Peperiksaan PISMP Semester 2 2013 - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, November 28, 2013

Peperiksaan PISMP Semester 2 2013


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Macam biasalah, sebelum cuti sekolah bermula, mestilah pelajar IPGKKB bertungkus lumus belajar untuk cover balik satu semester yang banyak telah dibazirkan. eleh, macam tak pernah belajar semua benda dalam masa satu malam. satu lagi, dalam musim exam jugalah tetiba rajin gi padang. berdiet. puuiiii :P

peperiksaan pismp semester 2, tesl,
selfie sempena exam. sempat lagi bersukan di saat tekanan terlampau menekan, :')
berbanding dengan jadual peperiksaan kami tahun lepas, jadual kami untuk tahun ni memang sangat longgar. 3 kali hari rabu untuk 3 subjek dan satu subjek pada hari khamis, hari terakhir sebelum cuti. so, memang best. asyik balik je tetiap minggu. ramai juga yang jenis suka study kat rumah datang untuk duduk jawab soalan je pastu balik rumah. kemahen dorang ni. lebih dari cek lagi dia punya homesick! haaahh.

semester kedua bagi tahun ni berjalan dengan agak lancar kalau tak termasuk dengan subjek Phonetics dan Phonology yang ada antara kami tak sempat habiskan syllabus. lebih kurang separuh daripada kandungan subjek ini kami belajar sendiri, buat agakan sendiri, predict sendiri, semua bajet pro. semua ikut pemahaman sendiri tanpa sesiapa ada sebagai rujukan. tahniah untuk kami yang telah berjaya melalui saat-saat kena belajar sendiri dengan penuh jayanya. -.-'

subjek Children's Literature pulak, sangat mendebarkan. syllabus sempat habis, malah sempat lak dok ulang-ulang. revision lagi. lecturer memang best. memang sempoi, tapi suka cakap benda yang mendebarkan kami. selalu cakap yang exam ni akan menjadi tersangat susah la. pemarkahan ketat la tapi sekarang kami tahu, beliau saje je nak kasi kami tak sedap duduk kalau tak study. muja terbaca syllabus untuk semester lain!!! nasib baik sempat tahu dah baca balik. alhamdulillah.

yang paling horror sekali dalam semester ni adalah subjek yang kelas muja tak de lecturer. ingat tak pensyarah murid dan alam belajar yang mengajar kami dipindahkan ke IPGM? lepas pindah, kami tiada disediakan dengan pensyarah pengganti. kenapalah sampai macam ni sekali kami tidak dipeduli. dekat setengah semester tiada kelas. memang tak la syllabus nak habis. belajar sendiri jawabnya. tu pun just before exam :'(


buku rujukan pula dalam bahasa Melayu sedangkan exam dalam bahasa Inggeris. sekali keluar nama Cikgu Perempuan. lupa dah. hentam sajalah la jawabnya. kertas exam tu sampai sekarang muja tak tahu sapa yang periksa. can you guys imagine how bad our situation was at that time??? however, we are great teachers kan. we went through it nicely. no sweat! -.-

subjek satu lagi tu, biasa biasa aja. Teaching Methodology. syllabus abis. belajar teori. bla bla bla. biasa aja. yang paling muja ingat exam kali adalah, periksa dalam keadaan gigi geraham bongsu asyik dok mencengkam pipi. tak de la sakit sangat masa mula-mula. tapi azab juga bila berlarutan sampai berminggu. rasanya tak pernah lak exam dalam kesakitan. huhuuu

kesimpulannya, procrastination is a waste of time. jangan procrastinate macam Teacher Muja. tak pasal-pasal makan panadol. wassalaam :D

6 comments: