Yang Senang Diterima Hanyalah Wang - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, September 07, 2013

Yang Senang Diterima Hanyalah Wang

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

duit kertas, money, paper money, wang, wang kertas


betapa susahnya diri ini menerima sesuatu selain wang
beratnya bila dugaan menimpa untuk diterima dengan hati lapang
peritnya untuk menerima bila para pemberi nasihat  datang
tapi aku cuba, aku cuba untuk terima biarpun selepas berfikir panjang

betapa susahnya diri ini menerima sesuatu selain wang
yang dicari cari hanyalah kesenangan berterusan
tiada lagi peduli alam sekeliling yang dikatakan masih aman
sampai bilakah diri ini ingin hidup dalam alam khayalan

betapa susahnya diri ini menerima sesuatu selain wang
pendapat diberikan seperti tiada harga lagi
menganggap diri sudah begitu sempurna kini
orang lain sesuka hati dihina diperli dicaci maki
sudah tiada lagi kesedaran menebal dalam diri

ya Allah ingatkan dan sedarkan aku jika aku terlupa
terlupa yang diriku sebagai manusia aku tidak sempurna
biarpun aku baik yang lebih baik lagi tetap ade
ya Allah sedarkan diri ini yang setiap masa selalu alpa

1 comment:

  1. Allah takin biarkan hambanyer lalai dalam semua perkara..In Shaa Allah, Allah akan membntu

    ReplyDelete