Cellads Nak Bagi Hadiah Dengan Hanya Tengok Iklan! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, October 02, 2013

Cellads Nak Bagi Hadiah Dengan Hanya Tengok Iklan!


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.


few days ago, muja ada terserempak dengan satu post dari blooggers.com tentang Cellads. apa pulak cellads ni? muja pun download la sebab muja nak show support untuk blooggers.com yang merupakan sebuah organisasi berdaftar yang didirikan oleh rakan-rakan blogger. good luck!!! :D

Cellads, Topup Percuma, Mobile Advertising, Blooggers

Apa itu Cellads


Cellads ni adalah syarikat mobile advertising yang dibangunkan oleh anak tempatan yang akan memaparkan iklan di telefon pintar kita setiap kali kita mendapat panggilan atau sms.

Pop-up ini hanya akan keluar sekali sekala sahaja dan boleh click cancel jika tidak mahu melihatnya. Tak annoying sangat pun. Chiiiil k :D


Yang bestnya, setiap kali kita tengok iklan tu, kita akan dapat points and points tu boleh digunakan untuk redeem pelbagai barangan seperti topup dan voucher! Nak lagi cepat naik points, kita juga boleh invite kengkawan kita untuk download Cellads ni. Benda best kena share. Baru lagi best rasa dia.

Hebat kan???? :D

Cara Daftar Cellads

Cara daftar Cellads tersangatlah senang. Pertama sekali, korang kenalah download Cellads di Playstore. Sila klik link download --)) Cellads

Then, korang daftar dengan nombor telefon korang dengan ditambah nombor 6 di hadapan nombor telefon korang. Lepas tu, korang pilih komuniti Blooggers. You are done! :D 

EASY PIZZY... :D

Pengalaman Sendiri


Muja memang tak menyesal download application Cellads ni sebab hadiah yang diberikan tu la. Terutamanya bab topup. Baru semalam Muja guna points tu. Muja redeem. Few minutes lepas tu, dapat topup RM5. RM5 dah tampung bekalan topup for more than one week tau. Hehehe

Lepas ni, kalau muja berjaya kumpul points bebanyak, Muja tak payah dah nak susah payah fikir pasal topup. Jimat kan? Duit topup bulan-bulan tu boleh buat bayar minyak kete. Or at least tampung harga yang naik 20 sen hari tu. T_T

Cara Redeem

Bila korang login, korang akan nampak macam gambar kat bawah ni. Korang click je Redeem Ads Point.

Cellads, Cara Redeem Cellads, Topup Percuma,Baucer Percuma, Advertising Company,


Then, gambar macam kat bawah ni pulak akan keluar. Kita boleh tengok code yang disediakan. Kod tu akan digunakan semasa proses untuk redeem. Sebagai contoh, Muja nak redeem topup. 
  1. Muja akan klik Topup Place. Kodnya adalah 123. (Dalam gambar)
  2. Then akan keluar ruang isi kod, korang isi je 123. Hantar.
  3. Lepas tu, korang akan dapat la topup RM5. :D


Cellads, Topup Percuma, Baucer Makan Percuma
topup
baucher shopping
baucher makan
dan banyak lagi!!!!

Jom download Cellads. Tak rugi. Bukan kena bayar pun. Orang bagi hadiah lagi ada. :D

12 comments:

  1. Assalamualaikum. wahhh bestnya. untung kan. insyallah nanti sheila nak buat gak :)

    ReplyDelete
  2. Macam best jea, nanti MP nak try jugak la ;) thank tau atas perkongsiannya. :)

    ReplyDelete
  3. untung banyak ye dik..:)
    semoga dimurahkan rezeki adik

    ReplyDelete
  4. Topup free? best tu..save duit bulanan.

    ReplyDelete
  5. memang untung..jimat kredit..waaa..baru nak wechat ngan muja..tepon dah.hilang..sobsobsob

    ReplyDelete
  6. Nampaknya hendak mengumpul mata dengan CellAds ini.

    ReplyDelete
  7. nad dah buat..tapi belum redeem lagi..hehe

    ReplyDelete