Test Market Atas Manusia - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, September 07, 2013

Test Market Atas Manusia


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

muja selalu terfikir kenapa orang suka test market. kenapa ejas kalau tak de niat nak kawin? kenapa buat hati orang berbunga kalau lepas tu kita hadiahkan mereka duka? kenapa sepah dibuang setelah disedut segala madunya? bukankah sepah itu masih boleh dibuat kerisik ke hape ke. sedap gak. amboiiiii, ayat muja dah advance sekarang kan? hik3


test itu bermaksud ujian. cer check kamus. tah betul tah tidak sebab someone cakap muja ni kengkonon je bakal ticer. market pulak maksud dia kedai. kena check gak nih. takut salah la kan. yelaa, sapa la sangat teacher muja berbanding segala jenis anon yang bijak bestari. huhuu

its depends on niat org tu....maybe sbb blom kawen lg,so that org tu pikir,xsalahkan utk memilih yg lebih baik...so saya nak pesan kt sini,masa tgh kapel tu,jgn la nk melebih2 dgn pasangan masing2....jaga maruah,igt mak ayah,igt Allah,insyaallah pasti selamat...pastu bab2 perasaan tu,klo nk sayang,jgn terlalu sayang melebihi sayang kepada Allah...so that bila kene tgl,xdak la rasa sakit sgt kan perasaan tu...huhu3...ni berdasarkan pengalaman lah -Fariha Abdullah-

test market secara kombinasi pulak muja nak definisikan sendiri. tak payah cari kat kamus bagai naa. sekali lagi, kalau korang punya definisi berlainan IT IS TOTALLY and DEFINITELY NOT A PROBLEM for me. dah caps lock bebesau so that orang yang kurang nampak boleh nampak lebih jelas sebab ramai gak yang jenis hobi dia suka buat buat tak nampak. baca entry tak habis. tahu nak jump into conclusion jer kat komen. letih tau muja nak menjawab. mencik!

test market, cari jodoh, test market atas manusia
source: http://www.keepcalm-o-matic.co.uk/
DEFINISI TEST MARKET PADA PANDANGAN TEACHER MUJA :
cubaan menggoda dan mengejas seseorang biarpun sesama jantina atau berlainan semata-mata untuk mengetahui diri sendiri itu laku atau tidak di mata mangsa tanpa rasa suka atau cinta yang sebenar-benarnya dan setelah diketahui laku, mangsa akan ditinggalkan dan kalau sebaliknya, test market akan dilakukan terhadap mangsa seterusnya pula kerana hasil test market berlainan pada individu yang berlainan. hebat tak definisi cek? *wink3

test market ni sebenarnya dilakukan oleh kedua-dua jantina termasuklah lelaki dan perempuan. jadinya, tak perlulah kita kaum hawa ni nak salahkan lelaki je sebabnya di zaman sekarang ni, memang dah terbukti, kaum kita ni dah dua kali lima dengan mereka. sadis untuk diperakui tapi itulah satu kenyataan yang kita harus terima. bila dah test, mesti meraung, JANGAN PISAHKAN!!! perrgghhh. tacim gak muja yang menulis ni pun. yela, cek pun perempuan tau. ekekekekee

FOR ME, test market ni macam biasa dia ada kedua-dua: kelebihan dan kekurangan. tak adil untuk kita menyalahkan orang yang suka test market seratus peratus. cuma mungkin nisbahnya tu yang berlainan. even kewujudan penjenayah pun ada kebaikan, jadi sumber rezeki kat polis. hackers lak bagi peluang pekerjaan kat orang kaspersky. bukankah setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya? :D

Kelebihan Test Market:
  • bertemu jodoh. mungkin memula tu niatnya hanyalah untuk test market. tup tup dalam proses mengejas tu, rasa cinta berputik, minang terus kawin. alamak, dah terimagine dah betapa sweetnya it will be. ^^
  • tingkatkan keyakinan diri. ramai yang rasa diri sendiri tak de yang nak. then, bila test market sesikit, then someone shows interest, tak de la rasa down sangat kan? bab ni jangan test dengan cara hebat sangat, kesian lak kat mangsa. sesikit sudah naa. hehe
Kelemahan Test Market:
  • menghancurkan hati orang. bila kita pikat, orang dah sayang, kita tinggalkan, kita dah sakitkan hati dan jiwa manusia. tak ke berbaldi air mata orang dibazirkan sebab test yang kita buat ni? kalau sebab kekecewaan ni, dia sampai masuk wad jiwa cemana? pkey ye. pkey.
  • berdosa. kita juga kena ingat, memikat seseorang tanpa niat mengahwininya berdosa. rasanya UAI pernah mention about this. terutamanya kaum lelaki. wanita ni hatinya lembut. mudah jatuh hati bila dapat yang jenis caring mering tu. berdosa k! ingat tu!
  • habis duit semasa proses mengejas . belanja makan, pergi shopping, beli hadiah birthday, bayar masuk toilet, bayar tol on the way gi taman, bayar parking masa dating. fuhh! banyak gak tu. ekonomi dah la meleset sekarang ni. minyak pulak naik. fenin fenin.
  • risiko tak kawin. bila ramai orang kena test, reputasi jadi buruk sebab terkenal dengan title player. tup tup, bila sampai betul-betul rasa nak kawin, tak de dah yang sudi. tak nak bekas ramai orang katanya. tak special. ramai dah rasa. tak taste. hik3
  • hilang kepercayaan. test market tidak boleh lari dari penipuan. bila dah ramai sangat yang di test and ditipu, orang akan hilang kepercayaan. maka hidup la kita sengsorang sebab tak de yang nak cakap ngan kita yang dicop dengan title penipu.
  • dibenci orang. takkanlah makin disayang pulak. tambah-tambah oleh keluarga dan kawan-kawan mangsa. silap-silap, kalau mangsa tu ala ala gangster 2, iras-iras bini-biniku gangster, lunyai weh. bahaya gak test market nih. tu baru test market. bukan exam market lagi. careful!
nisbah kelebihan:kelemahan test market = 2:6. test market ni, it is more hurting that being cheated for me. it is about our pride, our dignity. rasa bodohnya la bila tahu orang test market kat kita. ye, ini berdasarkan pengalaman sendiri. buat yang pernah frust setelah di test marketkan, jangan frust sangat, sedih lima hari paling maksimum, then sila recover because it is no use to shed a tear for a person who does not know how to appreciate us. let by gone be by gone. time will heal definitely. jangan risau. ALLAH ada. Dia dah setting dah yang manusia ada sifat lupa. doalah supaya bab ni, kita cepat lupa dan recover k. ingat juga, bukan kita sorang je yang pernah kena. ramai lagi orang lain yang sudah pernah berstatus mangsa.

see the ratio? terbuktilah test market ni tak elok sangat. kita boleh test market, tapi test hanya kat orang yang kita bebetul nak buat jadi pasangan hidup. test market pada target calon pasangat hidup baru cool. barulah semua kelemahan test market macam kat atas tu boleh dihilangkan. siap dapat pahala buat masjid. plus ikut sunnah Nabi Muhammad SAW dengan berkahwin. Allah juga dah spare rezeki khas untuk pasangan berkahwin. tak masuk lagi pahala berganda untuk setiap ibadat yang dilakukan. pergghh! hebat orang yang berkahwin ni. tak de la malu bila dibangkitkan di akhirat kelak sebab muja dengar-dengar, orang yang meninggal sebelum kahwin akan malu berdepan dengan Allah dan Rasulullah sebab tidak melakukan sunnah yang sangat dituntut ini. Wallahu a'la.

tadaaa! biarpun di satu sudut dunia ni, terdapat manusia yang tak suka muja berjiwangan di blog sendiri dan selalu memerah otak beliau dengan penuh usaha jayanya untuk menyakitkan hati dan menjatuhkan muja, it is okay. tu tandanya dia care about me. bukankah itu juga suatu kelebihan? muja suka kalau ada orang yang caring nih. rasa disayangi pulak.. awwwwmmm :D

adoooi, makin lelah la nak cari idea nak komen menghentam muja comel nih- kata anon. :P

16 comments:

  1. haaaa angin2 mengatakan nak nikah. dengan sapa? :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. muja ni haters je ramai,, nak nikah tang manaa,, :'(

      Delete
  2. Sabar Muja , somewhere there is someone for you , dont so desperate and rushing , believe on Him ok babeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menderita la ada someone ni,, menakutkan.. fobia pun ada.. better gini je kot takat ni,, huhuuu

      Delete
  3. boleh pulak nak main test market pulak...kalau betul caranya xpe..jangan nak test market buat benda salah sudah lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan nak desperate tapi kalau org show interest, sedikit sebanyak orang perempuan ni hati dia mesti terusik.. moga terselamat daripada 'benda salah'.. :)

      Delete
  4. kalau niat saja-sja nak test, elok elakkan kot. kelemahan no.2, buat salah dengan orang, kena minta maaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,, setuju tu Tuan. tpi mana ada yang nak mintak maaf dah buat cenggini,, jarang sangat nak jumpa,,

      Delete
  5. Test market ? errr tak nak la buat,takut dua pihak tersinggung nanti susah pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,,, test sesikit tk salah kot,, mana tahu dapat jodoh,, hehe

      Delete
  6. test market lebih kepada mencuba dan nak menilai, bila dh nilai tahu tak serasi terus angkat kaki. Jadi kat situ tak wujud terima seadanya.. Jadi bila kena batang hidung senirik jgn salahkan dia kerana hanya utk test market..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,, tapi yang jenis saje2 tu yang buat orang sakit hati dan menderita,, ada yang sampai tekanan jiwa,, cemana tu?

      Delete
  7. kalau nak test market boleh tp jgn sampai buat orang mengharap. sbb bila dah wujudkan perasaan kecewa kt sesape.....dosa tak baik . nk test market dgn cara berkawan dah la. jgn tunjuk lebih2 sgt.

    ReplyDelete
  8. Test market!! Agak-agakla main perasaan org kot..kalau sekadar test memang org akan menyampah

    ReplyDelete
  9. testing2.. biasa lah tuh, manusia macam nih bagi kaki jek..hak2

    ReplyDelete