Kenapa Aku Memilih Belajar di Institut Pendidikan Guru - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, November 22, 2013

Kenapa Aku Memilih Belajar di Institut Pendidikan Guru


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

tetiba, dalam suasana lembap hujan ni terkenang saat mula-mula nak masuk IPG dulu. pedih jugak hati ni. maka terhasillah entry ini. ye, benda dah lama. namun bila terkenang, rasa nak tulis juga. kalau sudi bacalah. kalau tak berminat, tak de pape. huhuu

jodoh muja dengan kawasan Pengkalan Chepa memang sangat lama. tak cukup dengan lima tahun di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, sekarang muja dalam proses menghabiskan lima tahun setengah di Institut Pendirikan Guru Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa. harap-harap tak de la pulak dapat hubby orang Pengkalan Chepa. kih3

mula-mula muja terima tawaran untuk menyambung pelajaran di IPG, ramai yang mengutuk mengata. katanya orang bijak, budak sekolah sains, sambung kat UM, end up kat IPG. apa kelas. sehinggakan ada juga salah seorang guru sekolah rendah yang muja sangat hormati juga merendah-rendahkan pilihan muja. tak pelah. beliau juga pernah jadi guru. mungkin beliau lupa. husnudzon.

belajar di Institut Pendidikan Guru, Institut Pendidikan Guru
bergambar di pintu masuk Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
walaupun muja tak sambung pelajaran di universiti yang kedengaran sangat gah itu, muja bersyukur sangat dapat bergelar pelajar IPG. banyak sebab untuk muja bersyukur yang mungkin ramai orang tak tahu. banyak kelebihannya menjadi pelajar IPG ni, sampaikan budak universiti juga pernah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. awak, rezeki masing-masing ALLAH yang tetapkan. :)

antara sebab muja sambung di IPG
  • result yg kurang baik mase kt pasum, (of course la kan,, hehe) takkan la muja nak amik kos lelong yang muja memang tak minat langsung. nak tahu muja dapat kos apa? related to pertanian gitu di Universiti Utara Malaysia. seriously, tak minat langsung bertani.
  • sebab muja dapat tawaran untuk sambung study di UUM masa muja dah pun memulakan pelajaran muja dalam bidan TESL di IPGKKB. TESL is my passion. muja minat. semua dah diuruskan. dah settle. takkan la nak batal camtu je. buang masa. 
  • IPGKKB dok di PC je. dekat ngan rumah. kos pengangkutan rendah. tiap-tiap minggu muja balik sampai sekarang. dari naik bas sampai berkereta. muja percaya muja is in a better control kat Kelantan. parents dekat. bahaya kalau buat perangai. kih3
  • sebagai pelajar IPG, muja mendapat elaun, bukan pinjaman PTPTN. tak payah bersusah payah nak bayar hutang lepas dah kerja. bukankah muja sangat perlu bersyukur dengan kelebihan ini?
  • kami pelajar IPG juga dijamin pekerjaan. yang ni muja tak sure sekarang. kalau tak dapat pun, i am sure TESL students are in a great demand. insya ALLAH kalau tak jadi guru pun, akan ada something yang memerlukan degree dalam TESL ini. amiin.
  • IPG sekarang juga bukanlah menawarkan diploma macam dulu-dulu. walaupun tempoh pembelajarannya agak lama, IPG menawarkan segulung ijazah. kenaikan pangkat pun insya ALLAH lebih mudah. mudah-mudahan.
  • kerjaya seorang guru adalah sebuah kerjaya yang mulia. muja harap sangat muja dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara melalui pekerjaan muja nanti. setakat ini je yang muja mampu.
so, pada pikiran anda, lojik tak muja terima tawaran masuk IPG dulu dengan penuh senang hatinya? korang pandai-pandaila nak menilai macam mana. muja harap sangat tiada orang yang pertikaikan keputusan muja untuk study di IPG, tapi ternyata memang ada dan ramai pula. :'(

sedih gila bila orang tanya, napa sekarang masuk IPG je, muja kan bijak? so orang kat IPG ni tak bijak la? kebanyakan kami semua 6A ke atas dalam SPM ok. muja terasa hati betol bila wujudnya orang yang tak memahami macam ni. mula la tangki air mata nak bocor. :'(

setakat ni jela. chow. wassalaam :D

49 comments:

  1. orang boleh komen apa sahaja tanpa mengetahui apa yang sedang kita lalui..Muja mesti dah pikir masak2 sebelum masuk IPG..so dont regret and keep the faith..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. i really thought it hard enough,, tapi biasalah manusia,,, huhuuu

      Delete
    2. jadi CIKGU , bersedialah untuk menangis, tension dan dapat gaji.

      Delete
  2. Pedulikan kata-kata orang Muja,
    jadikan sekolah sebagai ladang pahala :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ryu,, insya ALLAH,, ladang pahala muja yang seluasnya :D

      Delete
  3. (y) menuntut ilmu kat mana pon kalau ikhlas In Shaa Allah berkat dan besar pahalanya..kalau study kat u yang kononnya gah tu sekadar nak show off mana nak datang keberkatannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga kita selalu buat perkara yang datangkan keberkatan kat kita,, amiiin

      Delete
  4. Orang selalu pandnag rendah pada IPG, tapi mereka tak tahu kebolehan IPG sendiri melahirkan guru2 yang berkualiti. KIta laluinya dna kita buktikan yang IPG setanding dgn IPT lain..:)

    Bangga jadi pelajar IPG :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah .. Niena pun pelajar IPG juga .. :)

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum...muja,

    moga pilihan muja terbaik k... utk masa depan muja.. sukses selalu

    mselim3

    pls: muja masih pakai .my nie... mselim3 dah switch ker blogspot balik.. ,my ada masalah ehhehe

    ReplyDelete
  7. Allah dh tentukn itu yg terbaik utk kita... Biarkn suara2 sumbang yg hnya tahu mengata...

    ReplyDelete
  8. klsu acik dulu teringin nak jadi cikgu. teringin nk.masuk IPG. . x dpt.. Allah mengetahui yang terbaik untuk kita

    ReplyDelete
  9. takde pape nak komen, cuma satu je. Dah memang cikgu tu tugasan yg mulia. Keep it up muja. pedulikan kata2 orang yg tak panjang akal camtu. jadi cikgu ni, Ya Allah betapa banyaknya ilmu tu akan berkembang. teruskan semangat tu muja...

    ReplyDelete
  10. kalau amal, amal keluar lepas tu masuk IPG.. pelik. sepatutny IPG tu lah orang bangga nape nak kutuk ? =.="

    blog tukar dah ehhh

    ReplyDelete
  11. Tindakan Muja memang tepat berbudi pd agama, bangsa dan negara. Kerjaya yg akan memberi kita kepuasan. Semoga Muja berjaya dan dpt jadi pendidik yg disayangi dan dihormati anak murid.

    ReplyDelete
  12. hi muja. :) nmpaknya sya akan melalui perkara yg sama mcm muja.
    sy pun budak sains, tpi sy bru dpt temuduga laa.
    yaa. mmg rmai yg ckap mcm tu kat sy jgaa. sy pn bingung nak pilih mna stu ne. :'(

    ReplyDelete
  13. im also budak sains. dpt ipg jgaa. but in the same time i also got upu.
    im confused. pastu org kata ipg ne x baik untuk bdak sains laa. sma mcm muja laa.
    i also dont know which one is the best. :'(

    ReplyDelete
  14. Doakan saya ... Moga dapat Ipg ... Mndalami agama untuk kbhagiaan dunia n akhirat

    ReplyDelete
  15. Kak muja , saya minat bidang psikologi. Tapi saya pun bolehlah minat jugak ipg ni.. takut nanti xboleh buat pilihan pulak T.T

    ReplyDelete
  16. Salam. Kak Muja. Sy sekarang ni 1st year student degree dekat salah satu IPTA. Tapi baru2 ni, sy ada apply ipg. Sy ada sedikit kecelaruan. Igt nk tanya dari orang yg memang student ipg sendiri. Sy tk tahu nk tanya siapa. Sy baru terjumpa blog akak ni. Sy mntk pendapat. Sy selalu dgr mcm2 pasal ipg ni daripd orang ramai. Tk pasti yg mana yg sahih. Memandangkan akak sendiri student ipg. mesti kak muja lebih Arif. Boleh bagi e- mail tk? Ataupun wechat ke? Sgt2 memerlukan pertolongan.

    ReplyDelete
  17. Btw, ni wechat sy NoorArifahEffa. Need yr help kak mujaaa :'(

    ReplyDelete
  18. as slm muja
    nk tanye, ipg mn yg ada course major sej?
    klau student lelaki, brape 'a' bleh msk ipg?
    tq muja

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalaam. ipgkkb ada major sejarah. tak pasti lak berapa A. tpi adik mj perempuan dapat 5a 4b dipanggil untuk temuduga for this year.

      Delete
  19. kak , seronok nya ! . nak tanya boleh macam mana kk muja boleh dapat tesl ipg sedangkan kak muja daripda um ? memang ada tawaran ke atau kk mohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. muja mohon guna result spm. tawaran daripada ipg terbuka untuk semua orang. tapi kita kena memohon secara online.

      Delete
  20. ni yang buatkan saya nak masuk ipg!! yeah

    ReplyDelete
  21. Me too.. result hujung bulan nii.. doakan saye.. kak muja skrg da habis blajar la kan kat ipg tu

    ReplyDelete
  22. Kami sedang membangunkan satu Portal untuk membantu orang ramai khusus
    warganegara Malaysia bagi memudahkan membuat carian semua
    TASKA/IPTS/IPTA/education/tuition/classroom.....

    Free Register.

    http://www.tutorface.my/main/?code=4453

    Hope dapat membantu cikgu-cikgi semua....

    ReplyDelete
  23. Aku dulu budak lepasan ipg jugak. Now dah jadi pensyarah, duit elaun zaman ipg dulu bstill anyak sampai mampu beli Vios sebuah.

    ReplyDelete
  24. Mau dimana saja sama saja yang penting Semoga sukses ya

    ReplyDelete
  25. semoga dengan filihan yang tempat membawa kesuksesan ya muja....

    ReplyDelete
  26. All the Best buat Muja. Kerja guru ni orang akan ingat sampai bila-bila, terutamanya anak murid yang telah diajar hingga berjaya..

    ReplyDelete