Mujadafewa: Lirik Lagu Andai Hatiku Bersuara oleh Rya Rahman - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, November 20, 2013

Mujadafewa: Lirik Lagu Andai Hatiku Bersuara oleh Rya Rahman


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

kali ni muja nak kongsi satu lagi lagu yang juga diperkenalkan oleh Nieyna, iaitu Andai Hatiku Bersuara. Nieyna share masa kami still chatters tegar di Group Wechat Blogger. 

lagu Andai Hatiku Bersuara versi cover oleh Chomel adalah versi pertama muja dengar lagu ni (so sorry Rya Rahman :P). masa tu pertama kali muja dengar dan kenal penyanyi di Youtube dengan nama glamornya, Chomel. Chomel ni berasal dari negara jiran kita, Singapura. jarang jumpa dah orang Melayu Singapura and i am so glad to know her. Singaporean Malay. :)

Chomel ni memang terkenal dengan lagu-lagu cover yang jiwang, yang tarik panjang, yang berisiko besar nak pecah suara, high note gitu orang kata and this type of song la yang muja suka sangat. tak salah rasanya kalau muja cakap lagu Andai Hatiku Bersuara nilah yang betul-betul menaikkan nama Chomel hingga ke Malaysia. hari tu Chomel ada datang ke Malaysia kejap. :)

Macam biasa, malas nak share video Youtube kat sini. Dah penat muja taip sendiri lirik lagu ni sambil dengar. Korang search la sendiri Andai Hatiku Bersuara. Nanti keluar la tu. :P

============================================

Lirik Lagu Andai Hatiku Bersuara Oleh Rya Rahman, Andai Hatiku Bersuara, Rya Rahman

Lirik Lagu Andai Hatiku Bersuara
Oleh Rya Rahman

Oh Tuhan berikanlah aku 
Kekuatan menempuhi dugaanMu
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang kuterima

Andainya hatiku bersuara
Pastinya ia akan berkata
Cukuplah sayang
Aku tidak berdaya
Mengharungi segala sengsara

Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan kusedar
Cintaku tidak layak untuk dirinya
Mengapa masih aku setia di sisinya

Tidak kumengerti 
Tidak kufahami

Seperti insan biasa aku ingin bahagia
Menyintai dan dicintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih

Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan kusedar
Cintaku tidak layak untuk dirinya
Mengapa masih aku setia di sisinya

Tidak kumengerti
Tidak kufahami

Seperti insan biasa aku ingin bahagia
Menyintai dan dicintai tiada duanya

Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih

Oh Tuhan 
Berikanlah aku kekuatan 
Menempuhi dugaanMU
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang kuterima

===========================================

muja suspek memang ramailah yang bakal membanjirkan rumah mereka dengan air mata bila dengar lagu Andainya Hatiku Bersuara versi cover oleh Chomel ni. Walaupun lagu ni pada mulanya dinyanyikan oleh Rya Rahman, viewers video Andai Hatiku Bersuara versi cover oleh si Chomel ni sampai lebih 200k habak hang! Sorry Rya. :P

sore Rya Rahman pun sedap cuma kualiti bunyi dengan gambar tu yang kurang berbanding video Chomel. seriously, Rya Rahman nyanyi  Andai Hatiku Bersuara dengan lembut sikit je banding dengan Chomel. dorang punya versi, sama meremangkan bulu roma den ni hah.

macam la tak cukup panjang lagi muja ooiii. kbai. wassalaam :)

2 comments: