Perbezaan dan Kelainan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, November 09, 2013

Perbezaan dan Kelainan


Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Aku selalu dianggap berlainan daripada orang lain
Di saat orang lain berseluar aku lebih senang berkain
Di saat orang bersenang lenang aku suka bermain
Itulah yamg aku suka: menjadi yang lain dari yang lain

Aku selalu dianggap berbeza daripada kawanku yang sebaya
Di saat mereka berasa malu aku lebih suka bergelak ketawa
Di saat mereka rasa sesuatu tidak perlu aku rasa terpaksa buat juga
Di saat mereka rasa rajin aku pula yang malas mengada ngada

Prinsip aku sebenarnya senang dan mudah sahaja
Yang berbeza itulah yang sangat istimewa
Yang lain itulah yang unik ada padanya
Biar dipandang pelik selagi Islam dan iman kekal di dada

Bukankah setiap manusia itu dicipta berbeza beza
Yang berbeza itulah menggambarkan kita ini siapa
Tidak perlu rendah diri dengan perbezaan pada diri kita
Itulah sebenarnya kelebihan diri yang kita punya

Namun begitu setiap benda ada pro kontranya
Terpulang kepada kita menyesuaikan diri seadanya
Jangan sampai kelainan diri membawa bencana
Biarlah membawa faedah dan kebaikan berganda

Keep loving stop hating coz Allah loves us all ;-)

10 comments:

  1. manusia unik banyak perangai atau ragam.. gunakan pada tempat die .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.. kena edit entry ni.. rasa tak cukup kualiti.. betul hadi cakap.. kena guna pada tempat yang betul.. :-)

      Delete
  2. yang berbeza tu la best..kadangkala kita sedih die gembirakan kita..

    ReplyDelete
  3. berbeza itu unik, berbeza itu perlu, berbeza penggoncang dunia :)

    ReplyDelete
  4. kalau semua orng sama..bosan la jawabnya

    ReplyDelete