Alat Bantu Mengajar Yang Baik - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, October 21, 2013

Alat Bantu Mengajar Yang Baik

Alat Bantu Mengajar Yang Baik | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Suatu ketika dahulu, Muja selalu fikir kenapa cikgu kena belajar sehingga pHd kalau dia akan mengajar budah sekolah rendah or sekolah menengah sahaja. 

Sekarang, guru tadika pun paling kurang nakkan ijazah. Mungkin Muja terlalu tidak matang ketika itu. Masih kanak-kanak riang yang suka main galah panjang kat padang di kampung. Selalu nampak luaran sahaja. Selalu nampak yang dah berjaya. Apa cerita perkara yang tersembunyi? Apa kes dengan belajar sampai pagi untuk belajar? Tak tahu.

Sekarang, apabila Muja belajar untuk menjadi seorang guru, Muja mula sedar. Menjadi seorang guru bukanlah semata-mata mengetahui segala butir dan fakta atau segala jenis ilmu yang lain. Yang paling penting, guru yang baik mestilah tahu bagaimana cara terbaik untuk menyampaikan apa sahaja yang diketahuinya, apa sahaja fakta di mindanya, kepada para pelajarnya, supaya mereka boleh menggunakan ilmu itu dalam kehidupan seharian mereka. Jujurnya, proses mempelajari cara untuk mengajar bukanlah satu perkara yang mudah seperti kurus dengan Lecithin Shaklee. :P

Macam-macam theory, pelbagai kajian, beribu kata-kata falsafah tercipta dalam proses manusia mencari cara, kaedah, teknik, taktik dan metode yang terbaik untuk membolehkan para pelajar mudah menyerap segala ilmu yang mereka perolehi daripada guru. Antara perkara yang nampak remeh, tetapi sangat membantu dan penting adalah, penggunaan alat bantu mengajar. Membina alat bantu mengajar adalah salah satu cara yang dipercayai boleh membantu para guru memberi ilmu kepada pelajarnya.


Pada Muja sendiri, alat bantu mengajar adalah peralatan atau bahan yang digunakan untuk membantu para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bersama para pelajar untuk menyampaikan ilmu dan sepatutnya memudahkan para pelajar menerima ilmu yang diberikan itu. Teringat pula kata seorang pensyarah semasa Pameran Literasi Bahasa hari tu:

Apabila alat yang dikatakan alat bantu mengajar itu tidak dapat memudahkan para pelajar, malah lebih menyusahkan, maka ia bukanlah alat bantu mengajar dan boleh dibuang di dalam tong sampah.

Lebih kurang begitulah. Kedengaran agak tegas tapi itulah kenyataan yang harus kita hadapi. Tidak semestinya alat yang kita susah payah reka itu berjaya menjalankan fungsinya dengan baik sebagai alat bantu mengajar kerana alat bantu mengajar bukanlah tentang kecantikannya, tetapi fungsinya. Bagaimanapun, rupa parasnya sudah pasti adalah satu kelebihan.

Alat Bantu Mengajar, Kegunaan Alat Bantu Mengajar, Definisi Alat Bantu Mengajar, Ciri-ciri alat bantu mengajar yang baik
Contoh alat bantu mengajar yang dihasilkan oleh pelajar TESL 2. Opss, kelas Muja la tu :)

Ciri-ciri yang patut ada pada sebuah alat bantu mengajar;
  1. Berfungsi dengan baik untuk membantu para guru mengajar dan para pelajar belajar
  2. Berjaya menarik perhatian para pelajar untuk menggunakannya
  3. Tidak membahayakan para pelajar; bucu sepatutnya dipotong membulat.
  4. Boleh disentuh dan digunakan oleh pelajar kerana mereka akan bersifat ingin tahu.
  5. Mempunyai ciri-ciri fizikal yang sesuai; warna sepatutnya terang, huruf dan gambar perlu besar dan sebagainya
  6. Tahan lama dan sentiasa relevant untuk digunakan selagi masih boleh digunakan; pelajar darjah satu tahun 2000 dan 2013 boleh belajar menggunakannya
  7. Boleh digunakan oleh ramai pelajar dalam satu masa, sebaiknya sekelas.
  8. Mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana oleh guru; saiz sederhana, ringan
  9. Mudah dihasilkan oleh guru
  10. Tidak menelan belanja yang besar.

Satu tip yang Muja rasa berguna bagi guru yang dalam proses mencari idea membina alat bantu mengajar adalah meletakkan diri dalam situasi para pelajar. Sila tanya diri sendiri, kalaulah aku pelajar;
  • adakah aku akan faham perkara ini dengan alat bantu mengajar ini?
  • adakah aku berminat dengan alat bantu mengajar ini?
  • adakah aku rasa tertanya-tanya atau teruja dengan alat bantu mengajar ini?
  • adakah aku akan menjaganya dengan baik jika guru membenarkan aku menggunakannya?
  • adakah alat bantu mengajar ini akan kekal lama, sekurang-kurangnya dua tahun?
Semoga entri ini membantu para bakal guru yang dalam usaha membina alat bantu mengajar yang baik. Semoga alat bantu mengajar yang dihasilkan akan dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Semoga para pelajar kita akan menyukai dan belajar dengan lebih baik menggunakan alat bantu mengajar yang kita hasilkan. Amiiin.

Keep loving stop hating because you hate because you love.

24 comments:

  1. moga2 diorang lebih mudah cepat belajar
    janji kita usaha ye dak
    caiyok !

    ReplyDelete
  2. kaedah ni membantu kanak-kanak berimaginasi.. :)

    ReplyDelete
  3. Guru kena kreatif baru anak-anak suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang payah,, muja nye tak kreatif,, adess

      Delete
  4. Jd ckg ni kne kreatif kn..nk tarik mnat stdnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,, muja yang tak kreatif ni pun terpaksa kreatifkan diri,, ekekekee

      Delete
  5. semoga muja kan jadi cikgu yang cemerlang mendidik anak bangsa...besar tau jasa seorang cikgu ni

    ReplyDelete
  6. Bagus juga ada alat bantu mengajar ni.So lebih mudah untuk mengajar dan memahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. parents pun boleh buat sendiri boring boring kat rumah. hehe

      Delete
  7. alat2 bantuan ni sebenarnya mudahkan lagi murid nk menerima pelajaran. namee sendiri kalau study pun perlu benda mcm ni. baru senang ingat. kalau study je..memang x masuk otakk.

    ReplyDelete
  8. skrg anak2 bijak sgt.. kena tarik minat diorg buat/bljr perkara2 yg boleh menarik minat diorg utk dengar/tgk ajaran cikgu...

    keeping gud job yea... insyaallah boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. sekarang, cikgu dah nak kena compete dengan internet. susah tuhhh

      Delete
  9. kerja jadi guru ni sebenarnyer bukan senang...lagi banyak kerja nak kene pikir dan buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. sangat susag sebenarnya nak memastikan dorang dapat apa yang kita beri..

      Delete
  10. amal pernah jadi cikgusek rendah dan cikgu 4 tahun
    serius sangat2 sukar.. ABM benda paling penting dan pening... tapi sekarang, ada je group2 utk buat ABM jadi kreatif.. g group ABM kak liza klu xsilap amal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. baguslah kalau ada group khas utk abm.. tak de la pening sangat kalau time tak de idea..

      Delete
  11. Info yang sangat menarik... Setiap tahun guru-guru masih lagi tercari-cari abm yang sesuai untuk digunakan di dalam kelas... Terutama cikgu-cikgu pjk... Mmg kurang abm yang dijual... Boleh cuba follow zura untuk libat abm cadangan yang terbaik untuk guru dan murid.

    ReplyDelete