Hosting Rajawali Memang Terbaik! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, November 30, 2013

Hosting Rajawali Memang Terbaik!


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

suatu ketika dahulu, memang muja ingat blogging ni adalah sekadar menulis yang ternyata salah. Blogging adalah menulis dengan bertujuan berkongsi, menambah ilmu, membina network dan pelbagai lagi. Setiap kali ada masalah, kita berusaha cari penyelesaian dan setiap kali itu jugalah kita mendapat ilmu baru tentang blogging ni.

Sejak muja mula bayar domain untuk setahun akan datang, muja belajar banyak perkara tentang blog. Blog boleh ada domain kita sendiri. Blog kita kena ada hosting sendiri. Blog kita kena ada feed. Feed yang betul dengan tak betul macam mana. Feed juga ada had. Gambar ada had. Nak seokan entry macam mana. Fuuuh. Bukan senang nak berblog dan maintain berblog tau.


Korang mesti tahu yang domain Muja banyak kali bermasalah tahun ni disebabkan pembekal domain yang agak tidak bertanggungjawab. Sedih sungguh. Masa bermasalah tu rasa sangat serabut dan nak give up blogging but I didn't. Alhamdulillah, ramai yang bagi support, yang sudi menghulur bantuan, sanggup habiskan masa yang banyak untuk baiki balik. Tq sangat!!! :D

Group blogger dot my memang jammed dengan blogger yang mula tidak sabar dengan service domain provider yang sangat teruk. Blogger mana yang boleh tahan blog tak leh masuk. Pageview turun. Masalah lambat settle. Mesej susah nak balas. Ada juga rakan blogger yang bagitahu, domain yang dibeli daripada syarikat ini dapat digunakan selepas sebulan. What??? Lama weh!


Jadi hari ni Muja nak perkenalkan korang dengan pembekal DNS blog Muja sekarang iaitu Hosting Rajawali. Sebenarnya macam ni. Kalau blog bermasalah, blogger mesti gedik je nak update statuskan? Serabut sungguh! Kebetulan pula status tu dibaca oleh pemilik Hosting Rajawali. Kalau tak de yang layan keserabutan masa tu, boleh giler memikirkan blog yang selalu down.

Masa tu tak tahu lagi yang walaupun pembekal domain sudah ditukar, pembekal DNS masih sama. Nasib baik pemilik Hosting Rajawali sudi untuk memberitahu dan menawarkan untuk menjadi pembekal DNS ini dengan harga yang paling rendah yang takkan dapat dari hosting lain.  Terima kasih sangat. Terharu tahu bila ada manusia yang baik sampai macam ni. Huhuhuu

Jadi kepada semua yang rasa nak beli domain ke, nak beli hosting ke, atau apa sahajalah berkaitan dengan blog, boleh la rujuk Hosting Rajawali ni. Memang THORbaik!!! Mesej memang cepat direply. Pertanyaan dijawab dengan sabar. Memang sangat memahami kita yang baru nak belajar. Suka sangat ngan pihak Hosting Rajawali nih. :D

Apa-apa pertanyaan ke, nak informasi ke, boleh la ke:
Insya Allah dilayan dengan baik. Insya Allah dapat servis yang terbaik. Insya Allah dapat harga terbaik juga. Pastikan doa bebanyak dulu sebelum bermula k. Kih3.
Wassalaam.

1 comment:

  1. mmg pemegang dns yg lepas tu hampeh tol, huhu.. seb baek paly tukar, terus bawah paly, guna paly pnye hosting, lagi senang, ade full control.. ape2 masalah dns, baiki sndiri... hehe

    ReplyDelete