Yang Dipilih - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, October 15, 2013

Yang Dipilih


Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

cek panaih hati betul la ngan mereka yang tak sehaluan ni
bukan tak sehaluan tu yang buat cek jadi benci
tapi bila haluan dan pilihan cek dicaci maki
inilah yang jadi bila wujud manusia tak sedar diri

untuk kasi jelas cek apa yang cek nak gtau ni
dengan rela hati cek rasa nak bagi satu situasi
harap yang baca paham dan serap masuk dalam hati
jangan baca je lepas tu buang dalam najis punya tangki

cek ada dua kasut yang cek rasa cek suka di hati
tapi duit cek cukup untuk epasang saja buat keadaan jadi jaki
penamatnya cek kena jugak pilih satu dari dua pilihan hati
yang tak dipilih itu tidak bermakna cek benci

mungkin yang terpilih punya lebih kualiti
mungkin bukan di mata orang lain tapi di mata cek sendiri
tak mesti yang tak terpilih itu layak dicaci maki
cuma pilihan terpaksa dibuat itu yang pasti

pilihan cek tak sempurna tu yang cek mesti akui
mungkin dia panaih tapi dia lebih menutup kaki
mungkin dia mahai tapi dia berkualiti tinggi
mungkin warna buruk tapi tak payah dibaiki

begitulah situasi yang terjadi
tapi orang lain selalu tafsir sendiri
mengata bila kelemahan terserlah merata riti
macamlah pilihan diri tu sempurna tahap tertinggi

tiada benda sempurna di dalam dunia
apatah lagi bila berbicara tentang manusia
adakah salah bila pilihan aku berbeza
perlukah dibangkitkan segala kelemahannya

aku memilihnya kerana aku suka
walau suka aku tidak kata dia sempurna
aku akui salahnya merata - rata
namun aku tetap pilih dia
sebab pada dia aku taruhkan percaya

pada dia ada kelebihan yang padaku pilihanmu tidak punya
mungkin yang nampak hanya aku punya mata
pilihan matamu tak penting padaku aku peduli apa
lebih dan lemah itu pilihanmu juga ada
aku sedar aku tak layak mencercanya

jadi kau juga tak layak persoal yang aku punya
masing masing kita pertahankan pilihan kita
tak perlu merendahkan untuk meninggikan
harap kau cukup bijak untuk pahamkan

sekian. keep loving stop hating. xoxo

13 comments:

  1. hiyakkk !
    pertahankan pilihan kite
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhhh.. we can accept advice but it should be accepted before we choose. lepas kita dah pilih jangan nak mengata pilihan kita,, kan? :D

      Delete
  2. haha.. thats good.. tetapkan pilihan hati..jgn terpengaruh pilihan org lain hanya utk menjaga hati org lain. (kena mengena tak??) :p

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. yela... yela.. sobsss.. bila nak ade pakwe ni.. grrr

      Delete
  4. xpe... ada rezeki lebih, beli kasut yang lagi satu tu ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. time dah ada rezeki lebih tu, kasut yang satu lagi tu dah tak de. dah muncul kasut lain,, hehe

      Delete
  5. Replies
    1. mari mood dia berpuitis,, maka berpuitis la dia,, hehe

      Delete
  6. walaupun nampak buruk tapi itula yang paling cantik..hahaha..betul ke nad cakap..

    ReplyDelete