Butik Online KZ Nabihah, Blogshop Terbaik - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, December 14, 2013

Butik Online KZ Nabihah, Blogshop Terbaik


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Kalau bercakap pasal wanita, memang tak boleh lari daripada minat kita untuk melaram dengan busana yang cantik dan anggun. Yelah, perempuan kan fitrah dia suka barang cantik dan nampak cantik. Lelaki jangan banyak bunyi. Korang mana faham. Korang tukang huluq duit je. Ekekeke.

Sekarang, semua dah mudah. Nak shopping baju dan tudung lelawa tak perlu menapak gi mall besar-besar, menyelit cari parking. Tinggal bukak browser internet, scroll atas bawah, pilih mana suka, beli. Senang. Jimat masa, tenaga, duit minyak, duit parking. Sukakan? Fuhh. Lega. :D

Jadi hari ini Muja berbesar hati untuk memperkenalkan kepada para pembaca semua dengan sebuah blogshop yang pernah dinobatkan sebagai Best Shopping Blog di Social Media Awards pada tahun 2013. Blogshop yang Muja maksudkan adalah Butik Online KZ Nabihah! :D

kz nabihah, blogshop terbaik, best shopping blog 2013
Tagline dah kemahen; Inspirasi Untuk Wanita. Awwwmm :)

Bagi yang belum pernah dengar atau terserempak dengan KZ Nabihah, jangan risau. Meh Muja cerita. Butik Online KZ Nabihan ini sebuah butik yang menyediakan pelbagai jenis pakaian, tudung, dan aksesori untuk wanita Muslimah. 

Syok weh. Tengok pun dah berpinau mata. Kalau dapat sehelai, dapat baju tu bawak tidur. Mana taknya, lycra terbaik je digunakan. Jangan memain. Satu je. sedih pula tengok pakaian cantik-cantik selalu berstatus SOLD OUT. Tacim I ols. Sobbss :')

Kalau orang bukan Islam yang sukakan busana Muslimah pun tiada masalah untuk menjamu mata dan bershopping di sini. Fesyen Muslimah kan fesyen yang sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja, tetapi bukan sebaliknya. :)

Tengok likers dia pun dah tahu hebat tak hebat. 30K likes tuuuu
Muja selalu jugak godek KZ Nabihah ni. First impression memang terbaik! Blog ringan je. Senang digodek. Cara pembayaran dan penghantaran pun pelbagai. Pelanggan boleh pilih yang mana paling sesuai dengan jiwa. Bank mana yang diguna. Courier mana yang korang percaya. Pilih je sendiri.

Pakaian yang dijual memang cantik sangat. Kalau tak cantik, tak de la manjang je sold out kan. Ternyata ramai yang setuju dengan Muja. Rambang mata kalau bukak blog dengan fan page KZ Nabihah ni tau. Tak tahu nak pilih mana satu. Rasa nak borong je semua. Tamak kan? :P

Butik Online KZ Nabihah memang lain dari yang lain kerana menyediakan pakaian dari saiz kecil hingga ke saiz 6XL. Kalau dulu orang bersaiz comel susah mencari baju yang sesuai dengan potongan badan, kini tidak lagi. Orang kurus pun boleh menghembus nafas lega. Tinggal pilih je. 

Satu lagi. Walaupun sudah menerima anugerah dan femes, harga pakaian di sini sangat berpatutan dan memang mampu milik. Jangan risau. Kalau pasal gaya dan fesyen, memang KZ Nabihah tak terkalah. Sentiasa terkini. Up-to-date kata orang. Memang terbaik!

Koleksi terkini KZ Nabihah memang top. Muja perasan, blogshopnya diupdate hampir setiap hati. Memang confirm kita akan sentiasa disajikan dengan koleksi pakaian Muslimah yang terbaru. Tak de la kita bosan dok tengok koleksi sama je tiap kali bukak. Cantik-cantik pulak tu. Syok!




Cantik tak? Tu baru sikit. Tak tengok lagi koleksi aksesori dia yang lawa tahap arwah. Boleh juling mata nak milih. Banyak lagi korang boleh godek kat blog, fanpage dan instagram KZ Nabihah. Link kat bawah. Jenguk sepuas hati korang. HUHUU

Blog KZ Nabihahhttp://www.kznabihah.com/
Instagram KZ Nabihah : [at]kznabihahboutique

Okaylah guys. Till next entry. Wassalaam.

1 comment: