Kejohanan Bola Tampar Semester 2 Sukan Tahunan IPGKKB - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, October 18, 2013

Kejohanan Bola Tampar Semester 2 Sukan Tahunan IPGKKB


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

hari tu muja ingatkan memang takkan terhasil dah entry ni sebab handphone muja hilang dan gambar semua dok dalam hp tu. entry tanpa gambar? memang tak de mood nak ditulis kecuali entry yang ditulis di hp macam entry yang dipilih ni. suddenly, dapat lak panggilan daripada orang yang jumpa handphone muja tu so terhasillah entry ni. alhamdulillah. sila bersyukur korang boleh baca entry ni. kah3

Kejohanan Bola Tampar Semester 2 Sukan Tahunan IPGKKB ini diadakan untuk memenuhi sukatan pelajaran kokurikulum yang mengkehendaki kami menganjurkan sebuah kejohanan. hari tu kami kena hadiri Kursus Kepegawaian Bola Tampar. kiranya, kejohanan ini adalah kesinambungan daripada kursus hari tu, untuk melihat cara kami mengaplikasikan ilmu yang sudah diperolehi sebelum ini. alhamdulillah, everything went fine i guess. at least, i think so. :P

Kejohanan Bola Tampar, Bola Tampar Best


nasib kami baik apabila kami joined venture dengan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang pada masa yang sama menganjurkan Sukan Tahunan (SUKTA) masa tu. SUKTA ni mewajibkan setiap rumah sukan mengambil bahagian dalam setiap pertandingan yang diadakan. So, pertandingan bola tampar bawah SUKTA tu, kami uruskan tanpa perlu merayu-rayu pelajar untuk join sebab memang dorang memang wajib join. senang. tq JPP :)

untuk Kejohanan Bola Tampar Semester 2 Sukan Tahunan IPGKKB ini, muja dilantik untuk menjadi ketua. tetiba je si alang gi suggest nama muja, confirm la disupport oleh semua kawan-kawan. sape la yang sanggup nak jadi ketua zaman sekarang ni. jadi ketua waktu kat IPT ni bukan macam ketua time sekolah rendah, semua tinggal cikgu arah. jadi ketua sekarang agak besar gak tanggungjawab dia. kalau ajk tak buat, ketua la buat. kalau ajk lambat, ketua la salah. yup, memang jadi ketua ni susah. tak cakap takut tak amanah. silap cakap anak buah terasa hati. kena kental hati. itu yang muja lemah sikit. muja ni sensitif. sobbsss :'(

Bermain Bola Tampar, Bola Tampar, Bola Tampar Best


Kejohanan Bola Tampar kali ni sepatutnya berlangsung selama 2 hari, Ahad dengan Isnin bersamaan 29 September hingga 30 September 2013 je, tetapi terdelay sampai 4 hari atas beberapa sebab tertentu. tak leh nak salahkan sesiapa. maybe, salah ketua la ni. tak tegas. :'( tiga hari pertama tu kitorang still in charged, yang last day tu kitorang serahkan kepada AJK SUKTA. nasib baik la ada yang sudi tolerate dengan kami. letih weh organise benda ni. fiyoooh.

setelah setiap pertandingan selesai, ditakdirkan kumpulan lelaki rumah Bintang yakni rumah sukan muja telah memenangi kejohanan tersebut. bagi kumpulan perempuan, rumah Kinabalu telah menjadi juara. tahniah kepada semua pemenang. bagi yang tak berjaya, cuba lagi k. jangan risau. rezeki ada di mana-mana. mungkin sekarang rezeki kami, esok lusa rezeki korang pulak. mana tahu kan. so, keep supporting any event yang pelajar organize k. :)

tak suka tight handsocks, hand sleeves penyelesaiannya :D

bagi semua yang terlibat dengan penganjuran Kejohanan Bola Tampar kali ni, semua pelajar perempuan Semester 2 2013, opsyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, terima kasih muja ucapkan atas kerjasama yang diberikan dan pengorbanan yang dicurahkan. dengan keadaan masa tu tak de air kat ipgkkbnya, panas terik dan hujan tetiba, memang muja tahu, it was hard for all of us that time. btw, we did it!!! congratulations!!! alhamdulillah. i am really looking forward in cooperating again with all of you in the future. :)

exchange review? click ye :D

hope we will always improve ourselves day by day. keep loving stop hating. love you all muahhhxxx!!! :D


12 comments:

  1. yup,jadi ketua ni susah... pernah jadi ketua sejak zaman dahulu, tapi dah xmau dah.. besar tanggungjawab :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? patutnya laki la jadi ketua,, tapi event ni memang perempuan je semua,, hehe

      Delete
  2. suka tengok orang bersukan ni, macam muja aktif, malangnya kalau akak masuk bola tampar bukan akak yang tampar bola tapi bola yang tampar akak...wakakakaka...

    *congrats tau dan alhamdulillah sebab dah jumpa hp balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk bola tampar ni, kami penganjur je, letih sungguh,, kalau tak wajib tak buat jugak ni,, hehehe

      Delete
  3. tak susah nak main bola tampar nih.. tapi kalau orang perempuan..lawan main serve ajelah. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejam kejam kejam,, but i think,, it is the truth,, haha

      Delete
  4. tak bengkok ke tangan Muja main bola tampar ni..hahaha

    ReplyDelete
  5. dasyat la muja.. saye da trouma jadi ketua.. haha ,..sebab dulu saye jadi ketua bukan saye conduct anak buah ,tapi anak buat conduct saye.. sume nakal2 saye kene jadi nakal macam dieorang jugak baru saye bole kot.. :)

    ReplyDelete
  6. dulu legend lah main bola tampar ni. sekarang rajin tampar nyamuk je. haha

    ReplyDelete