Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, December 15, 2013

Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Pertama sekali, Muja nak ucapkan jutaan tahniah kepada Tuan Amir, pemilik kepada blog yang sudah memenangi banyak anugerah atas kejayaan merangkul satu lagi anugerah di Blogrr Awards iaitu Award of Best Personal Blog. Bukan senang bagi seseorang blogger untuk meraih anugerah yang memerlukannya untuk bersaing dengan blogger-blogger hebat yang lain.

Kejayaan sebagai Best Personal Blog dengan mengalahkan beberapa lagi blog hebat seperti BroFramestone.Com dan CikEpal06.Blogspot.Com pastinya begitu berharga kerana Karnival Blogrr adalah merupakan sebuah karnival yang mengumpul ramai blogger dari seluruh negara dengan harapan mencipta rekod perhimpunan blogger terbesar pernah diadakan.

Tidak hanya itu, baru-baru ini pihak Denaihati.Com juga telah berjaya melancarkan aplikasi terbarunya yang boleh dimuat turun di Playstore. Semua pengguna android boleh mendownloadnya dengan mengklik di sini --) Aplikasi Denaihati. Hal ini sangat membanggakan dan akan pastinya memudahkan para peminat Denaihati untuk membaca blog tersebut di mana-mana sahaja.


Dari paparan utama aplikasi ini, kita boleh lihat, aplikasi ini disusun dengan kemas. Warna hijau yang digunaka juga sesuai dengan tema blog Denaihati. Alhamdulillah, sedap mata memandang. Mudah untuk pembaca untuk melayari dan memilih entry yang hendak dibaca. Apabila kita klik salah satu entry untuk dibaca, kita juga boleh kongsikan entry tersebut ke Facebook. Senang. :)


Apabila kita mengklik butang Facebook, fanpage Denaihati pula dipamerkan. Memudahkan para pembaca mendapatkan perkembangan yang diupdate dari pihak Denaihati. Biasanya, perkembangan tentang kontes yang memberi peluang untuk para pembaca mendapatkan hadiah adalah antara yang ditungu-tunggu. 

Muja sendiri pernah mendapat hadiah wang tunai dari blog Denaihati. Gembira dan bersyukur sangat masa tu kerana usaha blogging selama ni ternyata tidak sia-sia sepertimana yang diperkatakan oleh ramai orang di sekeliling.


Apabila melihat halaman Youtube pula, kita dapat mendengar pendapat para peserta Akademi Denaihati yang memberikan banyak ilmu tentang blogging dari tahap permulaan hingga ke peringkat profesional. Ini membantu orang ramai yang ingin menjadikan blogging sebagai perkara yang serious sebagai satu platform perkongsian dan penjanaan pendapatan.

Ulasan para peserta banyak memperkatakan betapa mereka rasa gembira dan bertuah kerana pernah menghadiri Akademi Denaihati. Banyak ilmu blogging yang betul dipelajari. Alhamdulillah. Ilmu berguna dikongsi. Moga bermanfaat dan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Insya ALLAH.


Ruangan Twitter juga disediakan. Muja pernah baca yang pihak Denaihati sudi untuk mempromosikan juga entry kita di Twitter mereka dengan syarat kita Tweet entry di blog kita dengan disertakan mention Denaihati. Baguskan? Muja pun selalu juga mention Denaihati untuk mempromosikan blog Muja. 

Terima kasih sangat buat Denaihati.Com yang selalu berkongsi rezeki dengan kami para pembaca. Bukan rezeki sahaja, ilmu juga. Terima kasih juga sebab sudi mempromosikan blog Muja selama ni. Setakat ini dulu sesi Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru ini. Diharapkan semua yang membaca entry ini akan mendownload aplikasi ini kerana memang tidak akan menyesal.

Wassalaam.


4 comments:

  1. Billion terima kasih kerana sudi sertai kontes review aplikasi android denaihati terbaru dan semoga sukses.

    ReplyDelete
  2. Tahniah…..sama-sama kita pasang apps ini di smartphone kita dan moga memberi manfaat kepada semua sambil memeriahkan segmen review aplikasi terbaik daripada Denaihati. Semoga dapat bonus nanti sempena akhir tahun ini.

    ReplyDelete
  3. terbaik muja..sihat tak..lama tak bertegur sapa ni

    ReplyDelete