Cara Mengurangkan Berat Badan: Penyebab Berlakunya Leptin Resistance - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, November 29, 2013

Cara Mengurangkan Berat Badan: Penyebab Berlakunya Leptin Resistance

Cara Mengurangkan Berat Badan: Penyebab Berlakunya Leptin Resistance | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Apabila kita sudah mengetahui apakah masalah  yang kita hadapi iaitu leptin resistance, langkah yang seterusnya adalah mengenal pasti kenapa masalah itu timbul supaya kita dapat mencari jalan untuk menyelesaikannya. Yela, nak selesaikan masalah paling baik dengan menghapuskan punca kepada masalah tersebut. :)

cara mengurangkan berat badan, penyebab berlakunya leptin resistance, leptin resistance, mengurangkan berat badan, berat badan dan leptin


Pengambilan fruktos yang berlebihan

Fruktos adalah sejenis gula. gula sebenarnya diperlukan dalam badan tapi pada kuantiti tertentu. Pengambilan fruktos yang berlebihan dalam minuman berkarbonat, buah-buahan, dan makanan yang dimasak atau diproses dengan menambahkan asid askorbik menyebabkan berlakunya leptin resistance di mana hormon leptin itu tidak dapat berfungsi dengan baik.

Jadi, kurangkanlah ataupun berhentilah meminum minuman bikarbonat dan diproses tu kalau betul kita nak mengurangkan berat badan. Alah, senang citer, jangan minum minuman dalam tin kalau betul kita nak kurus! :D

Kadar tekanan yang tinggi

Pada zaman sekarang, kita sememangnya berada dalam dunia yang penuh dengan tekanan. persekitaran hidup kita seolah-olah tidak membenarkan kita hidup dengan tenang. Ada sahaja masalah dan tekanan yang datang. patutlah orang zaman sekarang ni ramai yang hidup dengan berat badan berlebihan. semua perkara dilihat sebagai satu tekanan.

Kurang tidur memberi tekanan kepada diri kita. kita memerlukan tidur untuk mengembalikan kekuatan dan merehatkan badan yang lemah. badan menjadi penat sedang kita sentiasa perlu bekerja. Ia menyebabkan rembesan hormon stress iaitu cortisol yang akan menyebabkan insulin resistance yang akan membawa kepada pertambahan berat dan kegemukan.

Pengambilan makanan terlalu banyak terutamanya karbohidrat, bijirin dan lectin


Karbohidrat adalah sumber tenaga utama badan tetapi kita perlukannya lebih kurang berbanding lemak kerana karbohidrat juga akan disimpan dalam bentuk lemak. Terutamanya kita orang Asia, makanan ruji kita adalah nasi dan kita suka makan dalam kuantiti yang banyak. Kata Kevin Zahri, ambil nasi dalam saiz sebesar penumbuk sahaja. :)

Lectin biasanya terkandung dalam bijirin dan barli. Lectin menjadi punca leptin resistance apabila lectin melekat secara terus pada penerima leptin lalu menghalang leptin untuk melekat pada penerima leptin. Jadi, isyarat kenyang dan cukup lemak susah sampai ke otak.

Tahap insulin yang tinggi


Insulin meningkat apabila berlakunya insulin resistance. Insulin kurang berfungsi dengan baik untuk menukarkan glucose kepada glycogen.  Tahap glucose juga akan meningkat menyebabkan diabetes. Glucose yang banyak menyebabkan simpanan lemak jadi banyak. Kenapa simpan lemak banyak menyebabkan leptin resistance? Boleh baca DI SINI.

Bersenam melebihi had terutamanya semasa hormon sudah rosak


Bersenam melebihi had juga menyebabkan stress kepada diri, sekali lagi menyebabkan rembesan cortisol. Ia juga menyebabkan leptin resistance berlaku. Wassalaam.

11 comments:

  1. oh, baru tahu... stress tu boleh jadikan gemuk juga ya... huhu~ oh, tak boleh stress2 lagi klu macam nih... : P

    ReplyDelete
  2. Bentuk badan ideal idaman si teruna dan dara. Masih muda perlu jaga berat badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... tak nak menggeleber bila dah tua nanti,, huhuu :P

      Delete
  3. Hi kak, terima kasih atas info nih.. saya dalam progres nak turunkan berat badan, info nih mmg sgt2 membantu. thanks kak :)

    ReplyDelete
  4. boleh tak saya nak guna info pasal leptin ni untuk buat presentation kat skolah?

    ReplyDelete