Raya Pertama Muja Yang Biasa-biasa Sahaja - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, August 10, 2013

Raya Pertama Muja Yang Biasa-biasa Sahaja


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

selamat hari raya idulfitri buat kali ke berapa dah dari muja. manalah tahu ada yang terlepas baca. raya pertama tahun ni berjalan macam biasa. tak de sangat yang berbeza rasanya. oh ada kot yang berbeza satu benda. bab kurangnya mood nak beraya. entahlah. muja pun tak tahu kenapa. mungkin sebab baju raya yang muja nak pakai for raya pertama muja kena pakai pada raya kedua. tapi tak pe. raya bukan sehari sahaja. the best baju kita taruh untuk hari seterusnya. :D mesti korang pun sama macam muja juga.. kan? :P


muja jadi anak pertama yang bangun pagi. malangnya tak leh challenge abah yang saat muja baru bangun pagi abah dah siap goreng daging and masak nasi so that kami tak nampak kebuluran sangat kat rumah orang nanti. tolong la diriku jangan dimaki. hahahaha. terus masuk jamban muja mandi sunat idulfitri, pakai cecantik pada mata sendiri, makan dengan famili. then balik kampung untuk solat idulfitri. siap solat makan di rumah atuk sebelah umi. then bergerak pulak ke kubur drive sendiri. oh, ini sangat pertama kali. saya sudah cukup dewasa lak diri ini. tak lama lagi mesti ada yang minang untuk kawin then lepas setahun bolehla muja jadi umi. eh? apa yang muja melalut ni?

family picuture kononnya tapi tak cukup dua orang, amir dan hana. :(

di kuburlah biasanya kami beraya sesama sendiri. dah balik rumah nanti dah dok kat rumah sendiri-sendiri. jarang sangat nak berkumpul macam kat sini. di kubur ni. haaa. dah memang kat sini yang tempat orang berkumpul ramai sekali. rasa bersalah lak di kubur buat-buat tak sedar diri. bergelak ketawa sana sini. padahal kat situ gak aku nanti bila aku dah mati. kat situ jugak nenek moyang sedara mara aku bersemadi. moga aku mereka maafi. bacaan yasin kami bagi sebagai hadiah pengganti diri. moga berguna untuk mereka di sana nanti. :')

balik je dari kubur melepak lak kat rumah sepupu. entah apa la muja gi merapu kat situ. mungkin bab tudung yang sangat degil pada hari itu? berkelepet memanjang tak macam selalu. mungkin juga bab bedak mencair sebab muka yang suka sangat berpeluh di saat matahari memancar dengan penuh jitu. can you imagine betapa harunya saat make up mencair di mukaku? memang dah ditakdirkan kot kalenjar peluh paling banyak di situ. haisyyy raya pertamaku yang haru biru. hati pun macam menggerutu. sebab apa itu memang muja tak tahu. sobss. then gerak gi rumah ex suatu ketika dahulu. tak de sekeping pun gambar muja snap di rumah ex ku itu. lupa terus hobiku yang satu. nampak tak petandanya di situ? :'(

adik beradik perempuan, dari kiri: huda, muja, hana, sue, zie
balik je rumah muja habiskan dengan dudok melagha. dok melayang pegi tempat yang jauh macam zimbabwe or india? terpikey perrgghhh handsome pulak ex muja tadi tapi sekarang dah berpunya malangnya. menyesal lak tercurang dahulu kala. alaa, 'ter' sahaja, bukan muja sengaja. eh, apa ni muja???! sebenarnya tak tahu la muja buat apa. barulah rasa nak update entry basi shopping raya. padahal dah berapa hari dah lepas itu peristiwa. gara-gara malas nak buka laptop yang kena tunggu beberapa saat sebelum boleh diguna. nampak tak betapa aku ni pemalasnya?


ni jela beberapa ketul dari ketul-ketul yang sedikit gambar yang muja snap hari raya pertama. gara-gara mood untuk beraya yang macam tiada. macam mengalir keluar dari paip bocor di bawah tangga. tunggu entry raya kedua baru nak tulis dengan penuh raya excited di jiwa. yang pasti korang kena! kena tunggu..... hehehe


keep loving, stop hating :D



14 comments:

  1. Terima kasih tinggalkan komen di blog sy.. ttg template tu sy jumpa kt website ni muja http://www.lovelytemplates.com/ banyak template yg menarik dan SEO ready..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya... maaf zahir batin

    ReplyDelete
  3. slmt hari raya muja..! maaf lambat dtg... deno raya kat hospital tahun ni sbb sakit... sehari sblum raya admit, time raya jugak nak sakit... hihi... tp alhamdulillah dah discaj smlm.. doktor bg greenlight sambung ubat oral kat umah :)

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya muja... :-)

    ReplyDelete
  5. @SB selamat hari raya maaf zahir batin jugak potia :D

    ReplyDelete
  6. @deno selamat hari raya jugak deno.. moga kesihatan deno sentiasa membaik setiap saat,, amiin

    ReplyDelete
  7. KENE KAWIN PAT BARU RASA MOOD RAYA..HEHE

    ReplyDelete