Pameran Literasi Bahasa Semester 2 Tahun 2013 - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, October 10, 2013

Pameran Literasi Bahasa Semester 2 Tahun 2013


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Firstly, muja nak korang dulu yang hp muja yang hilang hari tu dah dikembalikan. rasanya sebab tercicir kot. yang tu kita citer lepas ni dalam entry lain. yang penting nak cerita dulu pasal Pameran Literasi Bahasa yang memang hot sangat ni. Terlambat update is better than tak update langsung kan? *ayat sedapkan hati


Pameran Literasi Bahasa, Alat Bantu Mengajar, Tugas Guru Pelatih
di manakah muja? cari sampai jumpa. kalau jumpa maksudnya anda melihat bukan diriku sebab ku dok kat tempat lain time ni. T_T

Pameran Literasi Bahasa, Tugas Guru Pelatih, Alat Bantu Mengajar
my handwriting, coloured by my classmates. table sheet custom made by mirah. :D
Pameran Literasi Bahasa bagi pelajar PISMP Semester 2 tahun 2013 IPGKKB ni diadakan pada 6 dan 7 Oktober 2013 yakni pada Ahad dengan Isnin lepas. Dua hari sahaja dan untuk cost and time saving, kami combined terus pelajar dari opsyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ia diadakan untuk melengkapkan syllabus subjek Literasi Bahasa yang kami ambil untuk semester ini. Pada Pameran Literasi Bahasa ni, kami dikehendaki mempamerkan kami punya alat bantu mengajar (ABM). See, we dont only volleyball players, we are event organisers too!

Pameran Literasi Bahasa, Alat Bantu Mengajar
Teacher Mirah menerangkan kaedah penggunaan ABM

Pameran Literasi Bahasa, Alat Bantu Mengajar
hanya menyanyikan ABM orang lain yang kami mampu. Ekekeke

Booth disediakan mengikut kelas masing-masing. Setiap booth dihias dengan penuh jiwa raga gitu. Ada classmate muja yang tidur pukul 4 pagi semata-mata nak siapkan barang hiasan booth. Banyak jugakla di-spend untuk keceriaan booth. Booth kami bertemakan Hansel and Gratel malangnya rumah yang dibina terpaksa dileraikan sebab angin kuat menghancurkan and bila dah modify kami punya booth it turned out very nice. Well done Tesl 2!

Pameran Literasi Bahasa, Alat Bantu Mengajar, Tugas Guru Pelatih
mana satu nak tengok dulu ni ye? - murid :')
Yang Muja paling appreciate tentang Pameran Literasi Bahasa ni adalah it gave us the chance to get involved with the young children. Nanti suatu masa, kami akan mengajar golongan sebegini and I do think that we should start getting used to them as early as now. Kalau asyik dok buat simulasi dengan classmates je, mana nak datang feel dan aura seorang guru. Mana sama simulasi dengan realiti kan.. :D

Pameran Literasi Bahasa, Alat Bantu Mengajar, Tugas Guru Pelatih
some of the ABM's

Untuk Pameran Literasi Bahasa kali ni, Muja ngan Alang was in charge on the souvenirs to be given to all visitors. Hectic juga la sebab Pameran Literasi Bahasa ni was held on Sunday. Alaa. gara-gara last minute preparation jugak.  Sape suruh procrastinate??? Weekend tu, Muja ngan Alang memang kat rumah. Nasib baik Alang tu jenis responsbile. Dia dah sesiap prepare goodie bag and malam tu kami gi Pantai Timur Hypermarket to buy the souvenirs. Tinggal sumbat je masuk beg kecik tu. Then we were done. Simple yet nice :')

boleh cam tak mana satu gambar Teacher Muja? :D


the use of colours! greatly done! :D

Dua hari sepanjang pameran tu memang banyak peristiwa yang berlaku. Yang sadis tu Muja rasa tak perlu nak dihighlight kat sini sebab problems exist in every part of the world kan. Yang pasti, Pameran Literasi Bahasa ni memang happening sangat.  Dengan booth berwarna-warni, dengan ABM yang canggih manggih dan kreatif, dengan budak-budak sekolah bermain dengan ABM yang kami buat. Honestly, it was a great feeling to feel.

nape la yang kreatif dan rajin sangat ni???

creativity has no boundaries :D

Ada banyak jugak sekolah yang sudi datang memeriahkan pameran kami ni termasuklah sekolah di sekitar Pengkalan Chepa and Kubang Kerian. Yang sedih tersangat amatnya, masa ni handphone muja tak jumpa lagi. Tak leh nak amik gambar bebanyak macam selalu. Main cilok gambar orang je ni. Tu pun yang terserempak dekat fb dengan dalam kamera classmates. Gambar Muja sikit sangat. Ada la sekeping untuk korang tengok keselekehan diriku ini :'(

kalau tengok kolam ngan pasir ni, korang masih nak kata pemilik booth ni tak bersungguh-sungguh ke???


Gambar Muja tu yang masa hari pertama. Selekah tiada sempadan sebab masa nak keluar gi dewan tu, mak cik cleaner suruh cecepat keluar sebab nak kunci pintu pagar asrama. Cuak giler rasa walaupun Muja ada je kunci asrama tu. Ekekeke. Gambar hari kedua cek mana??? Hari kedua tu baru nampak macam teacher sikit. LOL :p

Alat Bantu Mengajar paling simple abad ini milik Teacher Muja T_T
Please jangan kutuk ABM saya T_T

Muja tahu alat bantu mengajar Muja la yang paling koman, paling simple abad ini tapi Muja tetap suka sebab Sumayah yang buatkan untuk akak dia ni. Jangan gitau orang lain tau. Ekekekeke


Keep loving , stop hating. May we live in peace and harmony in this world and in the hereafter. Amiiin. 


10 comments:

  1. nampak macam meriah ..ape kelebihannye kepada budak sekola.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alat bantu mengajar ni untuk membantu pelajar lebih memahami pelajaran,, :D

      Delete
  2. nampak cam meriah je kan..rasa mcm balik jadi muda mudi...lama tak tengok citer spongebob ..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat meriah,, ramai orang,, lepas budak dah buat aktiviti, bagi gift kat dorang :D

      Delete
  3. Seronok tu muja bila ada program cmni. Budak pun xde lah bosan sgt kt dlm bilik darjah kan.. btw tahniah dah berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,, itulah salah satu fungsi alat bantu mengajar,, ekekeke

      Delete
  4. seronok dan semangat kalau ade aktiviti macam ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,,, sangat, walaupun letih gak la nak arrange tu,, huhuu

      Delete
  5. walweh..memang budak-budak mesti suka tengok..berusaha betul cikgu-cikgu ni

    ReplyDelete
  6. Salam ,
    Usaha yang menarik yang boleh meningkatkan minat pelajar ....
    syabas kerana berjaya dlm misi anda ....

    ReplyDelete