Raya Kedua Barulah Semangat Waja Beraya Penuh Bergaya :D - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, August 14, 2013

Raya Kedua Barulah Semangat Waja Beraya Penuh Bergaya :D



ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

warning! this is a very long entry! jangan menyesal kalau terbaca! lalala. lepas sambutan hari raya pertama yang muja rasa macam biasa-biasa saja tu, raya kedua baru muja beraya dengan penuh beria-ia. nak tahu kenapa? sebab muja dah boleh pakai baju yang muja nak pakai and pakai shawl yang muja rasa sangat ohsem sekali. tak pe kalau tak osem di mata orang lain. yang penting di mata si pemakai. eh, muja lettew. hari tu jugak dah ada dah dalam minda ni nak beraya rumah sape. rumah ustazah kesayangan yang mengajar muja darjah empat dulu. muja tahu kalau gi rumah beliau mesti tak menyesal sebab tahap havoc dia at the same level as mine. haa. itu yang comel. kesimpulannya, pagi tu memang rasa excited sesangat! :D


baju raya kedua muja. tinggal kasut je takde.

raya kedua memang sangat berlainan sekali. rasa happy tau sangat luar biasa kali ini. kejam gak sebab rasa macam raya pertama tak dihargai. tapi nak buat cemana dah ini soal hati. eceyyy. bila semangat raya dah datang, semangat nak mensnap gambar semahu-mahunya pun terus menyerang dengan penuh bertalu-talu. untunglah kita sekarang dah ada handphone berkamera walaupun gambar yang dihasilkan tak delah semenyerlah kita guna DSLR. camera hp pun dah 1000 nikmat for me. kalau dulu-dulu, gambar raya ni memang impian jela nak ada. kamera umi tu jarang-jarang kita boleh sentuh. sayang sangat ngan kamera dia. masa tu memang camera dia dah kira yang hebat kebabom dah. dah la terhad dengan filem yang ada. pastu ke cuci gambar baru boleh nampak. sekarang, amik banyak-banyak save to computer. nak tengok je bukak file. cumanya, kena doa sebanyak mungkina file tu tak kena serang dengan malaun virus -.-'

this is a hobby. jangan nak bash sangat. :P

pagi-pagi lagi raya kedua tu, mandi lelama kasi wangi, saat bau wangi still melekat lagi, dah sapu make up tetebal and before make up mencair, saat muka masih berseri-seri, tak nampak bedak tompok-tompok sana sini, kita mula la buat perangai syok sendiri. kadang-kadang rasa jugak macam tak sedar diri. bajet lawa sangat sampai ada yang benci. ini fakta. sobss :'( bukan apa, it is a hobby. jangan la dengki. macam la muja boycott orang yang suka korek hidung dalam lrt. dah tu hobi dye. dye punya suka. ok. nampakkan betapa tak puas hatinya muja rasa? ok sambung. ambik handphone, setkan front camera, stretkan tangan, angkat hp atas sikit daripada kepala, then, click click. tik tik! tengok gambar rasa lawa, kita save. nampak gambar feel buruk sememeh, kita delete. tak stop kat situ, share lak kat instagram. filter sampai 10 kali baru puas hati, shared -.-'


tetiba rasa nak buat muka duck face menghantui
once in a life time ni amik gambar ngan abah
dengan each of my sisters. brothers? bajet macho tak nak amik gambar. ;@
lepas dah puas berselca di rumah and melayan tetamu pagi raya kedua tu (kawan huda datang), kitorang mula bergerak beraya di rumah ustazah norhayati di pasir puteh. jaraknya dalam 15 minit perjalanan dari rumah muja. on the way tu, traffic macam masih perperikemanusiaan lagi, on the way home tu, lain pulak ceritanya. rumah ustazah jadi pilihan sebab ustazah yati lah yang pernah mengajar setiap daripada adik beradik muja. dari muja yang sulung ni sampai la ke adik bongsu muja, hana. plus, her eldest son tu my ex-classmate named mukhlis and her daughter is huda's friend. kami pergi berhimpit-himpit dalam kereta myvi i tu ler. 6 orang satu kereta yang sepatutnya boleh contain 5 persons at one time je. kesian kereta i. turun ketinggian dia yang dah sedia renek dihempap manusia yang purata berat 60kg sorang sorang. dalam hati muja, tak pela, ni kan raya -.-'

driver rasmi untuk berjalan raya
penuh satu kereta nak gi beraya
sampai je kat rumah ustazah, terus terpancar segala kesememehan aku. dengan suara yang disetkan ke tahap maksimum, perangai macam burung keluar sangkar, make up yang hampir mencair, i really ruined my behaviour di depan calon bakal mertua. wakakaka. nasib baik beliau memang jenis yang dah kenal muja ni giler yang semacam mana. kalau orang tak kenal, muja syak, ada gak yang kena hantar ke wad giler hari tu jugak. seram gak kalau betullah jadi. yang buat muja tacim hari tu bila muja dapat tahu mukhlis keluar ngan kawan dia. dalam hati, 'dye tak nak jumpa aku ke?' sobbsss. nasib baik balik je rumah, dye cakap dye memang dah janji dengan kawan dye and baru aku ingat, aku tak cakap kat dia yang aku nak datang. huda je yang sempat cakap kat adik dia. -,-'

semangat hana nak makan mi kari yang jadi main course that day :D
me with ustazah hayati. mungkinkah jadi ibu mertua nanti? ekekeke
beraya rumah ustazah, makanan dia memang best giler!
on the way back to selising, memang rasa nak nangis sesangat. rasa hilang arah. tak tahu nak buat cemana. rasa macam traffic jam macam penuh dendam ngan muja. macam la muja pernah kacau kucing parsi dia. grrr. despite last minute preparation and the traffic jam yang begitu menyeksa jiwa, honestly speaking, tahun ni raya yang sangat ohsem bagi muja. mungkin sebab muja dah 'ada kaki'. tq again to my umi for the car which is used by me most of the time but kalau kat rumah muja tinggal jadi driver jeleww. harap-harap muja tak jadi pemandu yang sangat menyusahkan orang macam dorang ni. oh ye. tak berhenti lagi ye entry raya muja untuk tahun ni, jangan korang boring lak, ekekekee. entry beraya di rumah blogger dkna abza yang masih bergelar pengantin baru belum up lagi tuh. dah basi kalau entry tu nasi. buat ke entah berapa kali, muja nak ucap lagi,

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir dan Batin

to all yang mengenali diri ini. ok, rasa banyak sangat dosa dengan sesama manusia. :'(

26 comments:

  1. Seronoknya muja... kita xkeluar rumah pun

    ReplyDelete
  2. Salam muja, blogwalking raya kat cini.. Thenx ya folo blog akak.. Akak is folo muja oso .. ;)

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya jalan2 ...selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  4. wewit ayunya cik muja kite hihihihi..

    ReplyDelete
  5. minal aidzin wal faidzin cik...

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya muja...

    baju muja cantik la :-)

    ReplyDelete
  7. @baby comel baru dapat kaki la aima, hehe,, alhamdulillah,, meh la beraya kat klate,, kih4

    ReplyDelete
  8. @Lilynn Wifey Sham salaam lilyn.. tq for visiting tau,, selamat hari raya :D

    ReplyDelete
  9. @Aku Penghibur acik datang la klate, raya kat sini lak,, hehee

    ReplyDelete
  10. CANTEKNYE BJU . WAHHH :) HEPPY JE MUJA NI . HEHE

    ReplyDelete
  11. @dEdEQ dE wIshEs hidup kena happy,, biarpun berdarah di hati,, ekekeke

    ReplyDelete
  12. meriah beraya yer... dalam kereta pun dah meriah sangat...heee
    selamat hari raya dan maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  13. cantiklah baju raya kamu!! suka tengok!

    ReplyDelete
  14. rumah ustazah ke..rumah org lain tak singgah..ehhe..kutip duit raya..untungla ada kereta..nad entah bile akan ada

    ReplyDelete
  15. amboi ayat...kemainnn....hahahahaa....nasib baik ak x dop dumoh... (Y)

    ReplyDelete
  16. @liana sulaiman kalau dah namanya perempuan,, semua cantik comel dan cun :D

    ReplyDelete