Mujadafewa Hilang Handphone Ketiga Buat Kali Kedua - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, October 04, 2013

Mujadafewa Hilang Handphone Ketiga Buat Kali Kedua


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

rabu lepas adalah hari terakhir penganjuran bola tampar sukta. sepatutnya, hari tu boleh jadi hari yang sangat menggembirakan sebab segalanya selesai tetapi hari tu jugak handphone kesayangan muja hilang. hilang di masjid. haissyyy. my bad, my fauld, my mistake. selalu cuai. :'(


sorry, tak de entry untuk bola tampar sukta sebab semua gambar dalam hp tu. tanpa gambar, tak de mood nak tulis entry. uwaaaaaaaaaaaaa!!!! :'(

sejak kecik, muja memang seorang yang cuai. muja memang jenis suka lupa. mudah tak ingat. sejak kecik lagi. dah banyak dah hartaku hilang. 

Kamera Hadiah 8A PMR Hilang Di Sekolah


dulu, muja selalu jelez ngan kawan-kawan muja yang ada kamera. muja memang tak de kamera sampailah form 3 sebab abah hadiahkan sempena muja dapat 8A dalam PMR. then, muja tertinggal kat kelas, esoknya, tinggal bekasnya je yang warna pink.

2 Handphone Pertama Hilang Di UM


muja start berhandphone lepas SPM. lambat giler kan? masa kat sekolah tak perlu ada sebab nak fukus stadi katanya. gi pun, peraturan tak leh dilanggar. prefect kental katakan. abah memang jenis tak belikan handphone untuk anak-anak dia.

 
hand sleeves, bukan hand socks yang menutup aurat dengan sempurna

masa nak gi um tu, abah bagi beli barang-barang yang kami nak. beli dua sekali gus. nokia torch light seketul dan SONY C510 seketul. satu sim celcom dan satu lagi sim maxis. dedua sekali kena rembat masa ada pamera apa entah kat depan asrama dulu.

muja suka sangat ngan hp sony muja tu. sampai kena tipu online RM250 sebab nak beli hp tu. masa tu sangat noob. tengok je ada tempat beli hp, tak de nak survey dah. main percaya je. sedeyh sangat. sangat amat. :'(

Latest Handphone Hilang di Masjid


bila muja tengok semua kawan dok ber smart phone, of course timbul di hati rasa nak jugak seketul. so muja beli galaxy s advance yang bagi muja amatlah mahalnya sebab bukannya jenis beli gadget pun selama ni. rela lak tu masuk wataniah then jadi hitam bagai. :'(

sebenarnya kat ipg muja sekarang, asyik tak de air. tu yang asyik pergi masjid untuk mandi dan solat. then time masuk toilet tu, letak beg kat luar sebab rasa macam ok je bila tengok yang ramainya budak ipg je kat situ. bila nak online sementara tunggu isya baru perasan tak de.

 
klik untuk beriklan di blog muja.

Buat Si Pencuri


Saya pelik ngan awak. Dompet saya dalam beg yang sama awak tak amik tapi wak gi amik lak hp buruk yang dah tak dijual dah tu. Dah la Samsung je. Berapa sen la awak leh dapat. Hmm.

Saya pelik ngan awak. Awak tak tahu ke yang mencuri itu berdosa? Heran saya dengan orang yang sanggup kena potong tangan kerana seketul hp buruk. Dah la awak amik kat masjid. Orang datang nak beribadat, awak gi mencuri.


Saya pelik ngan awak. Awak ni manusia ke tak ek? Sebab awak macam tak de kemanusiaan je. Bila dah namanya smart phone, berapa banyak maklumat penting bagi saya ada dalam tu. Gambar, contacts, jadual. Segala jenis social media. Simcard tu baru je saya beli.

Saya pelik ngan awak. Lepas awak mencuri, awak tak rasa menyesal ke. Kalau awak menyesal mesti awak dah pulangkan sebab memang ada banyak nombor manusia yang ada dalam tu. Awak boleh pulangkan sesenyap. Memang tak heran sebenarnya sebab Allah tidak pelik dengan orang yang berbuat dosa tetapi pelik dengan manusia yang tidak mahu bertaubat.

 
bedak arab yang hebat. makin berpeluh makin cantik. klik untuk dapatkan. :)

Harapan Muja


kan ke bagus kalau semua orang kita boleh percaya. tak risau pun nak letak beg kat memana. susah la kalau nak masuk toilet pun kena bawak beg sama. kalau nak kencing berak je tak pe, kalau nak mandi pun beg masuk sama, parah ler.

sebenarnya, muja pun salah sebab memang perangai cuai dan tidak berhati-hati. muja pun harap muja akan berubah nanti. muja juga harap muja akan berjaya meredhakan kehilangan ini dan iman semakin bertambah dengan setiap ujian

moga si dia yang buat perangai suka menyusahkan orang ni berubah satu masa nanti. amiiin.

ps- sentiasa ada hikmah di sebalik kejadian. mungkin ALLAH rasa muja dah terlalu lalai dengan hp tu so dia tarik nikmat sekejap. husnudzon sentiasa dengan ALLAH sebab HE knows what is the best for us. :')

24 comments:

  1. ana dulu lagi la.. 1st time kenal henfon mase habes form six.
    tu pon abg long yg belikan nokia 3310 je mase tu.. punyela
    hepy bile dpt.. setahun gak la gune fon tu smpailah mase keje
    partime, dpt beli henfon lain :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. muja tak sempat pun ada hp 3310 tahu,, sobbsss,, saya noob. sekian

      Delete
  2. setakat ni belum pernah hilang henpon..hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila bersyukur dan ucap alhamdulillah. -.-'

      Delete
  3. Gua penah tercicir hp kt satu cafe. Dah tgh mlm baru sedar hp xde sbb nk on alarm. Mmg nak nangis, pastu gtau roomate, dia call hp gua. Alhamdulilah ada org jwb. Esoknya kami berjumpa utk dia pulangkn hp tu, dia budak yg jaga cafe. Ya Allah ada lg org baik cmtu, gua nk kasi ganjaran pun xnk, last2 gua kasi coklat. Semoga rezekinya sentiasa bertanbah :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. cek pun salu gitu,, kawan yang jaga,, salunya nasib cek baik tapi cek tak amik pngajaran.. dah jadi gini baru la rasa nak nyesal,, huhuuu

      Delete
  4. setakat ni belum pernah hilang lagi le..tercicir ada le..nasib baik le dapat balik..kat R N R plak tuh.hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. adusss,, bila la kita ni nak hati2 ye,, moga kita jadi lebih hati2 pasni,, amiiin

      Delete
  5. Humm takde rezeki Muja tu
    sabo sabo
    ada hikmah
    doa jugak kalau ada rezeki dipulangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. doakan muja dapat balik hp tu hari ni ye,,

      Delete
  6. xpe kak buat pengalaman..huu..lepas ni akak kena lagi hati2 tau :)

    ReplyDelete
  7. kalau ada setting facebook, twitter, emel atau apa saja akaun media sosial kat hanpone tu, better tukar password, takut kalau si pencuri tu tukar password dulu habis semua akaun

    ReplyDelete
  8. Kurang bernasib baik. Pada masa akan datang boleh pasang Avast Mobile trackig ia percuma. Boleh lock dan kenal pasti lokasi si pencuri.

    ReplyDelete
  9. Banyak bersabar dik. Lain kali mesti lebih hati-hati.

    ReplyDelete
  10. banyak kali kot, tapi fi ada sekali je pengalamn, rasanya mungkin pencuri org terdekat sahaja, takpalah tak baik fi nk berburuk sangka, redho jelaaa, rezeki dia lah tuu..

    ReplyDelete
  11. Lia pon hilang jugak phone.. eh, bukan hilang tapi tertinggal dekat legolang.. huaaaaa. tpi, katenye nk post ke ofis abah lia.. cume abah lia kene bayarla, tpi taktau la sbagai upah ataupun sbgai postage.. hmm.. tpi , lia blum update entri lagi pasal ni. nanti kalau lia update, akk bce erk? hihi

    ReplyDelete
  12. Mencuri ini tidak kira asal sebat sahaja dan boleh buat duit. :-(

    ReplyDelete
  13. Kalau muja kahwin dengan bro. terus muja kena basuh dengan bro he..23x

    confirm terus jadi xcuai dah lepas tue

    ReplyDelete
  14. tips nak elak dari barang tercicir ialah dengan membungkusnye dalam suatu bekas/kantung lain dan masukkan dalam kocek yang lain..insyaAllah buat mase ni saye guna prinsip ni xtercicir lagi,kalau tersilap maafkan..tapi dalam dunia ni banyak penipuan..tension bukan.? saye lagi teruk dulu..sampai baju koprat dan baju santai saye dibakar.. bukan je dengan masalah tu saye tension..tapi masalah xde makanan nak makan,abis di curinye duit belanja..henset da 3 kali hilang dicuri .. broad band 2x dicuri jam tangan 1x pakaian pun kene curi..haha

    nak buat cam mane perangai dalam hostel tu kebanyakannye cam beruk..

    ReplyDelete
  15. sebab tu setiap kali solat nad akan ganti-ganti ngan kawan tolong jaga beg..brg berharga mana yang boleh letak poket simpan kat poket

    ReplyDelete
  16. Akak, samalah dgn kita. Sejak masuk kolej ni, banyak brg hilang. Zaman sekolah pun tak mcm ni. Saya hilang charger laptop, pouch, purse(abis duit kena sapu) dan baru2 ni hilang jam tgn ksygn saya yg da 5 thn saya pakai, harganya pulak dlm 300 lbih. Akak, mcmana nak hadapi? Kte mcm tak kuat dah, byk brg hilang. Kte cbe brhati-hati tp brg ttp hilang. Harap kak muja dapat bg nasihat, thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. muja sendiri sebenarnya sangat cuai.. cumanya.. bila dah besar, muja berusaha untuk kurangkan sifat pelupa dan cuba untuk ambil berat. mungkin juga muja kurang hilang barang dah sekarang sebab persekitaran muja ni,, mungkin orang di sekitar muja ni baik,, apa kata kalau amalkan doa banyak2.. hafal doa setiap perbuatan. contohnya doa tidur, doa makan, lepas makan, naik kenderaan, nak belajar. bila kita dah biasa berdoa dalam setiap yang kita buat, kita sentiasa dilindungi insya Allah. muja pun tengah berusaha gak nak jadikan semua benda ni tabiat. tp kalau tempat aza ni,, apa kata selalu bacakan ayat Kursi. insya Allah.. :D

      Delete
  17. Saya baru baca blog ni untuk meredakan hati yg tengah lara, tapi saya redha dgn ketentuanNya.

    Saya baru lepas kena ragut pada 07/04/2015 di Petronas station Ampang Jaya. Ya saya lelaki, dan tgh on call masa tu, tahu2 ada motor dari belakang datang dan terus ragut telefon saya. Walaupun baru beli seminggu lebih dgn harga rm3k, mmg boleh jadi gila masa awal2. kita kerja penat2 nak cari duit, nak beli handphone yg dah lama jadi idaman, baru seminggu guna dah kena ragut, senang2 je dia ragut.

    Tapi saya bersyukur telefon saje yg hilang, tiada kehilangan nyawa atau kecederaan.

    Mungkin Allah nak gantikan ia dgn yang lebih baik. Atau mungkin sbg kifarah dosa yang telah dilakukan. Dan bila terfikirkan pasal ni, sejuk sikit hati bila teringatkan yg Allah masih syg aku, walaupun hamba Dia ni byk melakukan dosa.

    Balik rumah pulak, ayah dgn mak sgt2 memahami. Terus mengalir air mata.

    Kata ayah, "Allah nak uji, kalau Allah uji, maksudnya dia sayang. Nabi pun kena uji. Hilang handphone, harga 10 ribu pun boleh beli lain, ada pengganti. Kalau hilang ayah dgn mak?" peh lagi sedih aku jadinya. hahaha.

    Tapi aku dah meredhakan kejadian tu walaupun baru je 2 hari berlaku. Semua yg berlaku ada hikmahnya.

    Harap muja bersabar lah ye. Allah nak gantikan dgn yg lebih baik tu. :)

    JZKK

    ReplyDelete
    Replies
    1. telefon samsung muja dah dpt balik dah.. ada org jumpa tercicir.. harp bro pun dpt sabar ye.. insya Allah ada hikmah.. insya Allah nanti dpt yg lebih baik. :)

      Delete