah. Fuiyoo nama dia!!! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, August 07, 2013

Iftar di Restoran Aljazeerah Alarabiyyah. Fuiyoo nama dia!!!

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

join exabytes here :D

entry hari last ramadan. muja nih, esok nak raya baru sebuk nak update pasal iftar yang dah almost seminggu berlalu. teruk kan? muja rehat sikit daripada menghaudate sebabnya, cuti ni jarang-jarang berlaku tau. kena manfaat kan dengan keluarga, dengan sahabat handai, dengan wechat, dengan facebook, dengan tidur, dengan melangut, berangan. banyak keje tuu. terima jela seadanya entry basi ni tau. entry basi ok, nasi basi baru sakit perut kalau makan. haa. jangan makan nasi basi tau. 

muka depan restoran aljazeerah alarabiyyah.
kalau sebelum ni muja bawak korang meronda di Restoran BB Joran, Bukit Bidang, kali ni muja bawah korang terjah Restoran Aljazeerah Alarabiyyah. nama arab weh. hati-hati ketika menyebut takut lidah terpintal. susah pulak nak cari spanar nak betulkan balik. jangan lupa sebut dengan idgham dan dengun. restoran makanan arab ni terletak di taman bendahara, pengkalan chepa. for those yang rasa nak try, dia terletak di bangunan paling depan, sebelah pizza hut. kalau tak leh nak imagine lagi, pusing sendiri cari. taman bendahara tu kecik cenonet jek pun.

restoran arab ni baru je buka, so kitorang sangat jakun untuk amik gambar kat sini. awal-awal lagi pekerja kat situ dah warn nasi maybe lambat sampai sebab ramai sangat orang kat situ. tak pelah. nasi arab punya pasal. memang kitorang jamah nasi lambat sangat. sempat berbuka minum air je. 15 minit lepas waktu berbuka barulah dapat jamah nasi. mula-mula nasi muja tak de lauk. dah la muja bayar penuh, orang lain share nasi sepinggan. memang panas giler hati tapi people do mistakes kan. nasib baik sedap. kalau tak sedap memang dorang cari pasal ngan orang lapa. maybe pekerja dia tak perasan. husnuzon. lagipun, lauk dia dok dalam nasi, cara masak memang cenggitu.

diah and syanim. love the way the sunshine being poured on their face. subhanallah
muja and alang
the male teslian for my batch. terselit perempuan, khalida dengan alang

azmeer and arief
diah, an, muja, alang
oh, i love the sun shine time ni. subhanallah

ULASAN MUJA
  • restoran bersih
  • makanan sedap
  • layanan mesra
  • servis agak slow
  • harga makanan dan minuman agak mahal
CADANGAN
  • restoran dah grand, pe kata letak wifi dengan tv berastro, baru gempak. 
for students like me, kalau sekali setahun makan kat Restoran Aljazeerah Alarabiyyah ni ok la tapi kalau nak jadikan favourite place to hangout memang tak la. boleh kering poket. have to pen off now. xoxo ;)


amik dari facebook.com profile muja je. nasi marghout (rasa betul dah) = RM 14. juice warna oren tu RM6

ps- lepas melantak kat sini, balik solat maghrib, memecut lak ke Heritage makan colek. kih3


8 comments:

  1. huaaaa sedapnyaaaaaaa nasi briyani... T_T

    ReplyDelete
  2. Mujaaaaaa, napa up entry masa org pose hah? :p

    ReplyDelete
  3. @✿AINAA ROSEBERRY✿ nama nasi tu marghout gitu la lebih kurang,, bukan briyani,, wekkk

    ReplyDelete
  4. @Anonymous dugaan lebih mana tahu pahala lebih,, ekekeke

    ReplyDelete
  5. @Nadia Johari tu la nad,,, dia tak de lauk masa mula2 dia bagi,, panas pulak hati den,, grrrr

    ReplyDelete
  6. Salam singgah. selamat hari raya aidilfitri. :)

    ReplyDelete
  7. comelnya muja.... hehehe, bestnya dpt berbuka dgn kawan2

    ReplyDelete